Gerbang masuk Tree Top Walk Sungai Sedim. Laluan ini hanya untuk pejalan kaki. Pengunjung perlu meletak kenderaan di ruangan parkir taman eko rimba. Kalau pada hujung minggu atau cuti umum, eloklah datang awal sebab ruangan parkir berkongsi dengan pengunjung yang datang berkelah. Memang sesak
Agak jauh jugak kita perlu berjalan dari gerbang tadi menuju ke lokasi laluan kanopi. Sambil tu bolehlah kita memerhati tumbuhan di kanan dan kiri laluan
Inilah ruang dalam bangunan yang menempatkan kaunter tiket dan ruang galeri. Sebelum naik laluan kanopi, bagus kalau kita baca info tersedia mengenai Tree Top Walk - sejarah pembinaan, latar belakang projek laluan kanopi dan jenis burung yang dikenal pasti terdapat di sini.
Klik gambar untuk lebih jelas.Senarai harga bagi kemudahan dan aktiviti yang ditawarkan oleh pihak Tree Top Walk. Bukan sekadar naik laluan kanopi je ya. Kita boleh datang menginap di sini atau berkhemah di tapak perkhemahan
Harga tiket dewasa untuk pemegang MyKad - RM12. Sebelum ini RM10, baru saja naik harga beberapa bulan lepas
Di sinilah permulaan laluan kanopi sepanjang 925 meter. Memang panjang! Dikatakan ini merupakan laluan kanopi hutan hujan tropika yang terpanjang di dunia. Laluan kanopinya di bina membentuk satu pusingan. Ketinggian bermula pada aras 5 meter dari lantai hutan. Jom kita mulakan perjalanan menikmati hutan hujan tropika pada aras tinggi
Begini rupa laluan kanopi. Laluan dengan lantai struktur besi yang kukuh. Tapi kalau ada orang lain jalan berhampiran kita, terasa bergoyang jugak laluan ni
Gayat ke tak gayat? Tak nak gayat, jalan tengok depan. Kalau tengok bawah, nampak tiang besi ni sayup ke bawah memang rasa gayat
Laluan kanopi ni bukan sekadar kita lalu gitu je tau, ada disediakan papan info bagi kita mempelajari jenis pokok yang terdapat di sini dan pengetahuan berkenaan hutan. Rajin-rajinlah berhenti untuk membaca dan memerhati sekeliling. Pembelajaran alam yang menyeronokkan. Lebih banyak yang kita tahu, lebih dekat rasa cinta kita kepada alam dan penciptanya
Di tempat-tempat tertentu, terdapat papan info berkenaan ketinggian laluan kanopi. Setakat yang saya perasan dan sempat rakam fotonya, titik paling tinggi adalah 20 meter dari lantai hutan
Berada pada kedudukan aras tinggi begini memberi kelebihan bagi kita memerhati struktur hutan dari atas dan dapat memerhati pokok-pokok tinggi pada kedudukan lebih dekat. Kami berdua juga sibuk memerhati mencari-cari kalau ada burung Enggang atau spesis lainnya. Gigih bawa binokular. Tapi nampaknya tak ada rezeki, langsung tak kelihatan kelibat burung di sini
Inilah pokok yang yang saya sebut dalam entri terdahulu - pokok tinggi dengan buah lebat di batang pokok. Sebelum ni susah nak tengok rupa buahnya sebab terlalu tinggi. Di sini, pada kedudukan aras tinggi dengan mudah kita dapat melihat secara dekat pokok Ara Pencekik. Berbuah lebat, saiz kecil. Warna hijau akan bertukar merah apabila sudah masak. Tapi awas ya, katanya buah ara jenis yang ini tak boleh dimakan
Menurut saya, paling rasa gayat bila perlu jalan di laluan kanopi dengan aliran deras sungai di bawah. Berdebar rasa nak lalu. Kalau tak pandang bawah, rugi pulak. Jadi kita lawan jelah rasa gayat tu demi sebuah pengalaman
Aliran Sungai Sedim yang indah. Saya nampak ada sekumpulan orang di bawah, mungkin kumpulan yang menyertai aktiviti rentas hutan
Sampai semula di tempat bermula tadi. Keseluruhan masa kami di laluan kanopi ni adalah kira-kira satu jam. Terasa lama jugak kami berada di atas laluan kanopi ni, tambahan pulak dengan cuaca yang agak panas|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |