Makan Di The J
Assalamualaikum...
DI SUATU petang yang damai, Pak Inche ajak makan di The J, selepas mengambil Iman pulang dari pejabat. Ini kali kedua, Sk dan Iman ke The J dan kali pertama bagi PI. Suka konsep tempahan makanan di sini, walaupun The J ni merupakan medan selera dengan pelbagai stall tapi kita terus menghantar satu tempahan sekaligus di kaunter dan terus membuat bayaran sekali arung
Pak Inche pesan Bakso Urat. Sebelum ni Iman pernah makan Bakso Beranak di sini tak silap. Yang paling besar dalam mangkuk tu ialah bakso yang dibuat dari urat, sedap. Pak Inche makan separuh, separuh lagi dia suruh Sk habiskan termasuklah bakso yang paling besar tu. Perangai sungguh laaaa.
Hot lemon untuk Sk, bandung tiga layer untuk Iman dan Ice Lemon Asam Boi untuk PI
Iman pesan Nasi Ayam Semur. Sambalnya boleh pilih tahap kepedasan 1 hingga 3. Iman pilih no 2.. pun dah pedas gila. Mujurlah ayam tu dilumur dengan kicap dan kicap tu meneyeimbangkan rasa pedas. Walaupun namanya ayam semur tapi rasa ayam masak kicap biasa aje. Jadinya, tak habis makan la, tak suka kicap kan.. makkk la tukang ngabiskan
Yang soh kita habiskan bakso dia tu, dia nak makan capati ni laaa. Sedap dan lembut capatinya cicah kari daging
Sk pesan Roti John dan Sup Kambing. Roti tu makan sepertiga ajelah sebab dah tolong habiskan bakso dengan nasi 😜. Sup kambing pun makan dua ketul lepas tu bungkus
Order Tpokki ni nak makan kongsi dengan Iman, tapi soh Iman habiskan semua sebab dia kata sedap. Kesian pulak kan tadi dia dapat ayam kicap tu, hehe
Sotong Kangkung
Ni soh Pak Inche habiskan sebab dia yang order. Kalau boleh satu food court dia nak makan
The J Seri Alam
6J, Jln Suria, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor
Telefon 018 9644202
Buka setiap hari 12 pm hingga 12 am
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/10/makan-di-j.html