The Paradox Of Orang
27 April adalah tarikh akhir aku gunakan tagline "Kerna-Mu aku hidup" bagi podcast description aku.
Kenapa kau tukar?
Mungkin sebab aku rasa ia macam hipokrit dan bukan personaliti yang aku bawak.
Aku rasa terbeban dengan imej yang dibawa. Tuhan, agama, bangsa dan mungkin keluarga. Tambah pulak selepas blogger Sofinah dah labelkan aku sebagai "Blogger Islamik", membuatkan aku rasa macam, 'Allah, tak layaknya aku....' dan berakhir dengan aku duduk dalam kegelapan demi tidak mahu pegang label demikian.
Jadinya, selepas tamat season dua dengan judul "Tinta Tanpa Tarikh", aku bertukar pada the Paradox of Orang. Bila baca balik misi awal tahun hari tu, aku rasa macam sampah giler. Blergh! Selepas tiga bulan kuarintin tanpa keluar rumah ni, pemikiran aku dah banyak berubah dan lebih dahagakan kehidupan off grid dan under the radar. Ini semua pengaruh cerita Agents of S.H.I.E.L.D punya pasallah.
Sebenarnya, dah pelbagai jenis tagline dan cover art podcast tu aku tukar. Dari sekadar gambar headphone, kemudian gambar orang rukuk dan akhir sekali (aku harap ia akan kekal selamanya) hanya tulisan ORANG sahaja.
Susah ke nak maintain podcast?
Nope! Podcast lagi senang untuk dijaga.
Tapi tulah, kena sentiasa rajin explore dan kaji serta baca benda yang kau minat untuk diulas. Memang banyak tips kata jangan buat podcast sekadar main buat sebab nak buat tapi takde isi, sebab nanti podcast kau mati takde pendengar.
Tapi, kalau nak cari pendengar yang betul-betul faham niche kau, tak senang der. Jujur aku cakap, tak mudah untuk tarik pendengar dengan niche yang tidak ada kaitan dengan isu viral, hype serta trending.
Jadinya, sepanjang buat projek podcast Orang ni, aku banyak kali terjelepuk jatuh tengadah berapa jenis pesen dah demi kasi semangat agar teruskan projek podcast ni. Mungkin masa kau hidup ni takde sape nak dengar kan. Plus, kau pun dapat idea untuk buat podcast sebab Hannah 13RW.
At least kalau kau mati, suara kau masih hidup. Selamanya dalam internet. Itu tujuan asal aku buat podcast sebenarnya. Kau tahulah, aku in real life adalah sejenis manusia pemerhati dan pendengar saja. Tak banyak cakap pada orang. Mungkin pada orang tertentu saja yang aku boleh jadi pop corn tanpa henti. Tapi tak ramai dan dah lama giler tak jumpa diorang...
So, terhasillah idea podcast, supaya even aku takde nanti, jiwa seorang aku itu masih ada. Tu je...
Sebab tu aku tak kisah pada rating, followers, subscriber...sebab barang dah mati baru orangkan kenang selalunya. SELALU dengan semua huruf BESAR.
THE PARADOX
Kalau mengikut Cambridge Dictionary, Paradox adalah:
A situation or statement that seems impossible or is difficult to understand because it contains two opposite facts or characteristics
Senang bahasa, ia adalah suatu contradiction antara dua sifat.
Kadang, kau nak jadi baik sebab itu perintah agama. Plus, mak ayah kau pun sanjung tinggi pada keluhuran agama supaya dapat masuk syurga dan jauh dari azab neraka. Tapi, dalam masa yang sama, kau rasa lemas dan terkongkong dan tanpa sedar kau hidup dalam kederhakaan dalam ketaatan.
Kau ingat kau dah bagus sebab patuh semua ajaran agama, buat baik, tinggal semua yang mungkar, tapi....kau still tak masuk ke level 'baik' dimana kau boleh naik ke peringkat soleh/solehah telah lagi golongan bertaqwa. Sebabnya, kau masih tak istiqomah menjaga segala perkara kecil dalam agama. Lagi-lagi perkara tasauf.
Kadang aku lemas untuk sentiasa baik. Aku lari dari track, sebab penat. Penat buat sesuatu yang tak berhasil? atau penat sebab baik sentiasa ditindas? atau kerna sudah tiada beza antara baik dan jahat?
'Ah, ini semua syaitan!' kata mereka.
'Ini berlaku sebab kau tak faham agama' kata mereka lagi.
'Kau masih tak fahami solat dan segala perintah Tuhan', 'Kau tu yang jarang baca Al-Quran, pastu bila jiwa kacau, salahkan Tuhan', dan paling teruk sekali;
'Kau terlalu lama hidup tidak bermasyarakat buat kau buta dalam cahaya'.
Penat nak bertarung dengan diri yang sedia ada suka pada kekalahan. Usaha tak pernah berhasil sebab kau suka give up pertengahan jalan. Kau takut pada exposure buat kau sentiasa pilih untuk retreat dari bertarung. Why? Why? Why?!
Hari-hari soalan itu ditanya. Jawab mereka, 'usahlah hidup dalam terang jika bayang juga yang kau kejar hingga kau lebih cintakan kegelapan dari cahaya.'.
Aku diam.
Hidup normal itu suatu yang asing dijadual kita. Mungkin kau boleh pastikan aku sentiasa patuh solat lima waktu, tapi aku tiada jaminan yang iakan berisi. Namun, bila solat itu kau tinggal, lantas jiwa kau penasaran hidupnya. Ya, kerna itu fitrah! Fitrah seorang manusia itu berkehendakkan pada AGAMA!
Kadang dilihatnya aku dua puluh empat jam mendengar alunan Al-Quran. Namun, keesokan harinya senarai lagu Breaking Benjamin juga yang diputar. Jika dikira dalam tahun, hanya empat bulan kau baik, selebihnya kau dibawah pengaruh syaitan (walau kau nafikan yang kau 100%, 365 hari itu baik). Dusta belaka!
Okay, sampai mana dah kita tadi?
Oh ya, sebab tu lah aku lari dari membawa identiti agama. Sebab aku takut menjadi penunggang agama, munafiq serta fasiq.
Aku lebih rela tidak beridentitikan sesiapa, paling kurang aku sebarkan kebaikan sebab ia sebagai pesanan pada diri yang sentiasa alpa dari masa ke semasa. Aku tidak mahu meraih segala nombor yang berjuta jika aku sendiri hidup dalam penipuan dunia yang aku masih damba padanya. Al-Wahan bicara sufi maksudkan. Ia masih elok terletak dalam diri.
Bukan tidak dicuba untuk membuangnya, sudah. Masih.
Masih giat bertarung walau kadang disitulah dia berjumpa ketenangan palsu. Yang membawa kepada the beuaty of darkness and the soulful of emptiness. Aku tahu tidak baik percaya pada nihilism, tapi aku masih mencari. Ya, nihilism itu tidak bagus dalam kehidupan. Tapi, aku perlu kosongkan hidup untuk beri ruang pada kehidupan baru mengisinya.
Yang membawa aku kepada Stoicism.
Dari situ aku mulakan sesi pengajaran kendiri dalam mencari kehidupan yang diredhai cara sendiri, bukan kerana 'kata mereka'.
Banyak lagi isi dunia yang perlu aku kaji sebelum ditimbang tara untuk diserap dalam diri.
I'm up to no good. Just because I did something that makes others feel inspiring doesn't mean I live that life. I too still struggling to live in the life that we have to live...
Itulah The Paradax of Orang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sofieadie.com/2020/06/the-paradox-of-orang.html