Ladang Teh Boh Cameron Highlands Excited Tengok Pekerja Petik Daun Teh


Eh, ada orang petik daun teh lah! Ambik gambar cepat sayang!



Haha, excited tau bila first time nampak orang petik daun teh live depan mata. Walaupun dah banyak kali masuk ke ladang teh BOH ni (tak silap rasanya dah empat kali masuk ke sini) tapi baru kali ni kami berjaya tengok pekerja ladang petik daun teh masa kami di sana. Itu yang excited tu.


Hari sebelumnya kami ke --> The Sheep Sanctuary untuk tengok biri-biri jinak.



Bila dah tengok depan mata tu, barulah saya tau rupanya ramai orang lelaki warga asing yang jadi pemetik daun teh. Saya ingatkan sebelum ni ramai kaum wanita India yang buat tugasan ini. Nasib baiklah kami masuk awal ke ladang teh, dapatlah tengok mereka yang sedang bekerja. Perjalanan pagi itu tak sesak, dapat tengok orang petik daun teh dan bergambar kat tempat best tanpa masalah gambar kena bom (photobomb).


Ladang Teh Boh Cameron HighlandsDisebabkan lokasi ladang teh yang kami pergi ni berhadapan dengan hotel penginapan kami iaitu Nova Hotel, jadi tiada masalah untuk kami keluar awal untuk naik ke ladang teh. Seawal jam 8 pagi lagi, kami dah berada dalam perjalanan menghala ke Ladang Teh BOH Sungai Palas. Kami tak keluar untuk  sarapan pagi kerana memang niat awal kami untuk breakfast di cafe yang terdapat di ladang teh.


Seronok dalam perjalanan ke ladang teh kali ni kerana kami tak bertembung dengan kereta yang ingin keluar, jadi jalan tak sesak dan perjalanan kami lancar sahaja. Maklumlah jalan menuju ke ladang teh kan bengkang bengkok dan hanya ada satu jalan sahaja untuk keluar dan masuk Jadi bila masuk awal pagi, kenderaan masih tak banyak dan semua kenderaan masih dalam mode mahu masuk ke ladang. Dapatlah kami menikmati pemandangan di ladang teh dalam perjalanan santai.


Sedang suami memandu, saya terlihat ada kawasan ladang teh yang dipenuhi dengan pemetik daun teh. Saya beritahu suami dan suami kata, itu bukan orang tetapi guni. Jadi dengan kuasa zoom pada handphone, saya snap beberapa keping gambar dan barulah suami percaya yang itu adalah pekerja yang sedang memetik daun teh.


Pemandangan Ladang Teh Cantik di Waktu PagiWalaupun kami keluar awal tapi pada jam 8.30 pagi, matahari dah menyinari kami di sepanjang perjalanan. Nasib baiklah suhu di Cameron Highlands sejuk meskipun cahaya matahari terik memancar. Di setiap lokasi yang nampak menarik, kami berhentikan kereta untuk turun bergambar. Belum sampai lagi ke tempat parkir kenderaan di kaki gunung menuju ke restoran, kami dah berhenti tiga empat kali untuk bergambar.


Tak ada apa yang berbeza di ladang teh kali ini, sama saja macam keadaan sebelum ini yang kami pernah lawat. Cuma bezanya kali ini kami masuk awal pagi pada hari bekerja. Jadi mungkin sebab itulah kami dapat perjalanan yang tak terasa memenatkan. Kalau sebelum ini, nak sampai ke tempat parkir kereta pun makan masa sehingga lebih setengah jam walaupun memandu tanpa henti, namun kali ini rasanya perjalanan kami sangat lancar.



Sebaik sampai di tempat parkir kereta, kami masing-masing bersiap dengan topi setiap seorang. Dalam cuaca panas terik begitu, kami bersedia dengan topi kerana tahu perjalanan kami tidak akan mudah tanpa bantuan topi bagi melindungi wajah daripada terik mentari. Untuk naik ke cafe, kami perlu mendaki anak tangga yang agak tinggi sebelum sampai ke lokasi dituju. Jadi kekuatan tenaga juga sangat diperlukan.


Bagi warga tua yang tak berapa larat nak mendaki anak tangga hingga ke atas, mereka boleh menaiki jeep yang disediakan di ruangan parkir. Tak pasti berbayar atau tak tapi yang pasti kami ada nampak makcik-makcik duduk dalam jeep untuk naik ke cafe. Jadi kalau malas nak berjalan, naik je lah jeep kan. At least dapat jugak sampai ke puncak.


Cafe Ladang Teh BOHSebaik sampai ke atas, suami dah warning siap-siap jangan beli aiskrim lagi sebab saya pantang nampak aiskrim. Hari sebelumnya saya dah habiskan RM26 semata-mata untuk beli aiskrim, jadi suami dah sound sesiap untuk tak beli lagi untuk hari itu. Kami juga tak pergi ke bahagian gallery BOH sebab dah pernah masuk sebelum ni, lagipun perut dah berkeroncong makanya lajulah langkah kaki menapak terus ke cafe yang disediakan.



Suami makan nasi lemak pandan dan saya pula makan bihun soto. Kami dah pernah rasa scones di situ sebelum ini dan rasanya tak berapa kena dengan tekak, jadi kami tak ambil scones. Lagipun kami dah plan nak makan scones di KHM pada keesokan hari. Untuk anak-anak, suami belikan donut oreo dan coklat muffin. Plannya kami nak cuba masala chai teh di sini tapi tak dijual pula. Jadi saya cuba teh cham tapi nampak gayanya kami terpaksa ke ladang teh Bharat keesokan hari untuk minum teh masala chai mereka yang pekat dan berlemak.


Tempat Menarik Wajib Pergi di Cameron HighlandsLadang Teh BOH Sungai Palas ni adalah antara tempat menarik yang ada di Cameron Highlands wajib dilawati sekiranya awak tak pernah pergi lagi. Pengalaman tengok sendiri ladang teh dan bergambar di lokasi yang instagrammable tentunya tak patut dilepaskan. Lagipun sambil bercuti bolehlah exercise sikit, kan dah banyak makan sedap je sepanjang bercuti. Jadi bila kena berjalan untuk naik anak tangga ke puncak, elok juga untuk kesihatan.


Kalau taknak terperangkap dalam kesesakan masa naik ke ladang teh, bolehlah pergi seawal pagi. Nak lagi best, tidur je di Hotel Nova. Ia luas, dekat dengan Ladang Teh BOH Sungai Palas dan yang penting harga bilik pun tak terlalu mahal. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2023/10/ladang-teh-boh-cameron-highlands-sungai-palas-petik-daun-teh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Sheep Sanctuary Tempat Menarik Di Cameron Highlands Wajib Pergi

The Sheep Sanctuary Tempat Menarik Di Cameron Highlands Wajib Pergi

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 343 hits
Menjerit ketakutan saya dan suami bila tiba tiba beberapa ekor biri biri datang menyerbu sebaik kami menjejakkan kaki ke dalam The Sheep Sanctuary Kenapa biri biri ni berani sangat Kami yang takut bila kena serbu macamtu Pengalaman pertama ...
Khasiat Teh Daun Senna

Khasiat Teh Daun Senna

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 178 hits
Assalamualaikum dan selamat petang Petang ini hujan pula alhamdulillah Kenal tak daun senna Ia bagus untuk membersihkan usus yang kotor Baca kelebihan teh daun herba jati cina atau lebih dikenali daun senna di bawah Cara membancuhnya ialah ...
Pekerja Kedutaan Israel Di Bejing Diserang Dengan Pisau

Pekerja Kedutaan Israel Di Bejing Diserang Dengan Pisau

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 141 hits
AFPLOKASI kejadian seorang pekerja kedutaan Israel di ibu negara China diserang dengan pisau FOTO AFPBeijing Seorang pekerja kedutaan Israel di ibu negara China diserang dengan pisau oleh seorang lagi warga asing dan dimasukkan ke hospital ...
Pekerja Asing Majikan Gagal Patuhi Undang Undang Berdepan Tindakan Tegas

Pekerja Asing Majikan Gagal Patuhi Undang Undang Berdepan Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 270 hits
KEMENTERIAN Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang gagal mematuhi undang undang buruh dan imigresen serta sebarang aktiviti penipuan yang dila...
Bantuan Rm2000 Kepada Penjawat Awam Untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024

Bantuan Rm2000 Kepada Penjawat Awam Untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 274 hits
bantuan rm2000 kepada penjawat awam Dalam pembentangan Bajet 2024 hari ini kerajaan akan salurkan bantuan RM2000 kepada penjawat awam tahun hadapan Kerajaan telah mengumumkan bahawa Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Aw...
Hiburan Buktikan I Keluarga Kazar Tak Pernah Petik Nama Pihak Sana Puteri Sarah Gelak Besar Mastura Buka Pekung Sendiri

Hiburan Buktikan I Keluarga Kazar Tak Pernah Petik Nama Pihak Sana Puteri Sarah Gelak Besar Mastura Buka Pekung Sendiri

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 111 hits
Sekali lagi akaun palsu yang bernama Mastura mencuri perhatian selepas dia memetik nama Ira Kazar di dalam ruangan komen hantaran pelakon Puteri Sarah baru baru ini Individu tersebut persoalkan bagaimana pelakon itu mengetahui Ira merupakan...
Kkb Serang Pekerja Bangunan Puskesmas Di Kabupaten Puncak Membabi Buta 1 Tewas 2 Luka Luka

Kkb Serang Pekerja Bangunan Puskesmas Di Kabupaten Puncak Membabi Buta 1 Tewas 2 Luka Luka

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 184 hits
Satu orang ditemukan selamat usai bersembunyi di semak semak dalam kondisi luka terkena panah
T14a21 Khatib Tolonglah Petik Nombor Surah

T14a21 Khatib Tolonglah Petik Nombor Surah

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 251 hits
Khatib adalah mereka yang membacakan khutbah pada hari Jumaat Khutbah yang dimaksudkan adalah khutbah khas sebelum solat Jumaat atau boleh juga khutbah sunat selepas solat sunat Aidilfitri atau Aidil Adha Selain daripada itu khutbah boleh j...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet