The Cedar Bidor Villa Mewah Dan Indah Atas Bukit Di Perak Untuk Lokasi Family Day



Beberapa hari lalu, saya berpeluang mengikuti #teambpt bercuti di Perak. Lokasi percutian kami adalah di The Cedar yang terletak di Bidor, Perak. Percutian ini kami anggap sebagai hadiah buat Auni kerana bakal menjadi pelajar pada tahun depan

Bertolak seawal jam 7 pagi daripada Terengganu melalui jalan Gua Musang, kami tiba di The Cedar pada jam 3 petang. Selepas 5km perjalanan keluar daripada tol Bidor, Maps membawa kami menelusuri suatu jalan kecil yang dikelilingi oleh deretan pokok kelapa sawit. Berpandukan pada papan tanda yang terdapat di bahu jalan, kami kemudiannya memasuki lorong di sebelah kanan yang berbatu kerikil halus sebelum tiba di The Cedar. Kami tiba ke lokasi setelah anggaran 10 minit perjalanan daripada Tol Bidor


Melalui jalan kecil dikelilingi hutan menggamit perasaan bimbang di hati sekiranya tersesat jalan, namun kewujudan papan tanda The Cedar menyakinkan kami untuk terus memandu. Sebaik tiba di pintu pagar, seorang pekerja merangkap penjaga rumah iaitu Abang Adi datang untuk membuka pintu dan mengalukan kedatangan kami. The Cedar yang terletak di atas bukit dan dikelilingi pagar berbatu ini nampak gah dikelilingi pemandangan menghijau di sekitarnya. 

The Cedar Bidor
Penginapan mewah yang terletak di atas bukit ini mampu memuatkan sehingga 30 orang pada satu masa. Tingkat atas memuatkan 8 buah bilik tidur selain ruang karaoke dan ruang tamu. Dilengkapi tandas di dalam setiap bilik, penginapan di The Cedar menawarkan kelebihan bagi pasangan yang inginkan ruang privacy mereka sendiri semasa percutian keluarga. Manakala di tingkat bawah pula dilengkapi dengan dapur, tandas, bilik permainan kanak-kanak, snooker table dan island bar. Di bahagian luar rumah pula tersedia infinity pool, barbecue area with sound system, kolam ikan mini, ruang makan dan padang kecil


Lokasi ini sangat sesuai dijadikan pilihan bagi anjuran family day atau company day dalam kuantiti kecil. Lokasi yang jauh dari orang ramai dan terletak di atas bukit dengan pemandangan yang menarik dilengkapi segala kemudahan percutian memudahkan pelbagai aktiviti dijalankan. Selain itu, bagi mereka yang mengimpikan suasana perkahwinan mewah hanya bersama teman rapat dan keluarga juga boleh memilih The Cedar Bidor untuk merealisasikannya

Infinity Pool
Kolam renang merupakan tarikan utama bagi kami sekeluarga sekiranya ingin bercuti. Apatah lagi jika ia merupakan infinity pool yang dikelilingi pemandangan cantik oleh pepohon menghijau. Menghirup udara segar sambil berendam di dalam kolam ditemani keluarga dan sahabat meninggalkan kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan. 

Infinity pool yang turut dilengkapi dengan shower untuk mandian dan pelampung keselamatan ini terletak di luar rumah dan boleh diakses melalui pintu kaca yang terdapat bersebelahan ruang makan dan kolam ikan mini

Ruang Makan
Keunikan ruang makan di The Cedar adalah ianya terletak di luar rumah yang bersebelahan dengan infinity pool. Pengunjung boleh menikmati hidangan mereka di luar sambil bermandi-manda


Bagi pengunjung yang tidak mahu membasahkan badan, mereka boleh bersantai di atas buaian kayu yang disediakan di tepi kolam atau memberi makan kepada ikan di kolam mini yang terdapat di tepi ruang makan. Bunyi kocakan air yang menenangkan hasil daripada pergerakan ikan mampu menjadi terapi jiwa yang mendamaikan

Snooker Table
Sebaik melangkah masuk ke dalam The Cedar, benda pertama yang menjengah mata adalah snooker table. Mengamalkan konsep tiada wifi, hanya keluarga di The Cedar, pengunjung boleh menghabiskan masa dengan bermain snooker bersama keluarga dan sahabat. Saya juga turut tidak melepaskan peluang untuk sama-sama bermain bersama suami. Walaupun tidak pandai, tapi tak kisahlah..bukan bermain untuk tournament pun :D

Barbecue Area
Tidak sah percutian keluarga besar tanpa aktiviti barbecue. Di The Cedar, ruang barbecue turut dilengkapi dengan sistem audio dan ruang makan khas bagi memudahkan aktiviti barbecue dijalankan.  Arang juga turut disediakan. Ingin hidupkan api? Jangan bimbang, staf pasti akan membantu. Tugas anda hanya memanggang :)

Padang
Di sebelah barbecue area, terdapat padang kecil yang boleh dijadikan kawasan untuk aktiviti sukaneka sekiranya pengunjung datang dengan niat untuk menganjurkan aktiviti permainan santai bersama keluarga. Sambil berbarbecue, anak-anak bebas bermain permainan yang disukai di padang kecil ini bersama rakan-rakan


Bilik Permainan Kanak-Kanak
Bilik permainan kanak-kanak disediakan bagi memudahkan ibu bapa mengawal anak kecil mereka daripada berkeliaran. Pelbagai alat permainan dan buku pasti menarik minat mereka untuk duduk dan bermain sehingga berjam lamanya. Bilik ini dilengkapi dengan pintu kaca tembus pandang bagi memudahkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak


Island Bar
Island bar disediakan di luar bilik permainan kanak-kanak dan terletak bersebelahan dengan dapur. Jadi, ibu boleh memantau pergerakan anak-anak sambil melakukan aktiviti memotong bawang sambil 'membawang' bersama keluarga

Dapur
Dilengkapi dapur basah dan dapur kering, ruang dapur mampu memuatkan sehingga 5 - 7 orang pada satu masa. Jika masih tidak muat, island bar di sebelah dapur boleh digunakan untuk memproses bahan mentah


Freezer, peti ais, water cooler dan dapur memasak telah tersedia dan keperluan harian biasa seperti pinggan, sudu, dan cawan juga turut terdapat di dapur. Ingin memanggang untuk barbecue? Usah risau, semua alatan untuk tujuan barbecue juga turut disediakan. Anda hanya perlu sediakan bahan mentah untuk memasak

Karaoke Hall / Living Room
Bukan sahaja dapat menikmati pemandangan cantik di tingkat atas penginapan mewah ini, malah pengunjung dapat mengasah bakat nyanyian di ruang tamu kerana dilengkapi dengan set karaoke. Aktiviti karaoke tidak meriah tanpa ditemani sahabat dan keluarga, jadi itulah sebabnya mengapa set sofa yang besar dan empuk disediakan bagi memeriahkan suasana berkaraoke anda




Pelbagai aktiviti fizikal boleh dilakukan di The Cedar. Pengunjung bebas untuk bermain snooker, berenang di infinity pool, karaoke bersama keluarga, melakukan aktiviti sukaneka, barbecue dan berjalan kaki ke Air Terjun Gepai. Itulah sebabnya mengapa tiada wifi disediakan di sini. Hanya keluarga

Tips Penting
Jika berhasrat untuk bercuti di The Cedar Bidor, ada beberapa perkara yang perlu diketahui bagi memastikan anda mendapat pengalaman percutian yang terbaik. Jangan lupa untuk rancang percutian awal anda. Anda juga boleh baca review ramai pengunjung yang telah menginap di The Cedar Bidor. Ramai yang puas hati


1. Harga bermula daripada RM1100 semalam bergantung kepada hari dan jumlah pengunjung

2. Wifi tidak disediakan

3. Deposit RM300 diperlukan sebelum serahan kunci

4. Waktu check-in adalah jam 3pm dan check-out jam 12pm

5. Boleh request tilam dan bantal tambahan.

6. Iron tidak disediakan
(mungkin kena request dengan staf)
7. Boleh request arang dan hidupkan api
daripada staf jika ingin buat barbecue

8. Berdekatan dengan Air Terjun Gepai,
hanya 5 minit perjalanan daripada The Cedar.

9. Buat tempahan secara online di laman web adalah lebih cepat dan mudah

Percutian di The Cedar ini merupakan percutian istimewa saya kerana kami berjaya berjaga sehingga jam 12 malam semata-mata untuk bermain air di infinity pool. Selain itu, percutian ini merupakan percutian pertama saya bersama keluarga besar Blogger Pantai Timur dan berada di penginapan mewah di The Cedar Bidor bersama #teambpt pasti memahat ingatan yang tidak mudah dilupakan. Jauh dari hiruk pikuk kota yang bebas asap kenderaan sambil diiringi bunyi kicauan burung dan deruan air menjadikan percutian di the Cedar suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan

Hubungi
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan tempahan dan pertanyaan, anda boleh direct message ke : 
Laman web : The Cedar BidorFacebook : The Cedar BidorInstagram : The Cedar Bidor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2018/12/the-cedar-bidor-villa-mewah-dan-indah-atas-bukit-di-perak-untuk-lokasi-family-day.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menikmati Percutian Mewah Dan Damai Bersama Keluarga Besar Di The Cedar Villa Bidor Perak

Menikmati Percutian Mewah Dan Damai Bersama Keluarga Besar Di The Cedar Villa Bidor Perak

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 741 hits
Menikmati Percutian Mewah Dan Damai Bersama Keluarga Besar Di The Cedar Villa Bidor Perak Assalamualaikum semua Bulan November Sha agak sibuk dengan kerja hakiki arahan pihak atasan supaya menyiapkan kerja sebelum tibanya tahun baru amat me...
Pilihan Percutian Keluarga Terbaik Dengan Penginapan Mewah Atas Bukit Di The Cedar Bidor

Pilihan Percutian Keluarga Terbaik Dengan Penginapan Mewah Atas Bukit Di The Cedar Bidor

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 797 hits
Beberapa hari lalu saya berpeluang mengikuti teambpt bercuti di Perak Lokasi percutian kami adalah di The Cedar yang terletak di Bidor Memandangkan Auni akan mula bersekolah pada tahun depan jadi percutian kali ini kami anggap sebagai merai...
The Cedar Villa Bidor Lokasi Percutian Yang Mesti Anda Pergi Kenapa

The Cedar Villa Bidor Lokasi Percutian Yang Mesti Anda Pergi Kenapa

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 569 hits
The Cedar Villa Bidor Lokasi Percutian Yang Mesti Anda Pergi Kenapa Allhamdulillah pada 26 November 2018 yang lalu saya dan keluarga serta keluaga besar Team Blogger Pantai Timur teambpt berpeluang menjejak ke Keletihan lima jam dalam perja...
10 Sebab Utama Mengapa Perlu Bercuti Ke The Cedar Bidor Perak

10 Sebab Utama Mengapa Perlu Bercuti Ke The Cedar Bidor Perak

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 501 hits
10 Sebab Utama Mengapa Perlu Bercuti Ke The Cedar Bidor Perak Assalamualaikum alhamdulillah pada 26 November 2018 yang lalu daku telah selamat bercuti secara beramai ramai dengan beberapa rakan bloggers dari Pantai Timur Untuk pengetahuan s...
Bbq Sauce Dan Menu For Family Day

Bbq Sauce Dan Menu For Family Day

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 1167 hits
bbq sos yang kak rose buat untuk event family day kat kampung pada hari sabtu lepas memang happening bila dapat berkumpul reramai adik beradik harap dapat kekalkan tradisi macam ni yang kami semua buat sejak arwah mak dan bapak ade bersama ...
Video Penampakkan Sesuatu Di Atas Stadium Bukit Jalil Ini Kisah Yang Tidak Pernah Diceritakan

Video Penampakkan Sesuatu Di Atas Stadium Bukit Jalil Ini Kisah Yang Tidak Pernah Diceritakan

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 449 hits
Video Penampakkan Sesuatu Di Atas Stadium Bukit Jalil Ini Kisah Yang Tidak Pernah DiceritakanVideo Penampakkan Sesuatu Di Atas Stadium Bukit Jalil Ini Kisah Yang Tidak Pernah Diceritakan
How To Choose The Perfect Family Holiday Destination

How To Choose The Perfect Family Holiday Destination

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 407 hits
It s the school holidays and you want to bring the family somewhere nice where they can enjoy themselves and have the time of their lives You hope it ll be a moment the kids will remember forever Thus this family holiday has to be perfect a...
Memilih Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Sebagai Salah Satu Lokasi Percutian Musim Cuti Sekolah Di Perak

Memilih Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Sebagai Salah Satu Lokasi Percutian Musim Cuti Sekolah Di Perak

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 808 hits
Memilih Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Sebagai Salah Satu Lokasi Percutian Musim Cuti Sekolah Di Perak Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Sedar tak sedar dah dua minggu cuti sekolah berjalan ibu ibu dan ayah ayah pasti meran...
Family Day Aerospace Dash Box Hotel Cyberjaya

Family Day Aerospace Dash Box Hotel Cyberjaya

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 692 hits
Assalamualaikum 11 November hari tu few days lepas kitorang pi family day geng ofis papa Actually every year dorang buat family day ni Lokasi aktiviti semua dah plan awal Kebetulan pulak adik baby sakit and Alhamdulillah dia sihat betul seb...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt