The Haven Resorts Ipoh Lepak Tenang Lari Dari Sibuk Kuala Lumpur


IPOH !! Kami kembali dengan bahagianya !! Hee~ Setahun dua kali confirm Ipoh menjadi salah satu destinasi percutian kami sekeluarga dan kali ini The Haven All Suites Resort menjadi pilihan dek kerana mahukan ketenangan.






Tenang ? Ya !! Subjektif – Tapi pada kakak, tenang bila menghadap hutan rimba kehijauan alam tanpa perlu memikirkan hiruk pikuk kesesakan bandar dengan lamabakan kerja. Ah !! Waktu menaip tentang hiruk pikuk ni sendiri kakak serabut. Hahahaha~




THE HAVEN ALL SUITES RESORT


Dinobatkan sebagai 2020 Travellers Choice Winner selama lima tahun berturut-turut menjadikan The Haven All Suites Resort antara pilihan terbaik untuk percutian bersama keluarga. Berlatarbelakangkan keindahan batu kapur, hutan menghijau dan juga tasik yang masih terpelihara supaya generasi baharu dapat menikmati keindahan alam semulajadi.

Menjanjikan penginapan setara dengan bintang, The Haven mereka suite siap dengan balkoni besar menghadap tasik secara keseluruhannya. Tidak ada satu unit pun terlepas dari pemandangan ni. Puas hati !!
Sampai je pintu masuk The Haven ni, korang akan disapa oleh seorang uncle dengan segala info tentang The Haven. Kagum !! First impression - dekat gate pun korang dah dilayan sebaik itu, kat dalam lagi lah !! Tak lekang senyuman dari warga The Haven. Mesra wey !!



Kakak bagi LIMA BINTANG kat Uncle Thayalan.



Pemandangan inilah yang korang akan dapat untuk semua unit di The Haven !
Bayangkan
Just bayangkan

Bangun tido, selak langsir dan INI yang menjadi jamuan mata. Weyh !! Best weyh !! Sebagai orang yang lahir - membesar - hidup - cari makan - berumahtangga di hutan bandar dan dapat pemandangan macam ni ; bergenang jugak lah airmata mengagumi keindahan ciptaan Dia

Satu bilik dah tak boleh dah, jadi untuk percutian kali ni kakak ambil 2 + 1 Bedroom Lakeview Central Suite yang boleh memuatkan sehingga lima orang dewasa. Konsep pandai-pandai lah nak sumbat cemana pun sebab kami berempat je pun ha
Setiap unit akan diberikan dua keping kad akses sepanjang tempoh penginapan. Well. Selera setiap dari kita tak sama, sama juga macam kakak dan suami. Adakala nya kakak akan keluar bersendirian ke jogging track dan tinggalkan Encik Suami di bilik bersama anak-anak. Logik lah setiap unit diberi dua kad akses. Hee~

Simple yet elegant !!
Kakak suka !


Ruang tamu lengkap dengan perabot dan tv besau !! Hahahaha~ Kalau korang memang nak rehat dan tak nak keluar bilik, bawak lah PS 5 tu - kalau nak makan boleh je mintak room service. Hidup ni kita yang nikmati, tak de sape salah dan tak de sape betul. Chill.
Susun atur yang sangat ringkas dan minimalis memberikan suasana seperti di rumah sendiri. Argh !! Suka betul !! Dengan sliding door terus menghadap pemandangan saujana mata memandang, habis terubat segala penat lelah bekerja. Fokus nak bercuti saja. Hee~


Pemandangan dari dalam kamar mandi Bilik Tidur Utama. Hahahah~ Berani nak mandi kalau cermin kaca segini rupa ? Adei. Tapi serius nice lah !! Tak payah sibuk-sibuk nak bawa kelengkapan mandian, di The Haven semua ada !!


Bilik Tidur Kedua
Bilik Tidur Ketiga
Bilik Tidur Kedua pun ada bilik mandi sendiri dan ada satu bilik mandi disebelah luar, kita anggap ianya bilik mandi untuk Bilik Tidur Ketiga je lah. Hee~ Dia je tak de bilik mandi dalam bilik - jadi kita bagi dia. Kalau nak kata selesa, memang habis selesa lah. Tak dapat nak dinafikan



Pecandu kafien ? Hahahah~Jangan bimbang. The Haven sangat memahami kita !
Buat secawan kopi, lepak kat balkoni sambil menghirup udara hutan. Peh !! Kenyu filit ? Bcos i ken


Bukan setakat mesin air Coway ada di The Haven tapi untuk setiap unit juga disediakan peti sejuk yang besar tu, ada pula microwave, set pinggan mangkuk mengikut jumlah penghuni. Nah !! Bayangkan lah makan tido je korang kat dalam bilik sebab semua dah ada.

Peka !! Korang cuma bawa alatan solat seperti sejadah dan telekung je. Jangan risau tentang arah kiblat, kalau tak bawa kompas pun okay

Sebenarnya banyak je aktiviti menarik yang The Haven sediakan seperti memanah, berbasikal, pet feeding sebab dorang ada petting zoo dan juga pony feeding. Buat masa ni dorang ada dua ekor pony dan merancang untuk tambah lagi nanti-nanti. Kira okay lah ni sebab sepanjang masa pun anak-anak lebih suka lepak swimming pool. Berkubang macam ikan duyung


Trademark The Haven
Ya !! Satu-satunya kolam renang berbentuk kuda laut !! Memang menarik perhatian sungguh. Besar dan luas, sangat selesa untuk anak-anak serta ibu atau ayah kepada anak-anak. Walaupun ada lifeguard, jangan lupa utamakan keselamatan juga. Jangan bukan-bukan terutamanya yang mandi kat bahagian hidung kuda laut menghadap ke tasik tu

Kakak tau, kakak cepuk korang
Behave ya anak-anak !


Instawothy !
Suka lah kakak minta anak-anak posing kat setiap genap sudut. Hahahaha~ Dan mereka pun redha. Platform yang Nur Aiman dan Nur Aina berdiri ni betul-betul menghadap bilik kami. Fuh !! Nice sungguh pemandangan. Oh !! Nak lagi layan ? Boleh tengok di -- THE HAVEN

Dua hero kakak. Hee~ Sorang dah berpunya dan sorang lagi baru nak kenal dunia. Bapa borek, anak rintik


Fuh !! Bagaikan impian anak-anak punyai bilik lengkap dengan pelbagai permaianan. Dari boardgames, mainan digital dan juga koleksi buku yang pelbagai - Duduk berjam-jam kat dalam ni pun anak-anak okay. Serius !! 
Wajib !
Spa dengan tawaran harga serendah RM 160.00 untuk full body massage !! Mana nak dapat wey ? Hahahah~ Nak pindah duduk Ipoh !! Adei. Nak ikutkan memang tak cukup sekadar bercuti 3 hari dan 2 malam di The Haven ni, al-maklumlah – Badan dah bekerja berhempas pulas hampir setahun dan baru nak rehat kena kembali ke hutan batu memulakan rutin. Haih. Tapi tak pe.
Ada rezeki mesti repeat !!


LAMAN WEB : https://www.thehavenresorts.com/the-haven-ipoh.html
FACEBOOK : https://www.facebook.com/thehavenresorts
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/thehavenresorts


Jangan lupa follow Instagram kakak untuk dapatkan diskaun 10% dengan sebarang pembayaran harga bilik semasa checkout di laman web The Haven !! Link ada kat atas tu, dan !! Jom lah bercuti !! Tak penat ke kerja je kerjanya ? Hahahaha~


LOVE ;
ATIE ADNAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2020/12/the-haven-resorts-ipoh-lepak-tenang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Haven All Suite Resort Ipoh Pilihan Staycation Terbaik Untuk Keluarga

The Haven All Suite Resort Ipoh Pilihan Staycation Terbaik Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 357 hits
The Haven All Suite Resort Ipoh Pilihan Staycation Terbaik Untuk Keluarga Excited dan tak sabar nak berkongsi destinasi percutian episod sisgeejalanjalan December Trip Ada yang dah nampak sharing di IG Stroy cuma Gee tak story mory details ...
Semua Daerah Di Selangor Kuala Lumpur Dan Putrajaya Zon Merah

Semua Daerah Di Selangor Kuala Lumpur Dan Putrajaya Zon Merah

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 202 hits
Petugas barisan hadapan Sel Care melakukan ujian saringan kepada kanak kanak yang dipeluk ibunya bagi membendung penularan wabak Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Bayu Perdana Klang Selangor foto MOHD ADZLAN KUALA LUM...
Antara Restoran Di Kuala Lumpur Yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik

Antara Restoran Di Kuala Lumpur Yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 403 hits
Antara Restoran Di Kuala Lumpur Yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik l Assalamualaikum Sedapnya lah hai dapat makan nasi putih degan kari beralaskan daun pisang kan Papadom pula wajib ada Tak lengkap rasanya kalau takde papadom Fuhh con...
10 Bakeri Muslim Friendly Yang Popular Di Kuala Lumpur

10 Bakeri Muslim Friendly Yang Popular Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 642 hits
Semestinya kita ingin lalui hari hari yang indah dan bersemangat untuk lakukan aktiviti dengan menikmati sesuatu yang manis seperti kek roti dan pastri yang lazat dengan rasa coklat atau keju dari kedai kedai bakeri Atau mungkin saja kita i...
Short Escape Jalan Jalan Cari Makan Sekitar Bandar Kuala Lumpur

Short Escape Jalan Jalan Cari Makan Sekitar Bandar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 396 hits
Salam to all my readers Short Escape Jalan Jalan Cari Makan Sekitar Bandar Kuala Lumpur Tahun ini memang tak dan kita semua nak bercuti kan baik dalam mahupun luar negara disebabkan wabak Coivc 19 ini makin meningkat kes Walau bagaimanapun ...
Bantuan Maiwp 2021 Bantuan Baitulmal Kuala Lumpur

Bantuan Maiwp 2021 Bantuan Baitulmal Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 556 hits
Cara memohon semakan permohonan bantuan MAIWP 2021 Sekarang ini di zaman covid 19 ini ramai yang susah Begitu juga di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur ramai yang tersepit sekarang ini Agensi kerajaan seperti Majlis Agama Islam Wilayah...
Kuala Lumpur Bird Park Foto Kenangan Kami

Kuala Lumpur Bird Park Foto Kenangan Kami

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR BIRD PARK LOKASI MENARIK CUTI SEKOLAH DAN TERBAIK UNTUK PENCINTA ALAM Hi Selamat Malam dan happy weekend untuk semua Di malam yang ahad yang sendu ini UA nak berkongsi gambar kenangan UA anak anak dan suami di Kuala Lumpur Bird...
Chop N Steak Kampung Baru Kuala Lumpur

Chop N Steak Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 652 hits
Jalan Jalan Cari Makan Chop N Steak Kampung Baru Teringin makan western food punya pasal sampai ke Kampung Baru kami sampai Walaupun tidaklah jauh mana pun dengan rumah tapi aku kurang suka bila suami ajak ke Kampung Baru sebab jalan dia ya...
Sampai Bila Sprm Akan Bersikap Profesional Bebas Siasat Pembatalan Hsr Kuala Lumpur Singapura

Sampai Bila Sprm Akan Bersikap Profesional Bebas Siasat Pembatalan Hsr Kuala Lumpur Singapura

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 217 hits
Pada 5 Januari 2021Oleh Lim Guan EngAdakah SPRM Akan Bersikap Profesional Dan Bebas Menyiasat Pembatalan Landasan Keretap Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura Kerana Malaysia Menolak Untuk Mematuhi Proses Tender Antarabangsa Suruha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba