The Haven Musical Extravaganza Menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra Pada 27hb 28hb Dan 29hb Oktober 2022
Pemenang Anugerah All Suite Resort, The Haven Resort Ipoh mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza hasil kerjasama Selangor Symphony Orchestra dan disokongi oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC). Persembahan tersebut akan diadakan selama tiga malam; pada 27hb, 28hb dan 29hb Oktober 2022. Tetamu dan peminat muzik boleh menantikan penginapan mewah di samping malam muzikal dan gastronomi di persekitaran resort yang indah.
Ini merupakan pengalaman 'Sensurround' yang pertama seumpamanya. Tetamu resort dapat membuat pilihan untuk menikmati konsert sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni yang selesa di unit bilik mereka melalui pakej muzik istimewa yang telah disediakan. Alunan musik dari tasik menjadi lebih istimewa dengan kedudukan strategik pemuzik di sekitar resort, pinggir hutan dan di setiap aras ketiga-tiga blok.
Konsert tersebut akan dipersembahkan oleh konduktor Eugene Pook, mezzo-soprano Jiayao Sun, pemain biola antarabangsa Dr. Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari Malaysia. Karya dari The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan Kitaro, serta karya Selangor Symphony Orchestra akan ditampilkan dalam program ini. Kesemua persembahan akan bermula tepat pada jam 8:00 malam.
(Kiri-Kanan: Konductor SSO Eugene Pook, Pemain Biola Dr. Hyungi Kim, Mezzo-Soprano Jiayao Sun & Penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi).
Peter Chan, Ketua Pgawai Eksekutif The Haven All Suite Resort, berkata,
“Selepas berehat daripada pandemik, kami ingin sambung kembali industri pelancongan. Apakah lagi cara yang lebih baik kalau bukan menyediakan percutian hujung minggu ke The Haven Resort di Ipoh dengan persembahan muzikal ekstravaganza yang indah?
Tetamu yang menginap bersama kami akan diberikan pengalaman konsert musik yang unik dan pertama seumpamanya dengan alunan muzik dari pentas terapung di tasik yang dilengkapi dengan alam semula jadi hutan di sekelilingnya.
Beliau menambah,
“Diinspirasikan oleh Festival Muzik Tahunan Hutan Hujan Sarawak; kami percaya The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang paling menarik dan dijadikan tarikan penting untuk negeri Perak. Kami berharap pertunjukan muzikal ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi acara yang akan mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian.”
Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, berkata, “Sudah tiba masanya untuk The Haven memperkenalkan Muzikal Extravaganza di Ipoh. Usaha memperkenalkan muzikal ekstravaganza ini sememangnya kreatif dan dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Perak yang sedang berikhtiar untuk mempromosi Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian Asia. Sokongan sektor swasta, terutamanya dalam usaha mereka untuk mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama amat dihargai khususnya untuk pelancong tempatan dan asing.”
Katanya lagi, “Setelah wabak ini beransur-ansur hilang, Ipoh dijadualkan terus menjadi perhatian serta pilihan percutian yang indah untuk para pelancong. Dengan kesan pandemik selama 2 ½ tahun, ia tidak melemahkan semangat The Haven untuk memulih serta memastikan kemajuan Bandaraya Ipoh lebih hebat lagi.”
“SSO amat teruja untuk bekerjasama dengan The Haven Resort Ipoh dalam memberikan pengalaman deria baharu dalam muzik. Siri ini menghimpunkan orang ramai daripada semua latar belakang untuk menikmati muzik bertaraf dunia di dalam suasana yang paling indah, di salah satu bandar bersejarah Malaysia,” kata Eugene Pook, Pengasas Selangor Symphony Orchestra.
The Haven Resort juga merupakan penyokong pelbagai inisiatif yang diketuai oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak. Dengan itu, The Haven Resort telah iktiraf kepentingan menyokong industri pelancongan Perak dan peningkatan ekonomi tempatan dengan usaha-usaha mereka untuk menarik pengunjung dari seluruh Asia. Majlis Bandaraya Ipoh di bawah pimpinan Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud juga telah mula mempromosikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Batu Kapur, Muzik & Kesenian di Asia.
The Haven Musical Extravaganza ini adalah salah satu daripada persembahan-persembahan yang akan datang. Puan Nurmalis bt Musa, CEO Tourism Perak, juga akan menghadiri acara tersebut.
Pakej muzikal ini bermula dari RM390++/seorang* dan boleh dibeli melalui laman web di https://www.thehavenresorts.com/musical-extravaganza, nombor telefon WhatsApp +6019-759-8285, atau hubungi Jabatan Acara, Cik Yee Lai Kuan dengan telefon bimbit/ WhatsApp +6012-570-5498.
Keseluruhan pakej yang tersedia termasuk penginapan di suite yang serba lengkap, dan sarapan yang mewah disajikan pada pagi berikutnya. Para tetamu juga boleh memilih untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman mereka dengan harga RM75.00 bersih.
Untuk keterangan lanjut layari
WEBSITE
https://www.thehavenresorts.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2022/10/the-haven-musical-extravaganza.html