Kopi Kenangan Kini Di Malaysia Cawangan Pertama Di Suria Klcc Beroperasi 18 Oktober 2022
KOPI KENANGAN KINI DI MALAYSIA, CAWANGAN PERTAMA DI SURIA KLCC BEROPERASI 18 OKTOBER 2022 | Assalammualaikum semua! Kopi kopi kopi oh kopi. Tiada apa yang membahagiakan apabila dapar secawan kopi pada musim hujan di Kuala Lumpur.
Tahniah buat Kopi Kenangan di atas pembukaan cawangan antarabanganya di Malaysia! Semoga terus sukses dan melayani citarasa tempatan disamping membawa Kopi Kenangan signature. Memperkenalkan Kenangan Coffee!!
KOPI KENANGAN KINI DI MALAYSIA, CAWANGAN PERTAMA DI SURIA KLCC BEROPERASI 18 OKTOBER 2022
Kopi Kenangan ialah rangkaian kopi bukan francais yang menyediakan teknologi grab-and-go dengan lebih daripada 850 cawangan di 64 bandar di Indonesia. Digelar sebagai Unicorn F&B pertama di Asia Tenggara pada Disember 2021. Diperakui Halal dan dinobatkan sebagai pemenang Brand of The Year dalam kategori Rantaian Kafe dari Indonesia oleh The World Branding Awards 2020 - 2021.
Misi Kopi Kenangan adalah untuk menyajikan kopi berkualiti tinggi, dibuat dengan bahan-bahan asli dari Indonesia yang paling segar untuk pelanggan di Indonesia dan seluruh dunia menikmatinya. Maka, anda akan simpan ia sebagai kenangan manis saat minum secawan Hot Kenangan Latte
Kopi Kenangan adalah rangkaian F & B runcit yang paling pesat berkembang di Indonesia dan terkenal dengan rasa kopinya yang hebat. Diasaskan pada tahun 2017 yang pada mulanya mensasarkan jurang di pasaran antara kopi berharga tinggi yang dihidangkan oleh rantaian kopi antarabangsa dan kopi segera yang dijual di banyak kiosk pinggir jalan dan gerai jalanan di negara ini.
Pada tahun 2020, Kopi Kenangan berkembang menjadi industri makanan dengan melancarkan jenama roti yang dipanggil Cerita Roti, dan kemudian pada tahun 2021, melancarkan jenama "Chicken on the Go" bernama Chigo dan soft-cookie jenama Kenangan Manis.
Melalui pemahaman dan sentiasa meneroka citarasa F&B tempatan. Memahami model perniagaan dalam talian dan luar talian yang memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan. Kopi Kenangan mempunyai visi untuk menjadi perniagaan makanan dan minuman terbesar di Indonesia, dan Asia Tenggara.
Melalui produk berkualiti yang berpatutan, perkhidmatan yang cepat dan mesra, kawalan kualiti, dan pembangunan perniagaan yang kreatif. Kopi Kenangan merancang untuk menjadi jenama yang paling digemari oleh pelanggan di Asia Tenggara.
Kopi Kenangan telah menandakan kemasukan pertama ke Malaysia dan akan terus memperluaskan jejaknya di SEA dan meluaskan cawangannya di bawah nama Kenangan Coffee sebagai nama rasmi yang digunakan di luar Indonesia. Ia adalah stratergi global Kopi Kenangan.
SURIA KLCC CAWANGAN PERTAMA PERINGKAT GLOBAL KENANGAN COFFEE
Jenama F&B tersohor di Asia Tenggara iaitu Kopi Kenangan secara rasminya dilancarkan di Malaysia dengan pembukaan kedai pertamanya di Suria KLCC. Ia menandakan pengembangan antarabangsa pertamanya di Kuala Lumpur.
Pelancaran itu dirasmikan oleh pengasas bersama Kopi Kenangan, Edward Tirtanata, CEO dan James Prananto, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan.
Edward Tirtanata, CEO dan Co-Founder berkata, "Kami memilih Malaysia sebagai pengembangan pasaran pertama kami kerana masyarakat Malaysia yang cinta terhadap makanan, pertumbuhan yang mantap dalam budaya kopi, terutamanya konsep grab-and-go, dan banyak persamaan masyarakat Malaysia berkongsi dengan masyarakat Indonesia ketika datang ke profil rasa dan penerimaan untuk mencuba perkara baru.
Masa depan sektor F&B di Malaysia juga kelihatan menjanjikan pertambahan ekonomi berpendapatan tinggi dengan tumpuan utama pada pendigitalan, yang selaras dengan visi operasi perniagaan kami.
Kami mahu mengeksport kejayaan fenomenal model Kopi Kenangan di Indonesia ke pasaran luar negara, bermula dengan Malaysia. Kami memulakan Kopi Kenangan dengan tujuan untuk menjadikan kopi berkualiti dijual pada harga yang berpatutan dan boleh diakses oleh semua orang. Kami sangat gembira untuk berkongsi rasa kopi Indonesia dengan masyarakat Malaysia."
James Prananto, Co-Founder dan Chief Business Developement Officer berkata, "Kopi Kenangan akan beroperasi di bawah nama jenama Kenanga Coffee, sebagai nama antarabangsa rasmi untuk digunakan di luar Indonesia. 'Seperti yang diterjemahkan dengan tepat untuk membuat kenangan ', setiap orang yang datang ke kedai kami diperlakukan seperti kawan, dan setiap cawan kopi yang kami jual dibuat dengan cinta dan kami berharap ini diterjemahkan kepada pelanggan yang membuat kenangan bersama kami sepanjang perjalanan ini. Kami bercita-cita ingin menjadi jenama pengguna yang paling disayangi di Asia Tenggara.
TOP BARISTA DUNIA SERTAI KENANGAN COFFEE
Mikael Jasin, yang kini merupakan World 7th Best Barista (2021) dilantik sebagai Head of Coffee, Kenangan Coffee bagi menyalurkan pengalamannya yang luar biasa dan pengetahuan yang luas untuk merevolusikan Kopi Kenangan. Agar setiap langkah bagaimana biji kopi yang diperoleh, dihasilkan, dan seterusnya dinikmati walau dimana-mana jua
PROMOSI PENGENALAN KENANGAN COFFEE SURIA KLCC BUY 1 FREE 1
Selama 3 hari, bermula 18 Oktober 2022 sehingga 20 Oktober 2022. Kenangan Coffee Suria KLCC mengadakan promosi pengenalan BUY 1 FREE 1. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri Kopi Kenangan dari Indonesia. Cuba sekali, pasti nak lagi.
NAMA MENU DI MALAYSIA BERBEZA DENGAN DI INDONESIA
Kenangan Coffee memperkenalkan minuman ikoniknya iaitu Kenangan Latte dan Avacado Coffee. Selain itu, pelbagai pilihan minuman berada di kedai. Harga setiap cawan bermula dari RM5.90 dan sejajar dengan janji jenamanya untuk membuat kopi berkualiti pada harga berpatutan untuk semua orang.
Kopi Kenangan juga akan memperkenalkan pelbagai pilihan makanan sebagai gandingan yang serasi untuk kopi-kopinya.
KENANGAN COFFEE ACADEMY
Selain itu, Kopi Kenangan mempunyai Kenangan Coffee Academy di Uptown Damansara, Petaling Jaya bagi menyediakan pelbagai program latihan untuk para pekerja baristanya.
Ini bertujuan untuk mereka menjalani latihan profesional terbaik F&B. Ini adalah komitmen Kopi Kenangan untuk menyediakan Barista yang berkualiti.
Kenangan Coffee Academy di Malaysia mengalu-alukan Barista, Penyelia dan Pengurus Stor yang mempunyai semangat untuk bekerja bersama pasukan Kenangan Coffee.
Latihan berstruktur dalam Operasi Kafe dan Barista yang merangkumi operasi F&B harian; pengendalian peralatan (seperti Black Eagle Maverick); pengetahuan produk; keselamatan makanan, perkhidmatan pelanggan dijalankan dan ujian juga akan diberikan
Mohon di sini: https://tinyurl.com/KenanganCoffeeJobs
Linkedin: https://www.linkedin.com/company/kopi-kenangan/
PERANCANGAN PEMBUKAAN CAWANGAN KENANGAN COFFEE SETERUSNYA DI MALAYSIA
Kenangan Coffee akan membuka empat lagi cawangan iaitu di MyTown Cheras, Pavilion Kuala Lumpur, Nu Sentral Kuala Lumpur dan Sunway Pyramid Petaling Jaya menjelang akhir tahun ini. Pada tahun 2023, Kopi Kenangan plan untuk membuka 100 cawangan di seluruh Malaysia. Lebih banyak cawangam dibuka, lebih banyak peluang pekerjaan. MasyaAllah semoga usaha murni Kenangan Coffee diberkati dan diperkayakan lagi rezeki! Amin
Suria KLCC Kuala Lumpur (Dibuka pada 18 Oktober 2022) - C70, ConcoursePavilion Kuala Lumpur (Opening Soon) - P1.05, Level 1Nu Sentral, Kuala Lumpur (Opening Soon) - LG.09, LGMyTown, Cheras (Opening Soon) - G.047, GSunway Pyramid, Selangor (Opening Soon) - LG1.118A
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi www.kenangancoffee.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/10/kopi-kenangan-kini-di-malaysia-cawangan.html