di Merdeka 118 – telah dianjurkan sempena Hari Merdeka, bertempat di kawasan bersejarah di mana Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Acara ini menyaksikan penglibatan 5,800 peserta dari 70 negara menyahut cabaran menawan 2,845 anak tangga hingga ke Aras 118 bangunan kedua tertinggi di dunia pada hujung minggu sambutan Hari Merdeka.
di Merdeka 118 turut mencipta sejarah dengan pencapaian berganda yang mengagumkan dalam Malaysia Book of Records untuk dua kategori: Larian Menara Tertinggi pada ketinggian 503 meter dan Peserta Paling Ramai Menamatkan Larian Menara/Acara dengan 5,700 peserta.
di Merdeka 118 berkata, “The Sky Race
di Merdeka 118 menandakan satu pencapaian penting dalam landskap sukan Malaysia. Setiap peserta membawa kisah keberanian dan ketabahan tersendiri untuk menakluki bangunan kedua tertinggi di dunia, dan sambutannya amat luar biasa – bukan sahaja di peringkat tempatan malah di peringkat antarabangsa. Ia cukup membanggakan apabila acara ini berjaya menarik perhatian global dan meletakkan Malaysia sebaris dengan larian menara berprestij tinggi seperti Empire State Building Run-Up, Shanghai Tower International Vertical Marathon, Eiffel Tower Vertical Race, dan Taipei 101 Run. The Sky Race
di Merdeka 118 telah menyatukan semangat kesukanan dan setiakawan, sambil menampilkan panorama Kuala Lumpur yang menakjubkan apabila peserta menawan 2,845 anak tangga untuk menamatkan perlumbaan eksklusif ini di Aras 118 bangunan ikonik Merdeka 118.”
di Merdeka 118 bukan sekadar ujian ketahanan, tetapi juga satu perayaan terhadap aspirasi Malaysia serta cerminan keistimewaan negara kita. Dengan penganjuran acara bertaraf dunia ini di Merdeka 118, kita bukan sahaja menonjolkan ikon seni bina negara, malah memperkukuh kedudukan Malaysia di persada sukan global.” kata Dato’ Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures.
di Merdeka 118 turut menarik penyertaan merentasi enam kategori kompetitif; termasuk Terbuka (18+), Junior Veteran (40-49), Veteran (50-59), Senior Veteran (60+), dan Junior (13-17), selain kategori berpasukan untuk lelaki, wanita dan pasukan campuran (tiga orang). Menariknya, 74% daripada peserta adalah pelari menara kali pertama, mencerminkan tarikan serta keterbukaan acara ini kepada komuniti antarabangsa.
di Merdeka 118 pada hujung minggu Hari Kebangsaan melambangkan kemunculan Malaysia sebagai destinasi kelas dunia untuk larian menara.” beliau berkata. “Berdiri di Aras 118, saya dapat merasakan kebanggaan luar biasa terhadap apa yang telah kita capai bersama, iaitu mengangkat kedudukan Malaysia dalam komuniti larian menara antarabangsa, sambil meraikan warisan serta semangat kebangsaan kita.”
turut menampilkan pengalaman pesta yang menyeluruh. Race Village di perkarangan Stadium Merdeka menawarkan pelbagai sajian makanan dan minuman, permainan interaktif, rakan pameran, aktiviti seni dan kraf, serta persembahan muzik sepanjang hari. Acara ini disokong oleh rakan utama Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, serta Visit Malaysia 2026 (VM2026). Turut memberi sokongan ialah Beyond Massage sebagai Rakan Pemulihan Rasmi, Terra Green Malaysia sebagai Rakan ESG Rasmi; Joy Orchid Studio sebagai Rakan Penggubah Bunga Rasmi; Primedic (Nano Medic Care Sdn Bhd) sebagai Pembekal AED Rasmi; serta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Oligo sebagai Rakan Sokongan Rasmi .
di Merdeka 118, sila kunjungi https://theskyrace.com.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |