The Sheep Sanctuary Tempat Menarik Di Cameron Highlands Wajib Pergi


Menjerit ketakutan saya dan suami bila tiba-tiba beberapa ekor biri-biri datang menyerbu sebaik kami menjejakkan kaki ke dalam The Sheep Sanctuary.


Kenapa biri-biri ni berani sangat? Kami yang takut bila kena serbu macamtu!


Pengalaman pertama kali masuk ke The Sheep Sanctuary di Cameron Highlands tentunya tak dapat dilupakan saya dan keluarga terutama sekali Auni dan Ameera. Sebaik saja nampak biri-biri berlari ke arah kami, budak berdua tu dah start menjerit dengan suara nak menangis. Siapa tak cuak kan bila tiga empat ekor biri-biri datang ke arah kami sambil buka mulut. Menjeritlah kami satu keluarga.


Rupa-rupanya baru kami tau semua biri-biri di sini memang dah target bila nampak kotak makanan di tangan pengunjung bermaksud ada makanan untuk mereka. Padanlah beberapa ekor biri-biri berlari ke arah kami sebaik menjejakkan kaki masuk ke dalam The Sheep Sanctuary sambil buka kotak makanan. First experience memang gabra beb.


Pada awalnya, semua geli nak beri makanan pada biri-biri sebab tangan bertemu dengan mulut dan air liur mereka tapi bila dah biasa, kami pula yang tambah beli makanan untuk diberi pada biri-biri. Suami bayar RM38 keseluruhan bagi tiket masuk dua dewasa dan dua kanak-kanak. Kami turut diberi dua kotak makanan biri-biri dalam bentuk dedak. Bila masuk ke The Sheep Sanctuary, kami beli lagi makanan tambahan untuk diberi kepada biri-biri sebanyak RM10 dalam bentuk rumput panjang. Harga bagi tiga kotak makanan adalah RM10 dan RM4 untuk sekotak.



Keluasan The Sheep Sanctuary ini taklah begitu besar tapi keseronokan memberi makanan kepada biri-biri menyebabkan kami habiskan masa hampir dua jam di sini. Walaupun panas terik, namun cuaca di Cameron yang sejuk dengan kehadiran biri-biri yang manja buatkan kami tersenyum daripada saat mula-mula masuk sehinggalah keluar untuk pulang.


Bukan saja biri-biri, kehadiran alpaca dengan leher panjang dan bulu menutupi mata juga mencuit hati kami. Setiap kali makanan masuk ke dalam mulut alpaca, terasa giginya yang keras bertemu dengan jari jemari kami. Geli tapi comel! Kelebihan leher panjangnya buatkan alpaca sentiasa berjaya mencuri makan rumput yang digenggam di tangan. Penat tau nak lari daripada mereka ni.


Tanpa segan silu alpaca akan terus menghala ke arah tangan jika ternampak kami menggenggam makanan. Sehinggalah kami terpaksa buat pusingan 360 darjah untuk elakkan daripada alpaca mencuri makan di sekeliling kami. Nak selamatkan makanan, terpaksalah genggam kuat-kuat sambil berpusing :P


Apa yang paling saya elakkan di sini adalah bahan buangan biri-biri terutama air kencing. Tanpa amaran, mereka akan menyahtinja di mana saja mereka berada sebaik pundi penuh. Jadi hati-hati bila berada di sekeliling mereka. Nasib tak baik, terkenalah pancutan air kencing si biri-biri atau kalau tak berhati-hati masa berjalan, terpijaklah coklat berbentuk bulat kecil hasil perkumuhan mereka :P


Setelah penat habiskan masa bersama biri-biri serta alpaca, kami ke ruang atas The Sheep Sanctuary pula untuk makan aiskrim Cameron Highlands sambil menikmati pemandangan dari atas. Macam-macam pilihan aiskrim berjenama PUKU ada dijual dan kami ambil perisa aiskrim coklat, mangga, strawberry dan keledek manis. Tapi yang paling sedap bagi saya dan suami adalah aiskrim perisa coklat. Setelah makan, kami turun lagi untuk kembali bergambar dengan biri-biri. 




Kami positif kononnya kami akan dapat ambil banyak gambar yang menarik sebab pengunjung tak ramai disebabkan kami pergi pada hari Rabu dan bukannya weekend. Tapi hampa bila tengok ramainya pengunjung walaupun pada hari Rabu! Tapi walaupun dalam bersesak-sesak, kami berjayalah juga ambil beberapa keping gambar walaupun bukan macam yang kami harapkan



Kalau awak nak pergi ke The Sheep Sanctuary, lokasinya sangat senang dicari. Terletak di kawasan Kea Farm, The Sheep Sanctuary berada di seberang jalan berhampiran dengan kedai PUKU aiskrim. Jadi masa tengah beli barang di Kea Farm, bolehlah masuk juga ke The Sheep Sanctuary untuk cuci mata sambil beri makan kepada biri-biri. Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang, saya sarankan awak untuk pergi ke The Sheep Sanctuary ni pada weekdays untuk elakkan kesesakan dan traffic jam yang tinggi. Ngeee..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2023/10/the-sheep-sanctuary-tempat-menarik-cameron-highlands-wajib-pergi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ladang Teh Boh Cameron Highlands Excited Tengok Pekerja Petik Daun Teh

Ladang Teh Boh Cameron Highlands Excited Tengok Pekerja Petik Daun Teh

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 146 hits
Eh ada orang petik daun teh lah Ambik gambar cepat sayang Haha excited tau bila first time nampak orang petik daun teh live depan mata Walaupun dah banyak kali masuk ke ladang teh BOH ni tapi baru kali ni kami berjaya tengok pekerja ladang ...
Tempat Menarik Di Perak Tanjung Tualang Tin Dredge No 5

Tempat Menarik Di Perak Tanjung Tualang Tin Dredge No 5

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 232 hits
Bulan Julai lepas kami cuti 3 Hari 2 Malam yang betul betul cuti macam tourist yang jalan jalan sekitar Penang sambil cuci mata Waktu pergi kami guna jalan lama dan masuk ke highway sama juga bila balik ke KL pun ikut jalan lama Memang dah ...
Pimp Your Bronco The Hottest Aftermarket Accessories

Pimp Your Bronco The Hottest Aftermarket Accessories

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 256 hits
Ford Bronco parts are all a part of a bigger puzzle which contributes to the car s incredible performance particularly in challenging terrains Each part from important Bronco components to the highly specialized Bronco parts for trucks as w...
Navigating The Bronco Jungle A Roadmap To Ford Bronco Parts

Navigating The Bronco Jungle A Roadmap To Ford Bronco Parts

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 318 hits
Ford Bronco is made up of many parts that all are incorporated to make a remarkable automobile This is especially applicable to rough terrain Each component regardless of the Ford Bronco iconic parts or special Bronco Truck parts is crucial...
Obviously Zahid Is Nervous Restless If Pas Becomes Part Of The Ph Bn Set Up

Obviously Zahid Is Nervous Restless If Pas Becomes Part Of The Ph Bn Set Up

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 316 hits
PAS Selangor secretary Roslan Shahir Mohd Shahir has taken a jibe at UMNO president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi whom he accused to be unsettled with the revelation that Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has gone to the extent of ...
Unlocking The Best Waist Trainer Brand And Supplier For Black Friday

Unlocking The Best Waist Trainer Brand And Supplier For Black Friday

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 291 hits
Black Friday is the time of year when bargain hunters await the finest sales While linked to tech and fashion savvy shoppers invest in waist trainers How can you find the best deals on waist trainers with so many options available We ll exp...
How To Successfully Choose The Hallway Rug

How To Successfully Choose The Hallway Rug

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 160 hits
Your hallway is the first impression visitors get of your home making it a space that deserves careful consideration in terms of decor One of the key elements in hallway design is the rug A The post appeared first on
Fresh Seafood From The Jetty To Your Kitchen Echam Seafood Call 01132500736

Fresh Seafood From The Jetty To Your Kitchen Echam Seafood Call 01132500736

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 231 hits
ECHAM SEAFOOD provides fresh seafood direct from the fishing jetty to your home kitchen Your purchase is fresh while once cooked and served on the food table it will be really tasty and delicious Affordability priced while its fresh and of ...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna