The King S Affection Punyai Persona Unik Ini Jawapan Park Eunbin Rowoon Nam Yoonsu


Dengar cerita, ramai yang tersenyum senang sejak “The King’s Affection” mula ditayangkan di Netflix sejak beberapa minggu lalu?
Bagi menjawab pelbagai persoalan anda mengenai drama saeguk ini, KimchiDaily berpeluang menjalani temuramah emel bersama Park Eun-bin, Rowoon dan juga Nam Yoon-su. Jom rungkai lebih mendalam mengenai “The King’s Affection”!
Persona ‘The King’s Affection’ Meskipun banyak titik yang mahu dijelaskan namun Park Eun-bin memilih naratif drama ini sebagai persona terbaiknya.
Saya rasa anda mampu memahami setiap emosi watak dengan kuat dan menjiwai plotnya dengan baik sekiranya kehidupan Hwi yang berjalan di atas tali halus diberikan perhatian. Kisahnya adalah sangat menarik perhatian dan memukau. Nantikan bagaimana setiap watak membina perasaan antara satu sama lain melawan takdir dan cuba mengharungi gelora emosi.

Bagi Rowoon pula, kisah romantik di antara dua darjat merupakan plot utama yang perlu diperhatikan oleh penonton,
Hubungan berbelit dan cinta tetap bercambah meskipun berbeza status dalam dunia bersejarah adalah kunci utama yang perlu dinantikan penonton. Secara ringkas, cinta berada atas daripada kelas.
Selain daripada kisah romantik, Nam Yoon-su turut memilih barisan pelakon daripada pelbagai peringkat usia sebagai tarikan utama “The King’s Affection”,
‘The King’s Affection’ bakal menjadi siri yang akan menampilkan lakonan hebat pelakon berpengalaman dalam naratif yang sempurna. Malah, anda akan dapat melihat pelbagai persona daripada pelakon muda. ‘The King’s Affection’ ialah sebuah drama yang patut ditonton kerana semua peringkat usia boleh menikmati keindahan tradisi Korea.
Drama sekali seumur hidup Park Eun-bin Walaupun terkenal kerana kepelbagaian watak sebelum ini, Park Eun-bin meluahkan bahawa drama ini sangatlah mengasyikkan.
Drama ini sangat menarik – di mana ianya berlatarbelakangkan masa lalu dan berkisar tentang wanita yang menaiki takhta. Raja wanita ini, Yi Hwi, kelihatan seperti watak yang sering diimpikan saya, satu watak yang sukar untuk dijumpai. Saya langsung tak teragak-agak untuk menyertai projek ini, kerana saya mahu menyarungkan ‘jubah dihiasi naga yang dimilki saya, hanya saya seorang sahaja’. Saya dapat merasakan bahawa ia akan menjadi sesuatu yang tiada nilai, satu-satunya naskhah yang tidak akan dapat dilihat buat masa ini.

Dalam pada itu, Park Eun-bin mahu penonton melihat Yi Hwi sebagai seorang individu sahaja dengan pelbagai sisi dan bukanlah ‘Yi Hwi wanita’ mahupun ‘Yi Hwi lelaki’.
Cabaran drama saeguk Walaupun pernah berlakon babak pendek saeguk dalam drama “Extraordinary You” namun ini ialah percubaan pertama buat Rowoon sebagai watak utama drama dengan genre ini. Jelas idola itu,
Pada awalnya, saya rasakan ada kemahiran lakonan tipikal yang diperlukan untuk drama saeguk. Namun saya berfikir bahawa ianya tidak ditetapkan, kerana tiada siapa daripada masa ini yang pernah tinggal di era berkenaan. Disebabkan itu, darjah kebebasan buat saya menghidupkan watak Ji-un memberikan peluang untuk saya mencuba suara dan lakonan baru untuk siri ini.
Bagi Nam Yoon-su pula, dia cuba melakukan yang terbaik semasa tempoh persiapan memandangkan ini ialah drama saeguk pertamanya. Bahkan, pelakon yang sedang meningkat naik ini mengakui bahawa siri ini berlainan daripada projek sebelumnya.
Daripada pakaian, gaya rambut dan solekan sehingga nada serta gaya percakapan yang unik dalam drama bersejarah. Terdapat banyak perkara yang membuatkan ia kelihatan susah untuk disesuaikan. Jadi, saya berusaha keras untuk membiasakan diri dengan perkara baru ini. Bahkan, saya merasakan bahawa dialog dalam drama bersejarah bukan sahaja apa yang tertulis di dalam skrip, malah mempunyai maksud tersirat. Oleh itu, saya memberi fokus untuk cuba menyampaikan mesej tersembunyi itu.
Nam Yoon-su sentuh hati penonton Sepertinya bakal membuai hati penonton, Nam Yoon-su berkongsi lebih mengenai watak Yi Hyun,
Kalau anda menonton siri ini, anda akan dapat melihat sendiri, Yi Hyun merupakan satu watak yang menarik, namun anda juga akan berasa kasihan dengannya. Dia cuba menenangkan diri apabila melihat kesukaran di alami Hwi. Dia juga cuba mengekalkan hubungan yang utuh dengan rakan baik, Jung Ji-un dan daripada situ, anda akan melihat wataknya yang kesunyian.
‘The King’s Affection’ dalam 3 perkataan Bagi menarik perhatian penonton dengan lebih mudah, Rowoon turut berkongsi perkataan terbaik yang mampu menggambarkan “The King’s Affection”,
Bunga teratai, kerinduan dan hati yang sakit.
Mesej buat penonton Telah menemui penonton di seluruh dunia menerusi Netflix, ini pesanan pelakon utama buat semua.
Park Eun-bin,
Hello semua, ini ialah Park Eun-bin dan saya melakonkan watak Yi Hwi dalam ‘The King’s Affection’. Naskhah ini ialah sebuah drama yang akan membuatkan anda ketawa dan menangis dengan gambaran perasaan berbunga namun kesakitan perasaan cinta dan kehidupan putera raja Yi Hwi, di mana dia menjalani kehidupan membahayakan kerana  berlakon sebagai lelaki meskipun merupakan seorang wanita. Saya berharap agar anda seronok menonton drama cinta bersejarah yang baru ini dan keindahan tradisi Korea yang menyelubungi Netflix. Sangat menantikan sokongan dan cinta anda. Semuanya, jaga diri dan temui anda menerusi ‘The King’s Affection’!
Nam Yoon-su,
Saya merasakan bahawa anda akan dapat melihat sisi lain kepada kecantikan tradisi Korea. Kami semua sudah bekerja keras sejak musim bunga untuk menampilkan naskhah terbaik buat anda, dan masih lagi kini. Jadi, saya berharap agar anda akan seronok menontonnya dan terus memberikan perhatian buat ‘The King’s Affection’ dan Yi Hyun.
Nampak kan betapa bestnya drama ini sampaikan para pelakonnya juga memberikan kata-kata yang manis sahaja mengenainya? Jadi, jangan lupa menonton di Netflix pada setiap Rabu dan Khamis pada jam 10 malam!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/the-kings-affection-punyai-persona-unik-ini-jawapan-park-eunbin-rowoon-nam-yoonsu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas The King Maker

Pas The King Maker

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 273 hits
UMNO nak PAS begitu JUGA BERSATU Tuan Ibrahim cadangkan PRN Melaka guna sajalah lambang PAS Kahkahkah selesai masalah Brilliant Tuan Ibrahim umno masih berunding dengan bersatu kahkahkah Peratus pengundi Melayu dan Cina Dewan Undangan Neger...
Chae Jonghyeop Park Juhyun Sah Terajui Drama Sukan Romantik The Speed To You Is 493km

Chae Jonghyeop Park Juhyun Sah Terajui Drama Sukan Romantik The Speed To You Is 493km

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 218 hits
Wah nampaknya Chae Jong hyeop dan Park Ju hyun dan disahkan untuk satu drama baru KBS The Speed To You Is 493km ialah drama sukan romantik berkisar mengenai keghairahan dan cinta lelaki dan wanita dalam kumpulan beregu campuran double di ma...
Park Eunbin Cha Eunwoo Sah Jadi Pengacara Seoul Drama Awards 2021

Park Eunbin Cha Eunwoo Sah Jadi Pengacara Seoul Drama Awards 2021

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 207 hits
Pengacara untuk acara Seoul Drama Awards 2021 telah diumumkan Pada 14 Oktober diumumkan bahawa pelakon Park Eun bin dan Cha Eun woo ASTRO akan menjadi MC di upacara anugerah Seoul Drama Awards yang akan datang Seoul Drama Awards adalah fest...
Saya Punyai Harapan Pengarah Kongsi Pelan Musim Kedua The Veil

Saya Punyai Harapan Pengarah Kongsi Pelan Musim Kedua The Veil

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 208 hits
Tak cukup 12 episod sahaja kan The Veil Best juga kalau ada musim kedua kan ARTIKEL BERKAITAN Sudah pun menamatkan tayangan The Veil mendapat perhatian ramai kerana bajet yang tinggi selain merupakan drama pertama MBC dalam slot tayangan Ju...
Penonton Persoal Babak Pendek Park Hasun Meski Antara Watak Utama The Veil Ini Respon Mbc

Penonton Persoal Babak Pendek Park Hasun Meski Antara Watak Utama The Veil Ini Respon Mbc

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 274 hits
Baru baru ini The Veil mengumumkan bahawa mereka akan menayangkan dua episod spin off bertajuk M bius The Veil bagi menceritakan mengenai kisah tiga watak yang dilakonkan oleh Park Ha sun Jang Young nam dan Jung Moon sung ARTIKEL BERKAITAN ...
Makan Di The J

Makan Di The J

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum DI SUATU petang yang damai Pak Inche ajak makan di selepas mengambil Iman pulang dari pejabat Ini kali kedua Sk dan Iman ke The J dan kali pertama bagi PI Suka konsep tempahan makanan di sini walaupun The J ni merupakan meda...
Covid 19 Malaysia Now The 20th Most Vaccinated Country

Covid 19 Malaysia Now The 20th Most Vaccinated Country

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 244 hits
Malaysia is now the 20th highest Covid 19 vaccination rate in the world surpassing many early adopters such as Israel and the US and is now neck to neck with the UK According to data compiled by the website Our World in Data Malaysia has fu...
Jadi Salah Satu Pemain Asal Indonesia Pertama Di The International Kenny Xepher Mama Aku Di Ti

Jadi Salah Satu Pemain Asal Indonesia Pertama Di The International Kenny Xepher Mama Aku Di Ti

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 258 hits
Bikin orang tua bangga karena berlaga di turnamen DOTA 2 tingkat dunia pernyataan Xepher dengan Bahasa Indonesia itu pun jadi perbincangan warganet
The Colours Of Life Pdpr4 0 Fiqri English Year 1

The Colours Of Life Pdpr4 0 Fiqri English Year 1

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 302 hits
The Colours of Life PdPR4 0 Fiqri English Year 1 Layankan lagi video video si Fiqri ni Bukan senang nak buat video PdPR haaa Dia punya readiness tu mau makan sehari dua Lum masuk kerenah dia lagi Hahaha terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mk...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City