Jom Berhibur Dengan Alunan Muzik Orkestra Di The Haven Ipoh Hujung Oktober Ini


Jom Berhibur Dengan Alunan Muzik Orkestra Di The Haven Ipoh Hujung Oktober Ini | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Dulu pernah Sha berangan nak sertai dan menonton secara langsung persembahan orkestra. Bagi Sha alunan orkestra adalah sangat unik dan eksklusif. Sha percaya di luar sana ramai yang berminat untuk melihat persembahan orkestra secara dekat.
Alunan Muzik Orkestra Di The Haven Ipoh Hujung Oktober IniPada hujung Oktober ini iaitu pada 27, 28 dan 29 Oktober 2022 pemenang Anugerah All Suite Resort, The Haven Resort Ipoh akan mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza hasil kerjasama Selangor Symphony Orchestra dan disokongi oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC).
Ini merupakan pengalaman 'Sensurround' yang pertama seumpamanya diadakan si The Haven Ipoh. Tetamu resort dapat membuat pilihan untuk menikmati konsert sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni yang selesa di unit bilik mereka.
Tetamu dan peminat muzik boleh menantikan penginapan mewah di samping malam muzikal dan gastronomi di persekitaran resort yang indah. Melalui pakej muzik istimewa yang telah disediakan. Alunan musik dari tasik menjadi lebih istimewa dengan kedudukan strategik pemuzik di sekitar resort, pinggir hutan dan di setiap aras ketiga-tiga blok.

 
Konsert Bakal Diterajui Oleh Konduktor, Pemain Biola Dan Penyanyi Terkenal

Konsert tersebut akan dipersembahkan oleh konduktor Eugene Pook, mezzo-soprano Jiayao Sun, pemain biola antarabangsa Dr. Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari Malaysia. Karya dari The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan Kitaro, serta karya Selangor Symphony Orchestra akan ditampilkan dalam program ini. Kesemua persembahan akan bermula tepat pada jam 8:00 malam.

 

(Kiri-Kanan: Konductor SSO Eugene Pook, Pemain Biola Dr. Hyungi Kim, Mezzo-Soprano Jiayao Sun & Penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi).

 

Peter Chan, Ketua Pegawai Eksekutif The Haven All Suite Resort, berkata,

“Selepas berehat daripada pandemik, kami ingin sambung kembali industri pelancongan. Apakah lagi cara yang lebih baik kalau bukan menyediakan percutian hujung minggu ke The Haven Resort di Ipoh dengan persembahan muzikal ekstravaganza yang indah?


Tetamu yang menginap bersama kami akan diberikan pengalaman konsert musik yang unik dan pertama seumpamanya dengan alunan muzik dari pentas terapung di tasik yang dilengkapi dengan alam semula jadi hutan di sekelilingnya.

 

Beliau menambah,



“Diinspirasikan oleh Festival Muzik Tahunan Hutan Hujan Sarawak; kami percaya The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang paling menarik dan dijadikan tarikan penting untuk negeri Perak. Kami berharap pertunjukan muzikal ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi acara yang akan mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian.”

 




Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, berkata
, “Sudah tiba masanya untuk The Haven memperkenalkan Muzikal Extravaganza di Ipoh. Usaha memperkenalkan muzikal ekstravaganza ini sememangnya kreatif dan dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Perak yang sedang berikhtiar untuk mempromosi Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian Asia. Sokongan sektor swasta, terutamanya dalam usaha mereka untuk mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama amat dihargai khususnya untuk pelancong tempatan dan asing.”

 

Katanya lagi, 

“Setelah wabak ini beransur-ansur hilang, Ipoh dijadualkan terus menjadi perhatian serta pilihan percutian yang indah untuk para pelancong. Dengan kesan pandemik selama 2 ½ tahun, ia tidak melemahkan semangat The Haven untuk memulih serta memastikan kemajuan Bandaraya Ipoh lebih hebat lagi.”

 


“SSO amat teruja untuk bekerjasama dengan The Haven Resort Ipoh dalam memberikan pengalaman deria baharu dalam muzik. Siri ini menghimpunkan orang ramai daripada semua latar belakang untuk menikmati muzik bertaraf dunia di dalam suasana yang paling indah, di salah satu bandar bersejarah Malaysia,” kata Eugene Pook, Pengasas Selangor Symphony Orchestra.



 

The Haven Resort juga merupakan penyokong pelbagai inisiatif yang diketuai oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC),  Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak.
The Haven Resort telah mengiktiraf kepentingan menyokong industri pelancongan Perak dan peningkatan ekonomi tempatan dengan usaha-usaha mereka untuk menarik pengunjung dari seluruh Asia. Majlis Bandaraya Ipoh di bawah pimpinan Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud juga telah mula mempromosikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Batu Kapur, Muzik & Kesenian di Asia.

 The Haven Musical Extravaganza

The Haven Musical Extravaganza ini adalah salah satu daripada persembahan-persembahan yang akan datang. Puan Nurmalis bt Musa yang merupakan CEO Tourism Perak, juga akan menghadiri acara tersebut.

 

Pakej muzikal ini bermula dari RM390++/seorang* dan boleh dibeli melalui laman web di https://www.thehavenresorts.com/musical-extravaganza, nombor telefon WhatsApp +6019-759-8285, atau hubungi Jabatan Acara, Cik Yee Lai Kuan dengan telefon bimbit/ WhatsApp +6012-570-5498.

 

Keseluruhan pakej yang tersedia termasuk penginapan di suite yang serba lengkap, dan sarapan yang mewah disajikan pada pagi berikutnya. Para tetamu juga boleh memilih untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman mereka dengan harga RM75.00 bersih.

 

Sila layari https://www.thehavenresorts.com/ untuk maklumat lanjut.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2022/10/Alunan-Muzik-Orkestra-Di-The-Haven-Ipoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengar Alunan Orkestra The Haven Musical Extravaganza Symphony Orchestra Selama 3 Hari Pada Penghujung Oktober Ini

Dengar Alunan Orkestra The Haven Musical Extravaganza Symphony Orchestra Selama 3 Hari Pada Penghujung Oktober Ini

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 110 hits
Assalamualaikum semua hari ni kinah nak kongsi dengan korang pada hujung bulan ni akan berlangsungnya The Haven Musical Extravaganza di The Haven Resort iaitu yang mana ianya adalah hasil kerjasama Selangor Symphony Orchestra dan disokongi ...
Nantikan Muzik Okestra The Haven Musical Extravaganza Di The Haven Resort Ipoh Bermula 27 Oktober 2022

Nantikan Muzik Okestra The Haven Musical Extravaganza Di The Haven Resort Ipoh Bermula 27 Oktober 2022

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 378 hits
Nantikan Muzik Okestra The Haven Musical Extravaganza Di The Haven Resort Ipoh Bermula 27 Oktober 2022 Peminat muzik okestra pastikan anda tidak lepaskan peluang menempah penginapan di The Haven Resort Ipoh bagi menikmati muzik okestra yang...
Jom Saksikan Persembahan Oleh Selangor Symphony Orchestra Di The Haven Resort Ipoh

Jom Saksikan Persembahan Oleh Selangor Symphony Orchestra Di The Haven Resort Ipoh

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 202 hits
Salam semua Apa khabar belaka Harapnya semua dalam keadaan sihatlah hendaknya Situasi Covid 19 pun dah masuk ke fasa endemik kan kalau terkena jangkitan Covid pun dah gaya macam kena selsema je Apa pun situasi ni mungkinlah masih berbahaya ...
Nikmati Percutian Sambil Layan The Haven Musical Extravaganza Di Ipoh

Nikmati Percutian Sambil Layan The Haven Musical Extravaganza Di Ipoh

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 140 hits
Nikmati Percutian Sambil Layan The Haven Musical Extravaganza Di Ipoh Hujung minggu bersambung dengan cuti perayaan mesti korang dah plan nak jalan jalan kan Pada yang bercadang untuk ke Ipoh apa kata korang singgah menginap di All Suite Re...
The Haven Musical Extravaganza Menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra Pada 27hb 28hb Dan 29hb Oktober 2022

The Haven Musical Extravaganza Menampilkan Karya Selangor Symphony Orchestra Pada 27hb 28hb Dan 29hb Oktober 2022

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 200 hits
Pemenang Anugerah All Suite Resort The Haven Resort Ipoh mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza hasil kerjasama Selangor Symphony Orchestra dan disokongi oleh Kementerian Pelancongan Kesenian Kebudayaan Persembahan tersebut akan dia...
The Colours Of Life Oktober Remote Raid Finland S Giratina

The Colours Of Life Oktober Remote Raid Finland S Giratina

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 174 hits
The Colours of Life Oktober Remote Raid Finland s Giratina Remote Raid di Helsinki Finland 6 trainer Lawan dengan 6 pokemon 6 pokeball with golden razz berries 2 Star Giratina is minez https youtu be W4vAjh qt0s mknaceunlimited mknace theco...
Seremban To Ipoh Coming Out Of The Block

Seremban To Ipoh Coming Out Of The Block

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 228 hits
The break taken since August is long enough It s time to come out of the block and start churning for the General Election It is not for lack of material to write or the absence of angle to approach the subject There have been several attem...
Bersantai Di Balkoni Apartment Sambil Mendengar The Haven Musical Extravaganza

Bersantai Di Balkoni Apartment Sambil Mendengar The Haven Musical Extravaganza

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 176 hits
Bersantai Di Balkoni Apartment Sambil Mendengar THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA Sesiapa yang berminat dengan muzik akan tetap memainkan muzik di tempat penginapan semasa bercuti kan Sebabnya muzik adalah secret recipe tambahan untuk lebih re...
Taste The Change With Mcdonald S Iconic Burgers That Are Hotter Juicier And Tastier

Taste The Change With Mcdonald S Iconic Burgers That Are Hotter Juicier And Tastier

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 236 hits
Experience Beef Perfection with 100 imported pure halal beef Members of the media and influencers participated in a Tasting is Believing Session where they had the opportunity to witness the changes and taste the differences that McDonald s...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

3 Top Rated Things To Do In Jakarta

Jengah Kebun Melihat Tanaman

Vivo Unveils The Perfect Night Party 2024 At Zepp Kuala Lumpur



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Bezakan Diri Anda Dari Pesaing Dengan Kotak Dan Sticker Yang Unik

Penjawat Awam Ditahan Salah Guna Jawatan Luluskan Rm12 000 Untuk Kegunaan Diri

Berkait Rasuah Di Perlis Sprm Cadangkan Seorang Suspek Didakwa

Beware Misplaced Trust In Pseudo Intellectuals

Menu Tengahari Sup Ayam Ala Thai Kobis Goreng

Undang Luak Rembau Selamat Dikebumikan