Sedim Rainforest Resort Kulim Penginapan Di Tengah Hutan


Catatan kisah pada hari Jumaat, 16 September 2022

Semasa ke Outdoor Expo 2022 tempohari, saya dan encik suami ada membeli pakej penginapan di Sedim Rainforest Resort dengan harga RM130 / malam berserta sarapan pagi untuk dua orang. Bayar wang pendahuluan sebanyak RM50 dan bakinya sewaktu datang menginap

Kami ambil keputusan untuk ke Sedim Rainforest Resort semasa cuti Hari Malaysia yang jatuh pada hari Jumaat. Hajat di hati, kalau menarik bolehlah menambah satu malam lagi memandangkan ada tiga hari cuti (Jumaat - Ahad)

Sedim Rainforest Resort terletak di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim, Kedah. Jaraknya dari rumah kami di PP kira-kira 50 km, anggaran masa 1 jam 10 minit. Disebabkan tak begitu jauh dan encik suami pula baru sampai dari Ipoh pada pagi Jumaat tersebut, kami santai saja dan bertolak lewat iaitu sekitar pukul 3.30 petang

Sebelum sampai ke destinasi, kami singgah makan siap-siap. Rancangnya, malam nanti di resort cuma nak mengopi sambil menikmati suasana malam

Jalan menuju ke resort, taman eko rimba dan Tree Top Walk.Setelah melalui jalan kampung, kami tiba di sebuah pintu gerbang besi tanpa sebarang tulisan dan terdapat sebuah pondok kawalan di sebelah kanan jalan. Juga terdapat sebuah papan notis berwarna kuning oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Bermula dari situ, laluan kecil. Perlu berhati-hati dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan

Perjalanan diteruskan sehingga kami tiba di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, berhadapan pintu masuk ke Tree Top Walk Sungai Sedim. Sampai di sini saja Google Maps bawa kami. Agak keliru, sebab tak kelihatan sebarang bangunan resort. Encik suami menghubungi pengurus resort. Katanya kalau kereta biasa boleh masuk sampai resort. Kalau kereta rendah, boleh parkir di kawasan taman eko rimba dan lalu jambatan untuk ke resort

Kami naik kereta biasa, jadinya kami ikut arahan seterusnya iaitu terus naik atas lagi sehingga jumpa jambatan konkrit. Di sini saya dah mula rasa seram, sebab kereta kami perlu melalui sebatang jambatan kecil dengan reka bentuk seakan separa bulatan (tinggi di bahagian tengah). Selepas lalu jambatan, ikut laluan bersimen dan belok ke simpang pertama

Laluan hutan menuju ke resort.Tergamam seketika. Rupanya kami perlu melalui laluan hutan! Gelap pulak tu. Pukul 5.40 petang dah gelap sebab dalam hutan. Sekali lagi encik suami hubungi pengurus resort meminta kepastian jalan yang sedang kami lalui. Memang betul jalannya. Fuh…berdebar-debar saya rasa. Saya bukan risaukan diri sendiri sebab saya memang suka suasana hutan, tapi risaukan kereta kami. Kalaulah jadi apa-apa pada kereta waktu di hutan ni, tentu banyak masalah lain yang timbul

Syukurlah, tak jauh pun. Kira-kira 200 meter saja laluan hutan ni. Tapi sebab tak tahu lebih awal, jadi agak terkejut dan seram jugaklah kan. Kalau dah sedia maklum dan pernah lalu tu lain perasaannya

Sedim Rainforest Resort.Alhamdulillah. Kami selamat sampai ke Sedim Rainforest Resort. Memang betul-betul duduk dalam hutan! Masa ni saya dah mula rasa teruja sebab dapat tidur dalam suasana hutan

Penginapan nombor 7 & 8, pandangan dari belakang.Pengurus resort dah pun menunggu. Kami boleh terus masuk bilik penginapan nombor 7. Kunci bilik ada diletakkan atas meja di dalam bilik. Reka bentuk bilik di sini dibina bercantum dua buah bilik

Keadaan dalam bilik penginapan kami.Inilah bilik penginapan kami. Agak luas. Biliknya dilengkapi katil, almari, kipas angin, tuala mandi dan sejadah. Tapi saya rasa kurang selesa - lantainya terasa berpasir, silingnya bertompok hitam dan keadaan bilik air yang usang dan tak bersih. Tak sanggup pulak nak ambil fotonya. Setiap kali masuk bilik air, memang kena cepat-cepat buat urusan

Selesai menunaikan solat Asar, kami terus keluar berjalan-jalan di sekitar resort. Semasa kami datang ni suasana agak meriah dengan kehadiran tetamu lain, maklumlah cuti agak panjang.
Indahnya ciptaan Tuhan Yang Maha Agung.Paling seronok bila menginap di sini, bilik penginapan semuanya menghadap aliran Sungai Sedim. Masa ni tetamu lain masing-masing dah beransur naik, maklumlah dah lewat petang

Suasana malam.Dekat je bilik penginapan dengan sungai. Duduk dalam bilik, dengar macam bunyi hujan di luar. Begitulah kuatnya bunyi aliran deras sungai

Suasana resort pada waktu malam. Ada yang pasang khemah di hujung sana.Malamnya, kami keluar dari bilik, konon nak mengopi. Cari meja kosong, keluarkanlah camping gas, cawan dan sebagainya. Eh, mana gas stove? Alaa…rupanya saya tertinggal benda kecil tu - macam tungku kecil, perlu pasang pada camping gas. Tak boleh nak salahkan encik suami, sebab tu tugas saya kemas keperluan kami. Geram dengan diri sendiri yang cuai

Balik bilik, konon nak masak air guna jug elektrik yang ada dalam bilik. Tapi rupanya plug dah terbakar, tak bolehlah nak guna. Emm…memang tak ada rezeki. Kita minum air kosong jelah. Hahaha! Tak dapatlah nak mengopi sambil menikmati suasana malam di sini. Seronok di luar ni, dapat menikmati bunyi alam - aliran sungai, cengkerik dan entah bunyi burung apa

Dah tak ada apa nak di buat, malam tu kami tidur awal. Walaupun bilik cuma ada kipas geleng kanan kiri, tak ada alat pendingin hawa, tapi suasana dalam hutan dengan aliran sungai dah cukup buat kami tidur selesa. Kami bawa sleeping bag seorang satu. Sampai pagi tidur dalam sleeping bag, maksudnya sejuklah di sini. Kalau tak, mesti terjaga tengah malam bukak zip sleeping bag dek kepanasan


Cerita esok siangnya…insyaAllah saya sambung entri akan datang





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/10/sedim-rainforest-resort-kulim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Ke Belantara Nun Di Banjaran Titiwangsa Tengah Kl Pun Ada Hutan Wajib Datang

Tak Perlu Ke Belantara Nun Di Banjaran Titiwangsa Tengah Kl Pun Ada Hutan Wajib Datang

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 166 hits
Bagi yang baru berjinak dengan dunia mendaki anda tidak perlu lagi terus ke belantara nun di pedalaman Banjaran Titiwangsa sebaliknya jiwai dulu semangat kehijauan hutan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur Dulunya ia dikenali sebagai Hutan Simp...
Tular Gadis Jelita Didakwa Anak Pontianak Ditemui Di Tengah Hutan Ketika Bayi

Tular Gadis Jelita Didakwa Anak Pontianak Ditemui Di Tengah Hutan Ketika Bayi

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 187 hits
Seorang kanak kanak perempuan di Indonesia menjadi tular baru baru ini kerana digelar sebagai anak pontianak lapor Tribun News Kanak kanak perempuan yang bernama Tiara Kartika itu menjadi tular dengan gelaran anak pontianak malah dia juga m...
Tak Berani Belek Naik Bulu Roma Tengah Syok Memancing Jumpa Batu Amp Sampul Berisi Gambar Seperti Disihir

Tak Berani Belek Naik Bulu Roma Tengah Syok Memancing Jumpa Batu Amp Sampul Berisi Gambar Seperti Disihir

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 169 hits
Apa korang akan buat kalau waktu tengah buat aktiviti atau hobi kegemaran tiba tiba terjumpa sesuatu yang seram dan menaikkan bulu roma Baru baru ini seorang lelaki terkejut selepas dia terjumpa satu sampul surat bersama batu bata ketika se...
Makan Tengah Hari Bersama Keluarga Besar Di Aji Aji Seafood Jerteh

Makan Tengah Hari Bersama Keluarga Besar Di Aji Aji Seafood Jerteh

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 264 hits
Masih lagi catatan kisah di awal bulan September sewaktu ahli keluarga encik suami berkumpul di Besut Terengganu Hari Ahad iaitu hari terakhir berkumpul kami makan tengah hari di Aji Aji Seafood yang terletak di Jerteh Malam sebelumnya ada ...
Penduduk Jumpa Ular Sawa Gergasi Sepanjang 7 Meter Ketika Tengah Bersihkan Kebun

Penduduk Jumpa Ular Sawa Gergasi Sepanjang 7 Meter Ketika Tengah Bersihkan Kebun

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 142 hits
Penduduk di Kabupaten Muna Barat Sulawesi Tenggara Indonesia gempar selepas menemui seekor ular sawa raksasa ketika sedang memotong rumput di kebun yang bakal digunakan untuk menanam jagung Menurut Detik ular sawa yang ditemui itu berukuran...
Insiden Dicekik Iqram Dinzly Mona Allen Dedah Tengah Hamil 5 Bulan

Insiden Dicekik Iqram Dinzly Mona Allen Dedah Tengah Hamil 5 Bulan

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 163 hits
Beberapa bulan lalu kecoh apabila pelakon Mona Allen mendakwa dia dicekik nbsp oleh rakan gandingannya Iqram Dinzly ketika penggambaran drama Hati Yang Dikhianati Terbaru menurut laporan Boom pelakon berusia 37 tahun itu mendedahkan insiden...
Menghapus Stigma Negatif Kondom Di Tengah Manfaatnya Bagi Kesehatan

Menghapus Stigma Negatif Kondom Di Tengah Manfaatnya Bagi Kesehatan

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 210 hits
Kenapa sih orang beli kondom seringkali dipandang aneh bahkan dicap sebagai orang nakal
Ingatkan Anak Dah Tidur Bila Check Cctv Rupanya Tengah Menangis Tatap Gambar Arwah Abah

Ingatkan Anak Dah Tidur Bila Check Cctv Rupanya Tengah Menangis Tatap Gambar Arwah Abah

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 172 hits
Tidak dapat digambarkan kesedihan anak anak yang sudah memahami erti kehilangan apabila mereka mendapat tahu ibu atau bapa sudah pergi buat selamanya Perkongsian video seorang ibu baru baru ini mengundang sebak ramai netizen di TikTok selep...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It