Biodata Lengkap Yb Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Wanita Pertama Malaysia


Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, adalah seorang tokoh politik yang memiliki latar belakang pendidikan tinggi dan penglibatan politik yang aktif. Beliau kini bertindak selaku menteri pendidikan Malaysia ke-22 dan wanita yang pertama dalam sejarah Malaysia dilantik sebagai menteri pendidikan.
Berikut adalah kami kongsikan kepada anda beberapa maklumat biodata, kerjaya, pendidikan dan lain-lain.
Saluran Informasi Pendidikan Negara Malaysia Maklumat Lengkap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek Biodata Fadhlina Sidek Fadhlina Sidek adalah merupakan anak kepada Allahyarham Siddiq Fadzil, bekas Presiden Persatuan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih sebelum menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Kajang, Selangor pada tahun 1994.
Beliau juga melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), di mana beliau menerima LLB dan Ijazah LLB (Syariah) pada tahun 2002, dan LLM beliau dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2008.
Berikut adalah maklumat lengkap biodata Fadhlina Sidek:
BiodataMaklumatNama PenuhFadhlina Binti SidekJawatan Sebelum IniSenator Dewan RakyatJawatan Dalam Kerajaan (Kini)Menteri PendidikanParlimenNibong TebalNegeriPulau PinangTarikh Lahir16 Oktober 1977 (45 Tahun)StatusBerkahwin dengan Muhd Fadzli Arsad (Mempunyai 6 orang anak)Pendidikan✔Ijazah Sarjana Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (2008)
✔Ijazah Sarjana Muda LL(B) dan LL (B) (Syariah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(2002)
✔Sekolah Agama Menengah Batu 10, Kajang, Selangor (1994)Alamat Surat Menyurat (KPM)Pejabat Menteri Pendidikan Aras 10 Blok E8,Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan PutrajayaMedia SosialFB : fadhlina.datosidek
Twitter :FadhlinaSiddiq
IG : fadhlinasidekcomms Tahap Pendidikan Tinggi Fadhlina Sidek mempunyai latar belakang pendidikan tinggi yang kukuh. Beliau memperoleh Sarjana Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Beliau juga menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Selangor.
Penglibatan Politik Oleh YB Fadhlina Sidek Karier Sebelum Terlibat Dengan Politik Sebelum terlibat dengan politik, Fadhlina sidek adalah merupakan peguam undang-undang yang aktif. Beliau telah bekerja sebagai peguam dan mempunyai firma guamanya iaitu tetuan Fadhlina Siddic & Assoc . Dalam masa yang sama, beliau juga bergerak sebagai pejuang aktivis.
Jawatan yang Disandang Dalam PKR Fadhlina memulakan karier politiknya pada 2020 apabila menyertai parti PKR dan dilantik sebagai Pengerusi Biro Undang-undang dan Pembangunan Masyarakat Wanita. Beliau juga dipilih sebagai Ketua Wanita parti pada Julai tahun yang sama. Pada September 2021, beliau dilantik ke Dewan Negara untuk mewakili negeri Pulau Pinang.
Kerjaya politik Fadhlina Sidek;
Senator ahli dewan negara latikan DUN Pulau Pinang Ketua wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pada pilihan raya umum 2022 , beliau adalah calon PKR bagi kerusi Parlimen Nibong Tebal dan berjaya menewaskan penyandangnya, Mansor Othman daripada PN, dengan kelebihan 16,293 undi. Kini, bermula 3 Disember 2022 beliau berjaya dilantik sebagai menteri pendidikan Malaysia yang baharu
Dasar KPM Dibawah YB Fadhlina Sidek Usaha Memperkemaskan Sistem Pendidikan Negara Selaku menteri pendidikan, YB Fadhlina telah menerangkan dasar yang beliau bakal bawakan dengan matlamat jelas iaitu untuk memperbaikkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Dengan pelbagai inisiatif dan perancangan, Yb Fadhlina telah menetapkan beberapa usaha yang KPM perlu cakna.
Berikut adalah antara dasar dan usaha yang KPM sedang usahakan untuk komuniti pendidikan negara:
1. Meningkatkan Kualiti Guru dan Pendidikan Karakter
KPM memberi komitmen untuk mempertingkatkan kualiti guru dan pendidikan karakter. Ini bermaksud pendidikan di Malaysia harus merangkumi aspek holistik seperti jasmani, intelektual, dan nilai-nilai karakter. Fadhlina Sidek menegaskan bahawa pendidikan bukan hanya mengenai aspek akademik semata-mata, tetapi juga memahami dan memperkukuhkan nilai-nilai kehidupan yang mencerminkan keharmonian dan keamanan dalam masyarakat.
2. Penjagaan Keseluruhan Ekosistem Pendidikan
Fadhlina Sidek ingin memastikan bahawa keseluruhan ekosistem pendidikan dilaksanakan mengikut proses yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996 serta peraturan berkaitan. Ini melibatkan penyelarasan dan pematuhan kepada perundangan yang sedia ada, memastikan penyelenggaraan pendidikan berada dalam garis panduan yang sesuai dan sah.
3. Keutamaan KPM: Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera
KPM menekankan keutamaan dalam mencapai kesinambungan dan kejayaan dalam pendidikan. Matlamat utama adalah untuk memastikan murid gembira, guru bahagia, sekolah yang cemerlang, dan negara yang sejahtera. Ini adalah visi dan misi yang menjadi fokus KPM dalam usaha memajukan pendidikan di Malaysia.
4. Intervensi untuk Generasi yang Hilang (Lost Generation)
Penting untuk KPM untuk memberi tumpuan kepada generasi yang mungkin tercicir atau memerlukan intervensi yang khusus. Menurut Fadhlina Sidek, langkah-langkah akan diambil untuk mengatasi isu ini. Ini termasuk kerjasama dengan pihak lain seperti NGO dan aktivis dalam menangani isu ‘lost generation’.
5. Penerusan Dasar Pendidikan Terdahulu
Fadhlina Sidek berjanji untuk meneruskan dasar-dasar pendidikan sedia ada yang telah digariskan oleh pentadbiran sebelum ini. Ini termasuk Transformasi Pendidikan yang telah dirangkum dalam usaha untuk memastikan kecekapan dan keberkesanannya. Namun, penambahbaikan dalam proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan akan dilaksanakan untuk memastikan pendidikan yang lebih baik.
6. Perundingan dan Musyawarah
Fadhlina Sidek menekankan bahawa penambahbaikan dalam sistem pendidikan tidak akan dilakukan secara sembrono. Sebaliknya, ia akan melibatkan proses perundingan dan musyawarah dengan rakan strategik dan semua pihak berkepentingan. Ini memastikan bahawa setiap langkah yang diambil akan memenuhi keperluan dan kehendak semua pihak yang terlibat dalam pendidikan.
7. Pengkajian Semula Takwim Persekolahan
Takwim persekolahan akan disemak semula dan dikembalikan kepada takwin yang asal. Bagaimanapun, Fadhlina Sidek mengingatkan bahawa keputusan mengenai takwim tersebut akan bergantung kepada beberapa faktor termasuk kebajikan guru dan murid serta peperiksaan dan faktor ekonomi negara yang boleh memberi impak kepada proses pendidikan. Oleh itu, secara rasminya KPM telah menetapkan sesi persekolahan akan mula bermula januari bermula 2026.
8. Peperiksaan SPM
Fadhlina Sidek juga menyentuh mengenai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau menekankan bahawa justifikasi terhadap penjadualan peperiksaan ini perlu dilihat semula. Ini termasuk mengambil kira faktor seperti musim banjir yang boleh memberi kesan kepada pelajar.
Dengan itu, jelaslah dasar yang dibawa oleh YB Fadhlina untuk membawa dan memacu negara sistem pendidikan ke arah yang lebih baik.
Sumbangan Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia YB Fadhlina Sidek amatlah komited dalam menerajui pendidikan negara Malaysia. Beliau kini sedang merancang untuk memulihkan sistem pendidikan negara setaraf negara-negara maju. Terdapat banyak sumbang beliau dalam membangunkan dan memberi inisiatif kepada pendidikan negara.
Berikut adalah sumbangan dan peranan YB Fadhlina Sidek kepada pendidikan negara:
Menyeru Hentikan Budaya Memperlekeh Agama dan Keharmonian Kaum Salah satu isu yang menjadi tumpuan Fadhlina Sidek adalah isu budaya memperlekeh agama yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama. Beliau telah mengambil langkah berani untuk memastikan bahawa agama tidak boleh dijadikan persendaan. Tindakan awal termasuk siasatan terhadap dakwaan guru yang meminta murid menukar agama, adalah contoh nyata penglibatan beliau dalam melindungi hak kebebasan beragama dan keharmonian dalam sistem pendidikan.
Kemudahan Pendidikan yang Lebih Baik Fadhlina Sidek juga mengambil tindakan proaktif dalam memperbaiki kemudahan pendidikan di Malaysia. Beliau memerhati isu kerosakan kantin di Sekolah Kebangsaan Kampung Awah, Maran, Pahang, yang menyebabkan pelajar terpaksa makan di tepi longkang.
Projek pembinaan semula kantin dan kemudahan lain yang mencukupi telah dimasukkan dalam senarai projek untuk tahun 2023. Ini menunjukkan komitmen beliau dalam meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan.
Kelestarian Kesihatan dan Kesejahteraan Guru Fadhlina Sidek juga memberi perhatian kepada kesihatan dan kesejahteraan guru, yang memainkan peranan penting dalam pendidikan. Beliau telah melaksanakan inisiatif segera untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh guru, seperti memansuhkan pertandingan dan sambutan yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid.
Beliau juga memberi autonomi yang lebih kepada guru dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran bilik darjah.
Memastikan Kemudahan Perjalanan Bagi Guru Selain itu, Fadhlina Sidek juga memahami keperluan guru yang ingin pulang ke negeri Sabah dan Sarawak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Beliau telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk mencari jalan penyelesaian dalam mendapatkan tiket penerbangan bagi guru-guru yang ingin pulang ke kampung halaman mereka.
YB Fadhlina Sidek, dalam peranannya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap peningkatan sistem pendidikan negara. Sumbangan beliau melalui tindakan berani dan perancangan yang teliti adalah penting dalam memastikan masa depan pendidikan Malaysia yang lebih baik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/10/fadhlina-sidek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Kena Henti Desak Fadhlina Tambah Peruntukan Sekolah P Pinang Malaysia Gazette 04 11 2023

Dap Kena Henti Desak Fadhlina Tambah Peruntukan Sekolah P Pinang Malaysia Gazette 04 11 2023

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 188 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengecam tindakan Jawatankuasa Perhubungan DAP Bagan yang terlalu mendesak Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk memenuhi tuntutannya Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata desakan itu b...
Malaysia Negara Eksport Pertama Bagi Sistem Atgw Karaok Buatan Roketsan Turkiye

Malaysia Negara Eksport Pertama Bagi Sistem Atgw Karaok Buatan Roketsan Turkiye

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 165 hits
BERITAINTERNATIONALMALAYSIA Kementerian Pertahanan Malaysia disahkan telah memilih sistem peluru berpandu anti kereta kebal KARAOK buatan syarikat Roketsan daripada Turkiye untuk memenuhi keperluan Tentera Darat bagi sistem peluru berpandu ...
Polis Tahan Pengguna Media Sosial Didakwa Ugut Menteri Pendidikan

Polis Tahan Pengguna Media Sosial Didakwa Ugut Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 224 hits
BernamaSeorang lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk ...
Hooray Menteri Dungu Dan Cikgu Dungu Punya Pasal Malaysia Masuk Berita Antarabangsa

Hooray Menteri Dungu Dan Cikgu Dungu Punya Pasal Malaysia Masuk Berita Antarabangsa

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 100 hits
Tuan Tuan lihatlah nanti apa yang akan berlaku kepada nilai Ringgit kita Just wait and see Dengan pemimpin dungu macam yang kita ada we dont need enemies The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MM...
Pahala Berada Di Shaf Pertama Dalam Shalat Berjamaah Bagi Pria Dan Wanita

Pahala Berada Di Shaf Pertama Dalam Shalat Berjamaah Bagi Pria Dan Wanita

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 126 hits
Apa keutamaan shaf pertama dalam shalat berjamaah Shaf terbaik bagi wanita apakah shaf terdepan ataukah paling belakang
Kali Pertama Di Malaysia Kim Sejeong Senyum Lebar Lihat Ragam Peminat Fan Service On Top

Kali Pertama Di Malaysia Kim Sejeong Senyum Lebar Lihat Ragam Peminat Fan Service On Top

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 173 hits
Siapa je tak kenal dengan Kim Sejeong Seorang idol yang bermula daripada reality show Produce 101 dan kini menjadi aktris untuk K Drama popular seperti Business Proposal The Uncanny Counter School 2017 dan macam macam lagilah Buat pertamany...
Langkah Masuk Ke Dunia Naruto Pameran Naruto Pertama Di Malaysia

Langkah Masuk Ke Dunia Naruto Pameran Naruto Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 293 hits
Langkah Masuk ke Dunia Naruto Pameran Naruto Pertama di Malaysia Menampilkan Animasi TV Ulang Tahun Ke 20 Bakal Diadakan di Kuala Lumpur Para peminat NARUTO di Malaysia bakal mendapat kejutan yang menakjubkan tidak lama lagi Malaysia bakal ...
Jdt Tewaskan Perak Fc Bekalan Selesa Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2023

Jdt Tewaskan Perak Fc Bekalan Selesa Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 137 hits
PIALA MALAYSIA 2023 SEPARUH AKHIR PERTAMA JDT TEWASKAN PERAK FCTahniah buat JDT Kemenangan selesa dengan jaringan 4 berbalas 1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 JDT menentang Perak FC di Stadium Perak Ipoh sebentar ...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura