Short Escape Jalan Jalan Cari Makan Sekitar Bandar Kuala Lumpur


 Salam to all my readers,


| Short Escape: Jalan-Jalan Cari Makan Sekitar Bandar Kuala Lumpur | Tahun ini memang tak dan kita semua nak bercuti kan baik dalam mahupun luar negara disebabkan wabak Coivc-19 ini makin meningkat kes. Walau bagaimanapun, nak keluar kemana-mana kena patuh SOP, elakkan tempat-tempak yang sesak. So, malam tadi aku baru sahaja sampai kampung. Maka bermulalah cuti aku dikampung perhabis saki baki cuti aku yang ada. So, boleh plan jenjalan dengan mak pula. 


Awal tahun aku sempatlah merasa sambut tahun baru dekat dataran. Tahun ini duduk rumah senyap-senyap sudah. Nak dijadikan cerita, disebabkan aku dah nak balik kampung, maka roomate aku (Oyah) ajak jenjalan. Aku cakap boleh je, tapi taknak masuk mall boring. Plan nak pergi FRIM la, air terjun hulu langat la, walhal dua-dua mana ada kereta.  Masing-masing guna ehsan Rapid KL. So, aku cadang jom tidur hotel area KL near LRT. So, Oyah pun onn best juga tidur hotel katanya. 1 malam jerlah dapat release tention. Last week kami pergi menginap dekat Sisi Seni Hotel betul-betul sebelah Central Market.


Kami book di Agoda, murah pun murah. 1 malam hanya RM60 campur service charge semua total RM72. Dia ada pool lagi, so sebelum book sahaja tanya pool open ke tak. Open kami pun terus grab. Check in pada hari Sabtu jam 2.00pm, sebelum menapak ke hotel kami turun ke Bukit Bintang, pekena Nasi Kawin Hari-Hari. Had ini aku yang teringin sangat nak makan. Ayuh tengok..


Nasi Kawin Hari-Hari Betul-Betul Padu



Port kedai makan ini memang viral, aku je tak pernah menapak ke mari. Aku jarang round Bukit Bintang. Nak kemari cukup senang, aku KL bab naik public transport memang pro baik bas mahupun LRT, MRT. Thank you Rapid KL wujudkan prasarana sebegini untuk masyrakat mahrein. Tambang sebulan hanya serendah RM30 sebulan. Takyah pikir banyak dah, swipe je IC. hahaha


Nak ke sini cukup mudah, turun LRT Pasar Seni tukar ambil MRT turun Bukit Bintang. Sampai Bukit Bintang keluar pula pintu C. Nak keluar pintu mana-mana pun boleh makesure keluarlah seberang Lot 10, nampak MCD? Okay jalan sikitdepan MCD, ada 1 lorong masuk situ nanti akan nampak sepanduk Nasi Kenduri Kawin Hari-Hari. Jom tengok hidangan dia ada

Oyah ini pantang aku klik camera, dia mula nak menyelit. Penuh gallery aku gambar dia. 


Seperti biasa mana-mana pergi kena patuh SOP, scan barcode MySejahtera. Aku teringin gila nak makan ini sebab, tahun ini langsung tak berkesempatan makan nasi minyak orang kawin disebabkan kes Covic-19. Orang kawin ramai, tapi ramai yang tak berpeluang untuk buat majlis. Even aku punya sepupu pun kawin dekat pejabat agama, aku pun tak dapat jumpa dia lagi. So, bagi menghilangkan rasa kempunan datanglah makan dekat Nasi Kenduri Kawin Hari-Hari ini. Kedai dia belakang lot kedai. Masuk je lorong dia memang terasa suasana di kampung dengan peniaganya hanya pakai baju cap pagoda. 

Waktu aku pergi tu tak ramai lagi, around pukul 12.00pm macam tu. Dua-dua ambil ayam masak merah dan semangkuk daging masak hitam untuk 2 orang makan. Tak dan nak order 1 lagi ayam takut tak habis. Ini kedai jenis layan diri sama macam pergi kenduri kawin. Orang sendukkan apa ko nak makan, air ambil sendiri, pergilah duduk mana-mana kau nak duduk. Habis makan angkat pinggan letak dekat tempat dia

Ayam Masak Merah, warna dia pun dah menyeggat. 
Daging masak hitam, had ini tak rugi ambil sedap betul tambah-tambah daging dia memang lembut. Entah berapa jam dia merebus bagi empuk

Ayam masak madu dua

See lauk dia, sepinggan ini hanya RM8.50. Not badlah, total semua makanan termasuk daging RM22. Murahlah kan? Lauk sedap, kenyang pun kenyang

Muka paling bahagia bila disua makanan



Bermalam di Sisi Seni Hotel, Kuala Lumpur
Here we go, we stay 1 night here last week. Sangat rekomen kalau siapa nak bercuti. Dari MRT Bukit Bintang kami patah balik ke Pasar Seni. So, menggunakan khidmat google maps kami pun jalan kaki pergi cari. Walhal hotel tu sebelah Central Market bahagian belakang. Penat pusing dari kedai bunga Lee Wah. Menapak pulak dekat kaki 5 yang penuh gelangdangan memang menyeramkan. Aku dengan Oyah dah cuak hotel mana kita order ini. Rupanya lorong tu je penuh orang macam tu, betul-betul keluar pintu hotel belah kanan. Belah kiri dah Central Market lorongnya okay sikit nak jenjalan

Masuk-masuk hotel macam biasa tengok tempat, ambil gambar setiap sudut untuk tatapan korang. Bilik kami order ini memang muat 2 orang, okaylah cantik pun cantik. Ada TV, bilik air pun convenience, yang penting ada arah kiblat. Tak perlu tanya or buka apps






Pastinya ada televisyen, memang best layan slot drama sangat sambil mencarut. Sesudah sampai hotel, ronda sikit apa yang ada, berehat sikit dan solat. Baru kami keluar balik jalan sekitar kawasan tu. Rugilah pula duduk hotel je kan.
Ini pandangan waktu malam bahagian pool. Waktu ini hujan renyai-renyai, kami gigih berendam lagi


Waktu malam so cantik bahagian pool. Berendam puas-puas, rumah sewa tak ada pool. Kalau ada pun tak mandi kot. Memang puas hatilah menginap sini, bersih pun bersih, cuma breakfast aku tak ambil. Memang ambil untuk menginap sahaja. Senang akses LRT, tempat makan pun ada, nak ronda dataran pun dekat. TIdur atas tilam yang empuk, katil dia punyalah tebal, suhu aircond dah naikkan pun still sejuk. Perghh nyaman betul tidur Sisi Seni Hotel ini tau. Rasa taknak balik dah, sungguhpun 1 malam sahaja memang we have fun together. Patut nak ajak sorang lagi housemate tu rupanya dia dah check in hotel tempat lain dengan member dia. So, kami teruskan sahajalah misi duduk hotel ini berdua


Jalan-Jalan Sekitar Central Market

Malam kami tak keluar, so petang tu around pukul 3.00pm kami keluar sekejap pusing-pusing Central Market. Central Market ini famous tau, kalau singgah Pasar Seni orang aim Central Market first before Petaling Street. Petaling Street tu kawasan Cina. Central Market ini ada gak Melayu berniaga. Masuk sini mampu cuci mata jerlah, sini banyak pelukis-pelukis jalanan, kelas canting batik, jual aksesori, cenderamata bandaraya Kuala Lumpur, cafe macam Old Town White Coffee ada dekat dalam. Tingkat atas ada tempat makan, kedai jual-jual banyak tutup





Lorong ini banyak pelukis, cantik-cantik lukisan depa na. Hidup dia punya seni lukisan. Ke depan sikit ada 3D Gallery. Tapi nak masuk kena bayar. So tak jadi masuk, terus bergerak jalan sekitar Dataran Merdeka, perpustakaan Kuala Lumpur, Muzium Tekstil (ambil gambar diluar sahaja sebab tak buka)


Aku pernah pergi Perpustakan Negara je dekat orang tengok teater sana. SIni tak pernah tahu kewujudannya. Petang-petang memang area sini penuh orang main basikal, jogging, main skuter, ambil gambar. Tempat lepak anak-anak muda. 


Had ini lorong area Masjid Jamek, dah macam dekat area Bandar Hilir Melaka pula. Dulu aku jalan dengan Wan sini tak siap lagi. Sekarang cantik dah, mesra untuk orang yang berjalan kaki. Waktu malam ada lampu warna biru.


Inilah dia empangan air yang pecah yang menyebabkan bandayara Kuala Lumpur mengalami banjir. Dalam sejarah Kuala Lumpur bajir tu, mujur rumah aku tak kena tempias. 


Puas berjalan kami pun meneruskan perjalanan. Waktu tu dah pukul 5.00pm so kami pun singgah kedai bunga Lee Wah, paling famous orang kata. 
Kedai Bunga Lee Wah Florist

Kalau jalan area Central Market ini jangan pula jakun orang duk usung bunga berplastik-plastik. Sebab area sini memang berderet orang jual bunga hidup. Pasangan couple memang rajin bawa awek mai sinilah. Ini sebab tak pernah orang nak belikan bunga, so kena beli bunga untuk diri sendiri. Kedai bunga Lee Wah ini paling famous sebab orang kata kedai ini paling murah dan banyak bunga fresh-fresh. Nak banyak pilihan kena datang pagi-pagi. Petang-petang memang saki baki jerlah tinggal




Seperti biasa, aku ambil jerlah bunga paling murah dalam kedai ini. Aku tak minat sangat, alih-alih jadi sampah je nanti dalam rumah. Kalau rajin bolehlah bubuh dalam frame nanti


Bunga konvo dekat sini lagi murah dan banyak-banyak. Aku ingat bunga tipu. Rupanya bunga hidup. Lawa betul tambah-tambah rose marron. 
Kalau rajin bolehlah masuk Petaling Street, aku tak suka sangat masuk area situ. Lebih rela jalan dalam Central Market. Okaylah ini sahajalah short escape aku di bandaraya Kuala Lumpur. Kadang-kadang kita kena ada me time untuk diri sendiri, lari dari kesibukan kerja, perangai orang entah apa-apa. Dari aku serabut pikir benda tak penting, baik aku fokus untuk masa depan aku


Thank you for reading!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2020/12/short-escape-jalan-jalan-cari-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tm Memaklumkan Gangguan Unifi Untuk Sebahagian Pelanggan Di Bandar Sri Damansara Kuala Lumpur

Tm Memaklumkan Gangguan Unifi Untuk Sebahagian Pelanggan Di Bandar Sri Damansara Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 328 hits
Telekom Malaysia kini telah memaklumkan yang mana mereka telah mengenal pasti insiden kabel fiber bawah tanah yang terputus disebabkan oleh aktiviti pembinaan di Kepong oleh pihak ketiga Disebabkan oleh itu perkhidmatan gangguan didapati me...
Antara Restoran Di Kuala Lumpur Yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik

Antara Restoran Di Kuala Lumpur Yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 403 hits
Antara Restoran Di Kuala Lumpur Yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik l Assalamualaikum Sedapnya lah hai dapat makan nasi putih degan kari beralaskan daun pisang kan Papadom pula wajib ada Tak lengkap rasanya kalau takde papadom Fuhh con...
10 Bakeri Muslim Friendly Yang Popular Di Kuala Lumpur

10 Bakeri Muslim Friendly Yang Popular Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 642 hits
Semestinya kita ingin lalui hari hari yang indah dan bersemangat untuk lakukan aktiviti dengan menikmati sesuatu yang manis seperti kek roti dan pastri yang lazat dengan rasa coklat atau keju dari kedai kedai bakeri Atau mungkin saja kita i...
Semua Daerah Di Selangor Kuala Lumpur Dan Putrajaya Zon Merah

Semua Daerah Di Selangor Kuala Lumpur Dan Putrajaya Zon Merah

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 202 hits
Petugas barisan hadapan Sel Care melakukan ujian saringan kepada kanak kanak yang dipeluk ibunya bagi membendung penularan wabak Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Bayu Perdana Klang Selangor foto MOHD ADZLAN KUALA LUM...
Terasa Nak Jerit Kuat Bila Nampak Aiskrim Terbaik Di Kuala Lumpur Lembah Klang Ni

Terasa Nak Jerit Kuat Bila Nampak Aiskrim Terbaik Di Kuala Lumpur Lembah Klang Ni

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 643 hits
Terasa Nak Jerit Kuat Bila Nampak Aiskrim Terbaik di Kuala Lumpur Lembah Klang Ni Adui lama dah tak pekena aiskrim Bila time panas camni terasa nak makan aiskrim Almaklumlah cuaca sekarang ni tak menentu Kejap hujan kejap panas Ni dah panas...
Juadah Bersama Keluarga Sempena Krismas Di Tpc Kuala Lumpur

Juadah Bersama Keluarga Sempena Krismas Di Tpc Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 265 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Musim perayaan yang dinanti nantikan akhirnya telah tiba Untuk menghidupkan suasana Krismas dan menyambut Tahun Baru TPC Kuala Lumpur ...
The Haven Resorts Ipoh Lepak Tenang Lari Dari Sibuk Kuala Lumpur

The Haven Resorts Ipoh Lepak Tenang Lari Dari Sibuk Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 278 hits
IPOH Kami kembali dengan bahagianya Hee Setahun dua kali confirm Ipoh menjadi salah satu destinasi percutian kami sekeluarga dan kali ini The Haven All Suites Resort menjadi pilihan dek kerana mahukan ketenangan Tenang Ya Subjektif Tapi pad...
Bantuan Maiwp 2021 Bantuan Baitulmal Kuala Lumpur

Bantuan Maiwp 2021 Bantuan Baitulmal Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 555 hits
Cara memohon semakan permohonan bantuan MAIWP 2021 Sekarang ini di zaman covid 19 ini ramai yang susah Begitu juga di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur ramai yang tersepit sekarang ini Agensi kerajaan seperti Majlis Agama Islam Wilayah...
Beberapa Kawasan Di Sekitar Bandar Raub Di Naiki Air Akibat Hujan Berterusan Petang Tadi

Beberapa Kawasan Di Sekitar Bandar Raub Di Naiki Air Akibat Hujan Berterusan Petang Tadi

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 447 hits
KUANTAN Hujan lebat berterusan sejak lewat petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Raub kira kira 198 kilometer dari sini dinaiki air Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata hujan lebat yang bermula kira kira 6...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba