Membetulkan Yang Salah
Bismillah
I've encounter this photo few days ago and I feel very sad. Seolah-olah memang sudah hakikat menjadi seorang perempuan untuk bekerja dan menjadi lelaki untuk berseronok-seronok saja. This is totally wrong and unacceptable at all
People,
Nabi Muhammad S.A.W - Walaupun Baginda seorang Nabi yang mulia, tapi Baginda tetap suami yang gentleman. Aku pasti korang biasa dengar kisah bagaimana Baginda menjahit pakaian sendiri dan banyak lagi kisah Baginda sebagai suami menyantuni isteri dan keluarganya. Jelas, mejadi lelaki bukan untuk berehat-rehat dan berseronok
Aku membesar dengan melihat bagaimana ayah aku boleh ke dapur - Menjerang air sebelum ke masjid untuk solat Maghrib, tutup tingkap menjelang petang dan membantu emak aku mencuci pinggan mangkuk sambil emak aku memasak. Aku juga melihat bagaimana suami aku cuba membantu - Tolong sidaikan kain baju dan kutip pakaian kering, suap anak dan basuh pinggan mangkuk malah dia adalah tukang masak yang mahir berbanding aku
Itu semua tidak menjadikan mereka kelihatan seperti hamba malah aku mengangkat lelaki sebegini sebagai raja sebenar! (Allah yubaarik alaik!)
Parents nowadays,
Kau ada anak lelaki ke, perempuan ke - Please educate your child to help you in everything. Jangan sekali-sekali ajar 'ini kerja orang lelaki' or 'ini kerja orang perempuan' to your child (At a certain point, yes you have to tell them so). Tapi in terms of house chores, aku rasa wajar bagi semua anak tak kira lelaki atau perempuan untuk belajar buat. Basuh pinggan mangkuk bukan kerja perempuan sahaja. Kau makan, kau basuh. Ajar begitu. Kalau tak, kau sebagai parents sedang melahirkan anak lelaki (khususnya) yang sedang menjadi tuan. Kesannya kau akan tengok bukan esok lusa. Tapi 20 tahun akan datang. Dia akan berkahwin dan sedang membawa ketuanan tu ke dalam rumahtangganya yang baharu dan sedang menjadikan isterinya seorang hamba
Aku mohon jantan seperti ini untuk lupus segera. Kau tak layak jadi suami
Isteri, wanita bukan untuk diperhambakan. Susah sama-sama, senang sama-sama. Mengemas sama-sama, rehat sama-samalah. Takkan kau jantan je nak menyedap sendiri? Habis buat apa kau kahwin? Just nak ada 'perempuan simpanan' untuk serve kau je ke? Mohon belajar agama bagi habis dulu, please
Generasi kita,
Mari didik anak-anak kita untuk belajar buat kerja rumah. Yang basic-basic je dulu sesuai dengan usia mereka. Bukannya paksa memasak, umur baru 3 tahun pun. Yang ada bibik sekali pun, expose your child with basic house chores. Kalau tak, besar esok kau tengoklah. Anak kau boleh call bibik dari tingkat 2 rumah suruh bibik hantar air masak naik atas. Hey ini terjadi betul. Masa tu nak ubah pun dah tak boleh. Rebung dah jadi buluh. Menangislah kau sambil mengongoi ' I'm not a good mother'...
Amak,
Dhiya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dhiyadahlia.blogspot.com/2019/06/membetulkan-yang-salah.html