Tiada Krisis Perlembagaan Jika Agong Tolak Bubar Parlimen


 
Adakah Krisis Perlembagaan Akan Berlaku Jika Yang di-Pertuan Agong Tolak Permohonan Perdana Menteri Untuk Bubarkan Parlimen?
Jawapannya tidak. Kenapa?
Pertama, jika permohonan Perdana Menteri untuk pembubaran Parlimen ditolak, itu bermakna Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bertindak betul berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Perkara 40 (2)(b) Perlembagaan Persekutuan iaitu YDPA boleh bertindak menurut budibicaranya tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.
Kedua, YDPA sebagai Ketua Negara perlu memikirkan kepentingan negara dan Rakyat yang selalu Baginda sebut berulang kali.
Apa kepentingan negara?
Tentu sekali soal Belanjawan Negara tahun 2023 yang akan dibentangkan mengikuti jadualnya pada jam 4 petang Jumaat 7 Oktober 2022.
Bahagian VII Perlembagaan Persekutuan adalah berkenaan Peruntukan Kewangan.
Di bawah Perkara 99(1) Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas bahawa Yang diPertuan Agong hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan, menyebabkan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat suatu penyata terimaan dan perbelanjaan yang dianggarkan bagi Persekutuan untuk tahun itu.
Hal Belanjawaan 2023 adalah Hal Negara, hal kewangan, Hal ekonomi. Ia bukan Perkara main-main. Ia juga bukan Hal politik kepartian atau Hal kepentingan individu.
YDPA tentu sedar bahawa Belanjawan 2023 yang telah disiapkan dengan rapi oleh Kementerian kewangan amat wajar dibentangkan pada 7 Oktober ini, kemudian dibahaskan dan diluluskan dengan Pengundian di Dewan Rakyat.
Jika Parlimen dibubarkan tergesa-gesa dalam sehari dua ini, apa jadi dengan nasib Rang Undang-undang Belanjawaan 2023 tersebut?
YDPA mungkin akan bertanya kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengapa tergesa-gesa hendak bubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya sedangkan urusan Belanjawan Negara yang dibuat atas nama Yang diPertuan Agong tidak diselesaikan?
YDPA juga akan memikirkan nasib Rakyat jelata.Perdana Menteri juga boleh ditanya kenapa hendak diadakan pilihanraya dalam musim monson tengkujuh akan melanda Malaysia dengan kemungkinan banjir besar?
YDPA juga tentu menyedari yang mahu sangat pembubaran Parlimen dengan segera sekarang untuk diadakan pilihanraya umum mengejut hanya Parti Umno terutama Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
YDPA mungkin maklum parti-parti politik lain sama ada Pakatan Harapan, PAS, Perikatan Nasional dan lain-lain kecuali Umno semuanya menolak pembubaran Parlimen mengejut dan pilihanraya umum yang tergesa-gesa.
Malah YDPA boleh mendapatkan kepastian daripada Perdana Menteri Ismail Sabri sama ada Jemaah Menteri telah buat keputusan untuk pembubaran Parlimen seperti yang dikehendaki di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Perdana Menteri mengadap YDPA untuk menasihati Baginda untuk membubarkan Parlimen.
Sebenarnya Umno Dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Umno berada dalam keadaan defensif dan lemah untuk memaksakan kehendaknya terhadap Yang diPertuan Agong supaya segera membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya Umum awal.
Jika YDPA tegas memelihara kuasa budibicaranya demi kepentingan negara dan Rakyat maka institusi Raja Berperlembagaan akan dihormati dan dipandang tinggi oleh Rakyat dan masyarakat dunia antarabangsa.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Rabu 05/10/2022






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/tiada-krisis-perlembagaan-jika-agong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Faktor Agong Mungkin Tolak Nasihat Pm Bubar Parlimen Dalam Masa Terdekat

4 Faktor Agong Mungkin Tolak Nasihat Pm Bubar Parlimen Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 191 hits
bharian com myOleh Oktober 1 2022 11 36amAl Sultan Abdullah ketika bertitah sempena perasmian Sidang Parlimen BERNAMAKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah boleh menolak nasihat Perdana Men...
Bolehkah Yang Di Pertuan Agong Tolak Cadangan Bubar Parlimen

Bolehkah Yang Di Pertuan Agong Tolak Cadangan Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 170 hits
Jika Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pernah menolak nasihat Perdana Menteri dan Kabinet untuk mengisytiharkan darurat pada Oktober 2020 maka tidak mustahil Seri Paduka juga menolak pembubaran Par...
Umno Pm Akan Persembah Tarikh Bubar Parlimen Pada Agong

Umno Pm Akan Persembah Tarikh Bubar Parlimen Pada Agong

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 272 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 30 2022 11 07 PMUmno telah membuat ketetapan agar parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Piihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan Justeru katanya ...
Pm Agong Perkenan Parlimen Bubar Hari Ini

Pm Agong Perkenan Parlimen Bubar Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 203 hits
malaysiakini comYang di Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen ke 14 memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu dalam perutusan yang disiarkan ...
Selepas Parlimen Bubar Siapa Yang Berkuasa Zahid Atau Ismail Sabri

Selepas Parlimen Bubar Siapa Yang Berkuasa Zahid Atau Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 205 hits
agendaily com05 10 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Spekulasi kuat mengatakan Parlimen bakal dibubarkan juga pada minggu ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob su...
Siri 44 Pembubaran Parlimen Antara Kuasa Pohon Pm Kuasa Mutlak Bubar Ydpa

Siri 44 Pembubaran Parlimen Antara Kuasa Pohon Pm Kuasa Mutlak Bubar Ydpa

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 219 hits
BICARA SEMASA ANTARA POLITIK UNDANG UNDANG TAJUK PEMBUBARAN PARLIMEN ANTARA KUASA POHON PM KUASA MUTLAK BUBAR YDPA TARIKH 04 OKTOBER 2022 MASA 9 00 MLM PANEL TUAN HANIFF KHATRI MODERATOR ZAWAZI YUSOF KEPADA SESIAPA IN
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Peluang Keemasan Untuk Anda Yang Mencari Kediaman Impian

Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso