Throwback 13 Band Femes Ini Imbas Kembali Zaman Muda Mudi Korang Tahun 90an


Zaman 90an boleh dikatakan zaman yang paling gemilang bagi industri muzik Malaysia sebab kita berjaya lahirkan banyak penyanyi hebat macam Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Ning Baizura, Anuar Zain dan Ziana Zain. Selain dari penyanyi, band era 90an jugak boleh tahan hebatnya sebab masih diingati sampai sekarang.
Jom kita throwback 13 band femes 90an yang mengimbau kembali zaman muda-mudi kita dulu! Boleh selongkar kaset lama dalam peti besi dah ni!
1. KRU

Sumber: KRUZONE
Bagi yang tertanya-tanya KRU tu maksudnya apa, ia ialah singkatan bagi nama Kumpulan Rap Unik yang dianggotai tiga bersaudara iaitu Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim. Ditubuhkan pada 1992, KRU boleh dikatakan antara boybandzaman 90s yang paling lama bertahan kalau nak dibanding dengan kumpulan yang sezaman dengan dorang. Menjadi pencetus aliran muzik rap dan hip hop sebelum munculnya TooPhat, mereka ni femes dengan lagu seperti Awas, Ooh! La! La! dan Fanatik.
KRU sekarang bukan saja ada artis rakaman sendiri, dorang jugak dah terbitkan drama dan filem tempatan yang hebat macam Vikingdom, Magika, Cicakman dan lain-lain. Namun, kumpulan ni dikatakan akan bubar pada Mei depan lepas 26 tahun ditubuhkan.
2. 4U2C

Sumber: Twitter
Kumpulan yang ditubuhkan oleh Mizal Zaini atau yang korang kenal sekarang sebagai AC Mizal aka Inspektor Mazlan ni sangat terkenal dengan sebuah lagu bertajuk Fiona. Ye lah siapa yang dapat lupa music video band ni di mana anggota dia gantung CD besar kat dada dorang tu. Papepun, 4U2C asalnya bermula dengan tiga orang ahli sebelum dorang berkembang lagi jadi 7 orang semuanya. Walaupun 4U2C tak bertahan lama seperti KRU, dorang ni pernah jadi fenomena apabila dipilih jadi duta minuman tin yang bernama RAP.
Walau bagaimanapun, 4U2C akhirnya bubar sebab pergolakan dalaman pada akhir 1990-an. Selepas berbelas tahun berlalu, AC Mizal tubuhkan semula kumpulan ForUToC yang dianggap pengganti kepada kumpulan lama pada 2014.
3. Shades

Sumber: Media Hiburan
Bawa elemen muzik acapella, R&B dan rap, kumpulan Shades ni sangat femes dengan lagu Jangan Ucap Selamat Tinggal, Malam dan Yang Teristimewa. Kumpulan ni asalnya terdiri daripada tiga orang sebelum berkembang jadi lima yang dianggotai Izzee, Nazrea, Jeri, Saiful dan Wan. Bukan sekadar femes di kalangan peminat, Shades pernah menang AIM 1996 dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Vokal Berkumpulan Terbaik. Shades kali terakhir buat ‘comeback’ pada tahun 2012, ketika dorang berkolaborasi dengan kumpulan A to Z, Kool dan Nico.
4. Slam

Sumber: Blog
Aktif sekitar tahun 1992 hingga penghujung 1999, Slam dianggotai Zamani, Shah, Man, Eddie, Lili dan Ajak yang memang sangat digilai remaja pada era tersebut. Antara lagu berhantu Slam yang pernah duduki carta teratas muzik Malaysia dan Indonesia ialah Gerimis Mengundang, Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin. Album Slam pernah terjual sebanyak 300,000 unit kat pasaran Malaysia dan Singapura serta 500,000 di Indonesia. Wow! Hingga kini, Slam masih lagi diminati walaupun mendapat saingan daripada kumpulan muzik moden.
5. Kool

Sumber: Utusan Online
KOOL atau nama panjang bagi ‘Kami Orang-Orang Lama’ ni dianggotai oleh Jay, Hairie, Pat, Riot dan Zack. Mereka ni mula dikenali ramai ketika menggantikan Ning Baizura untuk lagu ‘Kau dan Aku’ dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun 1995. Muncul dengan tiga album iaitu Bebas, Satu Arah dan Fantasi, Kool pernah wakili Malaysia untuk MTV Malaysia dan Jepun serta pernah ke Festival Muzik Shanghai dan menang tempat ketiga dalam acara tu. Kool masih aktif sehingga tahun 2012 je sebelum dorang gabung dengan kumpulan lain dibawah nama GX4.
6. A to Z

Sumber: Youtube
Membawa genre lagu Melayu yang berunsur daerah dan loghat Kelantan, A to Z dianggotai oleh Lan, Jeff, Fendi dan Chap. Antara mereka berempat, Lan lah yang paling sukses bila dia membintangi filem Gemerlapan sebagai hero di samping penyanyi kumpulan Res 2, Baby dan Maya Matahari. A to Z yang sangat terkenal dengan lagu Itik Gembo Gembo pernah menghasilkan lima album dengan album terakhir pada tahun 2000. Kumpulan ni hanya tinggal tiga orang ahli lepas Fendi meninggal dunia 23 April 2008 lalu.
7. ELITE

Sumber: Utusan Online
Seperti KRU, Elite boleh dikatakan sebagai band wanita yang terkenal dan masih diingati sampai sekarang. Bagi yang tak tahu, Elite sebenarnya artis dibawah naungan KRU Records yang pertama dan ditubuhkan pada tahun 1996. Ia dianggotai Azza, Sasha, Watie, Abby Abadi, Linda dan dua lagi anggota baru yang ditukar iaitu Fiza dan Hana. Mendapat jolokan Spice Girls Malaysia, Elite sangat femes dengan lagu Tamparan Wanita, Trauma dan Manisnya Senyumanmu. Elite tidak lagi aktif kini dan kebanyakan anggotanya terjun ke dunia lakonan.
8. Ukays

Sumber: Blog
Masa di awal kemunculan, kumpulan Ukays ni tak berapa dapat sambutan sebab vokal ahli kumpulan yang tak mantap dan label muzik dorang, Varia Music pulak ditutup sebab alami kerugian. Tapi beberapa tahun lepas tu, Saari Amri buka syarikatnya sendiri dan jadikan Ukays artis rakaman pertama di Mekar Production. Sejak dari tu, populariti Ukays memuncak naik lepas muncul dengan album Bisa Berbisa dan terjual sebanyak 350,000 unit. Ukays terkenal dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dan tidak lagi aktif kini.
9. XPDC

Sumber: Wikipedia
XPDC ialah kumpulan heavy metalyang femes dengan lagu rock tangkap leleh macam C.I.N.T.A dan Misteri Mimpi Syakila. Selalu bertukar-tukar ahli kumpulan kerana masalah dalaman, XPDC dah pun menghasilkan lebih daripada 10 album dan lagu C.I.N.T.A ciptaan ZN Kevin dan JS Kevin pernah ke final Juara Lagu 1990. Album mereka bertajuk Brutal jugak pernah terjual sehingga 350,000 unit. Tapi kumpulan ni akhirnya berkubur sebab banyak ahli keluar masuk dan masalah yang tak selesai antara ahli kumpulan.
10. Feminin

Sumber: Blog
Sebelum Elite muncul di arena muzik Malaysia, Feminin merupakan girl band rap pertama di Malaysia yang dianggotai As, Yatie, Watie, Deq Nor dan Along ni terlebih dahulu warnai arena muzik Malaysia. Tapi kumpulan ni takdelah bertahan lama macam Elite dan dibubarkan pada 1997 selepas enam tahun ditubuhkan. Antara lagu mereka yang popular sampai sekarang ialah Untukmu dan Kini. Dorang pernah buat comeback dengan remix kan lagu Untukmu buat peminat.
11. Exists

Sumber: Blog
Muncul seawal 1991, band Exists mula mencipta nama dengan lagu Ibu sehingga berjaya masuk peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992. Namun sejak penubuhan mereka, kumpulan ni asyik tukar masuk ahli sehinggalah tahun 2008 apabila penyanyi Zulkifli Daud dipilih untuk ganti Ezad sebagai penyanyi utama. Album Exists pernah catat jualan yang membanggakan macam boy band lain sebanyak 250,000 unit. Antara lagu terkenal dari Exists ialah Jesnita, Alasanmu, Kerana Percayakan Siti dan lain-lain. Bagi yang tak tahu, pencipta lagu Ajai juga berasal daripada kumpulan ni.
12. Innuendo

Sumber: Blog
Kumpulan yang ketengahan genre soul dan R&B ni bukan saja terkenal dalam kalangan Melayu tetapi bangsa lain jugak amat menggemari band Innuendo. Antara lagu yang femes dari bandini ialah Belaian Jiwa dan Selamanya. Innuendo jugak banyak menghasilkan lagu Inggeris dan berkolaborasi dengan artis macam TooPhat, Adibah Noor dan Camelia. Dorang pernah meraih anugerah Video Muzik Terbaik dan Susunan Lagu Terbaik di AIM 2002. Kini Innuendo hanya bekerja di belakang tabir hasilkan lagu untuk bakat baru.
13. New Boyz

Sumber: Blog
Muncul pada akhir 1990an, New Boyz dianggotai lima orang ahli lelaki dan salah seorangnya ialah Tomok yang kadang-kadang bergerak solo. New Boyz ni sangat femes di kalangan gegadis sehinggalah dorang dicalonkan sebanyak dua kali di ABPBH dalam kategori Penyanyi Duo/Kumpulan Popular. Lagu paling hit daripada New Boyz ialah Sejarah Mungkin Berulang. Sehingga kini, New Boyz masih lagi aktif walaupun dah lama tak keluarkan album.
Macam mana? Terimbau tak kenangan 90an dengan throwback bands ni semua? Kami gerenti korang mesti tengah bukak Youtube nak dengar lagu dari kumpulan legend ni semua kan!
Sumber:lobakmerah
The post Throwback: 13 Band Femes Ini Imbas Kembali Zaman Muda-Mudi Korang Tahun 90an appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/11/throwback-13-band-femes-ini-imbas-kembali-zaman-muda-mudi-korang-tahun-90an/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kehadiran Lelaki Misteri Zaman Jutaan Tahun Berzikir Depan Kaabah Buat Ramai Teruja

Kehadiran Lelaki Misteri Zaman Jutaan Tahun Berzikir Depan Kaabah Buat Ramai Teruja

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1475 hits
Tanah suci Mekah merupakan tempat yang paling ingin dijejaki oleh umat Islam Tersebar di laman sosial pengalaman yang sukar dilupakan dia telah merakam gambar yang dia berjumpa seorang lelaki berjubah hijau yang sedang khusyuk berzikir di h...
Gelar Budaya Sambas Iii Yogyakarta Tahun 2018 Kembali Digelar

Gelar Budaya Sambas Iii Yogyakarta Tahun 2018 Kembali Digelar

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 266 hits
Zulhendra selaku Ketua UMUM IKMAS Yogyakarta mengatakan event nantinya tidak hanya mengangkat seni dan budaya yang ada di Kabupaten Sambas akan tetapi juga akan menjadi ajang promosi pariwisata di kabupaten yang terkenal dengan istilah kota...
Anak Muda Zaman Sekolah Xnak Sekolah Betul Betul 8656

Anak Muda Zaman Sekolah Xnak Sekolah Betul Betul 8656

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 317 hits
Anak muda yang jahat Barang tentu anak muda yang jahat tidak gemar membaca hal seperti ini Berkat Bismillahirrahmanirrahim In Syaa Allah Allah sampaikan melalui mimpi ngerimu saban malam sehingga engkau anak muda temui orang tua yang engkau...
Biodata Mona Allen Kembali Aktif Selepas 15 Tahun

Biodata Mona Allen Kembali Aktif Selepas 15 Tahun

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 1272 hits
Siapa Mona Allen Jika anda pernah menonton rancangan popular Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 suatu masa dahulu tentunya anda masih ingat kelibat host rancangan tersebut Waktu itu usia Mona Allen baru sahaja belasan tahun Namun kini Mona...
Satu Tahun Setelah Marawi Isis Kembali Bangkit Di Filipina

Satu Tahun Setelah Marawi Isis Kembali Bangkit Di Filipina

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 254 hits
Pada Mei tahun lalu kota Marawi dikuasai oleh ISIS dan butuh pengepungan hingga lima bulan berdarah oleh tentara untuk merebutnya kembali
5 Fakta Di Balik Merpati Airlines Kembali Mengudara Di 2019 Setelah Mati 4 Tahun

5 Fakta Di Balik Merpati Airlines Kembali Mengudara Di 2019 Setelah Mati 4 Tahun

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 272 hits
Merpati tercatat menghentikan operasi seluruh rute penerbangannya sejak Kamis Langkah itu diambil lantaran maskapai itu tidak mampu membeli bahan bakar secara tunai kepada PT Pertamina
Angka Bunuh Diri Di Kalangan Muda Jepang Tertinggi Dalam 30 Tahun

Angka Bunuh Diri Di Kalangan Muda Jepang Tertinggi Dalam 30 Tahun

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 218 hits
Menurut catatan hingga Maret tahun ini sebanyak 250 murid sekolah dasar sekolah menengah pertama dan sekolah menengah atas melakukan bunuh diri
Dok Rindu J Bo Muda Isteri Kedua Lelaki Kahwin Budak 11 Tahun Mengamuk Di Media Sosial

Dok Rindu J Bo Muda Isteri Kedua Lelaki Kahwin Budak 11 Tahun Mengamuk Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 505 hits
Ingat lagi kisah budak 11 tahun yang jadi isteri ketiga kepada lelaki berusia 41 tahun dulu di Kelantan tu Haa baru baru ini suaminya ada meluahkan kepada media yang dia amat merindukan isterinya itu yang kini berada di bawah jagaan Kemente...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penstrukturan Semula Kwsp 2024

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls