Tempat Menarik Di Perak Tanjung Tualang Tin Dredge No 5


Bulan Julai lepas kami bercuti ke Penang, cuti 3 Hari 2 Malam yang betul-betul cuti macam tourist yang jalan-jalan sekitar Penang sambil cuci mata. Waktu pergi kami guna jalan lama dan masuk ke highway, sama juga bila balik ke KL pun ikut jalan lama. Memang dah jadi keseronokan untuk guna jalan lama sekarang ni sebab kami nak lebih santai dan relax. Selain dapat singgah beli buah-buahan, dapat singgah makan makanan kampung dengan lebih santai dan dapat stop over kat lokasi dan tempat menarik Perak, atau destinasi yang kami kunjungi.


Stopover ke Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5Seronok lalui jalan lama ni, boleh singgah makan masakan kampung, boleh singgah beli buah dan boleh singgah rehat kat lokasi tarikan seperti Victoria Bridge yang kami kunjungi sebelum ni.




Waktu sampai di Batu Gajah tu, DH tanya nak singgah tak ke Tg Tualang Tin Dredge selepas dia nampak signage kat tepi jalan. Haish, mestilah nak singgah kan. Dah alang-alang lalu kat jalan tu dan kami pun bukan nak kejar apa sangat pun.


Mungkin ramai yang fikir, apa saja dengan kapal korek, mulanya umi fikir yang sama tapi teruja nak tengok lebih dekat sebab dulu waktu kecil dulu, pernah nampak kapal korek dalam lombong berdekatan  rumah lama dulu di Kg Pasir. Dan tapak lombong bijih tu sebahagiannya terdirinya mall Setapak Sentral.


Kalau dulu dapat tengok dari jauh tapi kali ni dapat tengok lebih dekat, dan mungkin dapat masuk ke dalamnya.


Aktiviti Menarik di  Tanjung Tualang Tin Dredge No 5Kita akan nampak PinPoint besar da jelas di kawasan masuk ke TTN dan banyak kawasan parkir kereta pun lapang, jadi tak perlu risau untuk letak kereta.


Selesai parkir kereta, kita harus ke Visitor Centre yang menempatkan kaunter tiket dan buat mereka yang berminat untuk membeli merchandice sesambil boleh melihat barangan yang digunakan di galeri. Disini juga terletaknya tandas dan surau untuk kita solat.


Tour DredgingSewaktu kami sampai di kaunter pembayaran, kumpulan untuk guided tour baru beberapa minit berjalan. Kalau nak kena tunggu jam 1.30 petang, jadi kami pilih untuk self tour yang lebih santai. Memang rasa rugi sebab tak berpeluang masuk ke dalam kapal korek. Mungkin lain kali kalau ada rezeki.


Jadilah dapat tengok kapal korek depan mata pun dah cukup buat teruja sambil kami berjalan melintasi lombong yang menempatkan kapal korek. Kami stop sambil tengok ikan yang banyak sambil menikmati keindahan persekitaran.  
Cantin Diner (Cafe)Kami stop kat gerai kepala keretapi sambil beli aiskrim dan perut masih kenyang selepas makan tengahari di Ipoh.  



Layan makan aiskrim jer la sebab perut masih kenyang

Seronok Layan Kambing Kami beli makanan dan muncul sekumpulan kambing. Seronok sangat sebab kambing-kambing ni manja. Dalam seronok tu takut juga sebab kambing-kambing ni agak agresif.

Ada juga kambing yang agresif sebab tau kat tangan kami ada makanan


Cik Meya ni paling suka dengan kambing-kambing dan tak takut pun. Umi bukan takut tapi risau je




Mini Maze ParkKami berjalan lagi dan terus ke next atraction iaitu Maze. Mula ingat nak lalui tu sikit jer tapi lepas tu kami jadi seronok nak mencari kotak surat untuk masukkan poskad tapi sampai ke sudah tak jumpa.



Ada Bunny Maze yang sempat kami masuk tapi arnab tidak berapa banyak. 
Menariknya ada satu kawasan yang menempatkan lukisan-lukisan serta informasi tentang bijih timah, pembuatan tin pada setiap gambar yang terdapat disini. 


Maze di sini bukan semata-mata lorong laluan tapi setiap kawasan tu ada kelainannya. Di satu ruangan menempatkan Stone Gallery serta informasi tentang jenis-jenis batuan.



Melalui laluan yang ditanam pokok buluh ni memang menyejukkan dan sejuk mata memandang dengan kehijauannya



Memang menarik mini maze dalam maze yang mengganung boots pelbagai warna, sarung tangan pelbagai warna dan terdapat pokok bunga Jepun didalamnya. Ada bahangian yang disusun botol kaca yang cukup menarik dan memang tak sah kalau tak ambil gambar bukan

Bermesra dengan ikanBukan anak-anak saja yang teruja dengan ikan, umi pun sama sampai rasa nak pegang ikan-ikan yang nampak jinak. 

Bila ikan-ikan ni nampak kelibat orang, ikan-ikan ini dah siap timbulkan diri sebab dah jadi kebiasaan orang yang lalu lalang akan bagi ikan-ikan ini makan



Lokasi Buat Peminat FotografiSetiap sudut di sini memang cantik untuk dirakam gambar kenangan dan pastinya peminat fotografi dan mereka yang suka bergambar tak akan lepaskan peluang merakam gambar dengan banyak macam kami juga.

Memang banyak gambar yang kami ambil sampai rasa nak kongsi kesemuanya tapi jenuh pulak sahabat serta pembaca pening dengan gambar yang banyak ini. 


Jadi umi akan kongsi pengalaman kami di youtube dan ada sebahagian di instagram dan facebook habibi


FasilitiSurau yang bersih dan tandas serta kawasan mainan kanak-kanak


InformasiTanjung Tualang Tin Dredge No 5 (TT5) merujuk kepada nombor kapal korek terakhir yang berada Tanjung Tualang dan kini adalah warisan kapal korek terakhir. 
Malaysia adalah pengeluar bijih timah terbesar dunia dan sektor perlombongan dihentikan operasinya pada 1982 berikutan kejatuhan harga komoditi bijih timah.




Bayaran Masuk & Jadual Guided TourPemegang MyKad
RM8/orang - Kanak-Kanak / Wargaemas 
Dredge Guided Tour - +RM10/Dewasa | +RM5/Kanak-Kanak / Wargaemas


Non-MyKad
RM8/orang - Kanak-Kanak / Wargaemas 
Dredge Guided Tour - +RM20/Dewasa | +RM10/Kanak-Kanak / Wargaemas


TTS Guide Tour0930 | 1030 | 1130| 1230 |1330 | 1430 | 1530 | 1630


Waktu Operasi 0900 pagi hingga 6 petang

LokasiMuzium Warisan Kapal Korek merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. Muzium Warisan Kapal Korek terletak di Batu Gajah, Perak. 
Alamat: 9th KM, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah




70++ Tempat Menarik di Negeri Perak Memang banyak tempat menarik di Perak, yang pernah kami singgah dan senarai dibawah  mungkin dapat membantu anda dan untuk kami rujuk untuk lokasi persinggahan kami nanti. 



Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 - checkedPulau Pangkor  - checkedTaman Tasik Taiping - checkedSunway Lost World of Tambun - checkedSungai Klah HotspringMasjid Diraja Ubudiah - checkedZoo Taiping - checkedTaman Rekreasi Gunung Lang - checkedNight Safari Zoo TaipingTeluk SenanginMenara Condong Teluk IntanPantai Teluk BatikBukit Larut ( Maxwell Hill) - checkedBelum Rainforest ResortMuzium Perak TaipingKellie’s Castle - checkedSultan Azlan Shah GaleryBukit Merah Lake Town ResortTasik Banding & Hutan Simpan BelumPulau Orang UtanLadang Anggur SalomaKuala Sepetang - checkedMuzium Geologi IpohGua TempurungKledang Saiong Forest Eco ParkLata Ulu CheporPasar Karat Ipoh (Memory Lane Ipoh)  - checkedMuzium Arkeologi LenggongThe Banjaran Hotsprings Retreat  - checkedKek Long Tong Cave Temple & Zen GardenTasik Cermin Gunung RapatMasjid Sutan Idris Shah IIMasjid Muhammadiyah Ipoh Air Terjun Lata IskandarBukit KledangLadang Limau Tambun GOChinAir Terjun Ulu KenasAir Terjun Lata KinjangTaman Eko Rimba Lata KekabuRiverside Camp GopengPusat Rekreasi Hotsprings Lubuk TimahKubu Belanda, Pulau Pangkor  - checkedLata Tebing TinggiUlu River LodgeTrong Hot SpringIpoh Mural Art TrailKem As SalamKem Ayer Hitam, Batu KurauSpritzer Eco ParkPerak Agrotourism ResortKompleks Sejarah Pasir SalakPusat Konservasi Penyu SegariRefarmVictoria Bridge - checkedSam Paoh Tong TemplePerak Cave TempleConcubine Lane -  - checkedMatang Mangrove Forest ReserveTasik TemenggorFuntasy House Trick ArtGunung IrauGunung Yong BelarHOGA, Gaharu Tea Valley GopengCharcoal Factory Kuala SepetangTasik Raban - checkedCoral BeachPantai Peranginan Teluk SenanginGopeng Heritage HouseTasik ChenderohTambun Pomelo GoChin Agro FarmPantai Pasir Panjang ManjungKuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/10/tempat-menarik-di-perak-tanjung-tualang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selain Pulau Jeju Lawati 7 Tempat Di Korea Ini Untuk Dapatkan Pengalaman Menarik

Selain Pulau Jeju Lawati 7 Tempat Di Korea Ini Untuk Dapatkan Pengalaman Menarik

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 189 hits
Kalau melancong ke Korea tempat pertama yang korang terfikir mesti Pulau Jeju kan ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 7 tempat lain yang unik dan aktiviti menarik untuk korang lakukan ketika melancong ke Korea Dapatkan scru...
The Sheep Sanctuary Tempat Menarik Di Cameron Highlands Wajib Pergi

The Sheep Sanctuary Tempat Menarik Di Cameron Highlands Wajib Pergi

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 343 hits
Menjerit ketakutan saya dan suami bila tiba tiba beberapa ekor biri biri datang menyerbu sebaik kami menjejakkan kaki ke dalam The Sheep Sanctuary Kenapa biri biri ni berani sangat Kami yang takut bila kena serbu macamtu Pengalaman pertama ...
Perak Mb To Seek Latest Chinese Technology In Rare Earth Mining

Perak Mb To Seek Latest Chinese Technology In Rare Earth Mining

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 115 hits
A statement said menteri besar Saarani Mohamad s visit was to seek cooperation with China on efforts to improve the mineral industry PETALING JAYA Perak menteri besar Saarani Mohamad visited a rare earth extraction factory in Nanning China ...
Jdt Tewaskan Perak Fc Bekalan Selesa Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2023

Jdt Tewaskan Perak Fc Bekalan Selesa Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 193 hits
PIALA MALAYSIA 2023 SEPARUH AKHIR PERTAMA JDT TEWASKAN PERAK FCTahniah buat JDT Kemenangan selesa dengan jaringan 4 berbalas 1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 JDT menentang Perak FC di Stadium Perak Ipoh sebentar ...
Pas Sets Sights On Perak Pahang

Pas Sets Sights On Perak Pahang

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 90 hits
Kedah menteri besar Sanusi Nor said PAS must come up with a strategy to take the party to the next levelSHAH ALAM PAS is aiming to come to power in Perak or Pahang in the next general election says the party s election director Sanusi Nor I...
Banjir Di Perak 2 Lagi Pps Dibuka

Banjir Di Perak 2 Lagi Pps Dibuka

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 196 hits
Dua lagi pusat pemindahan sementara terpaksa dibuka di Perak susulan hujan lebat yang melanda daerah Hilir Perak dan Kerian IPOH Dua lagi pusat pemindahan sementara dibuka di negeri ini akibat hujan lebat melibatkan daerah Hilir Perak dan K...
5 Lokasi Glamping Menarik Di Selangor Jadi Tarikan

5 Lokasi Glamping Menarik Di Selangor Jadi Tarikan

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 299 hits
5 LOKASI GLAMPING MENARIK DI SELANGOR JADI TARIKAN Kurang dari 2 bulan dari sekarang The post appeared first on The post appeared first on
Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Hari Ini

Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 194 hits
MANGSA banjir di Perak meningkat hari ini dengan 245 orang daripada 77 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara berbanding semalam Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan di daerah Hilir Perak se
Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia Perak Fc Lwn Jdt 19 Oktober 2023

Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia Perak Fc Lwn Jdt 19 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 270 hits
Pertembungan antara pasukan Perak FC dan JDT dalam perlawanan bola sepak Separuh Akhir Piala Malaysia di Stadium Perak di Ipoh Perak Darul Ridzuan pada yang berlangsung pada 19 Oktober 2023 jam 9 00 malam KEPUTUSAN PENUHPERAK FC 1 4 JDT7 Os...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha