Menikmati Percutian Mewah Dan Damai Bersama Keluarga Besar Di The Cedar Villa Bidor Perak
Menikmati Percutian Mewah Dan Damai Bersama Keluarga Besar Di The Cedar Villa Bidor Perak | Assalamualaikum semua. Bulan November Sha agak sibuk dengan kerja hakiki, arahan pihak atasan supaya menyiapkan kerja sebelum tibanya tahun baru amat memenatkan fizikal dan mental walaupun hanya bekerja dimeja tapi agak memberi tekanan kepada Sha. Bagi menenangkan fikiran rezeki dan peluang untuk bercuti sekejap walaupun perjalanan ke tempat percutian kali ini hanya memakan masa lebih kurang 2 jam dari rumah Sha agak rugi rasanya jika dilepaskan. Kali ini Sha bersama 6 lagi keluarga daripada #teamBPT sama-sama berkumpul di The Cedar Villa Bidor, Perak. Musim yang agak sesuai untuk bercuti iaitu permulaan cuti sekolah, jadi selepas ini tak perlu fikir sangat dah untuk bercuti bersama anak-anak selain mungkin hujung-hujung cuti sekolah nanti ada perancnagan lain kan maklumlah Abang Zaryth dah nak mula sekolah darjah 1 tahun depan kena ikut cuti sekolah pula
Sha dan keluarga sampai paling awal ke The Cedar Villa Bidor ini kerana terus bergerak ke sini selepas selesai membeli barangan basah untuk persediaan barbeku pada waktu malam nanti. Walaupun tinggal di Perak, kami tidak biasa ke sini dan inilah kali pertama kami bermalam di Tempat Menarik Di Bidor ini tempatnya agak ke dalam dan tidak menyangka wujudnya percutian mewah di kawasan yang dikelilingi alam semula jadi ini. Tapi jangan risau, jalan ke sini tidak jauh daripada tol Bidor dan hanya menggunakan aplikasi maps akan membawa korang terus ke sini dan akan disambut oleh pekerja yang sedia bertugas disana
The Cedar At Bidor Villa
Sebuah Villa yang mampu memuatkan tetamu sehingga seramai 30 orang dalam suatu masa, memiliki 8 buah bilik yang selesa. The Cedar Villa dibina diatas tanah persendirian di kawasan yang berbukit menawarkan percutian yang tenang jauh dari hiruk pikuk bandar, membolehkan para tetamu berehat dengan alam semula jadi dan saling meluangkan masa bersama insan di sekeliling mereka. Dibina secara strategik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah dari kolam renang infiniti, sambil menghadap ke hutan hujan Malaysia dan Sungai Gepai. Villa ini memiliki 2 aras iaitu aras bawah dan aras 1 juga ruang aktiviti bahagian luar, jom tengok apa yang ada disini yang pastinya amat selesa buat anak-anak yang sedang membesar seperti Abang Zaryth dan Adik Nur.
ARAS BAWAH
Ruang Utama
Pemandangan dari pintu dapur iaitu ruang utama yang Sha nampak apabila buka pintu villa ini. Yang pastinya villa ini sepenuhnya menggunakan penyaman udara , memang selesa.
Dapur
Dapur yang agak selesa dengan kelengkapan yang hampir lengkap. Disediakan air kosong, pinggan mangkuk, periuk nasi, pemanas air, dapur masak. Memandangkan disini disediakan tempat untuk barbeque jadi kami perlu menyediakan bahan basah sahaja , sementara menanti malam korang jangan risau kerana dapur juga dilengkapi 2 peti sejuk iaitu chiller dan freezer
Meja Pool
Percutian di The Cedar tidak akan bosan dengan adanya aktiviti seperti permainan Snooker yang mana meja pool yang lengkap. Ini sesuai untuk tetamu yang menikmati hiburan di rumah. Para tetamu boleh menikmati penginapan sambil bermain dan juga mengeratkan silaturahim sesama sendiri terutamanya suami Sha yang mengambil peluang belajar dengan kenalan baru yang ada secara tak langsung merapatkan ukhwah yang terbina.
Bilik Mainan Kanak-Kanak
Percutian bersama keluarga Sha dan suami semestinya amat mementingkan keselesaan anak-anak. Apabila meneroka The Cedar At Bidor ini kami sangat lega kerana ada satu bilik mainan khas untuk kanak-kanak, memang seronoklah Abang Zaryth dan Adik Nur main dengan kawan-kawan mereka. Hati ibu ayah pun banyak senang untuk lepaskan diaorang bermain bersama
ARAS ATAS
Ruang ke bilik masing-masing
Bilik Sha dan keluarga
Sangat selesa dengan katil bersaiz king. Lengkap dengan tandas setiap bilik dan penyidai pakaian. Jika korang perlukan tilam tambahan hanya perlu maklumkan pekerja yang menjaga villa ini dan mereka akan bekalkan tilam tambahan
Karaoke Lounge
Ruang tamu di tingkat atas dilengkapi dengan TV LCD, sistem bunyi dan sistem karaoke. Tetamu boleh memilih lagu kegemaran dari pemain karaoke yang disediakan dan yang lain menikmati nyanyian di sofa yang selesa dan empuk. Tapi nasib baik juga encik suami ada bawa cakera keras sendiri, lebih banyak pilihan lagu karaoke melayu untuk dipilih. Sambil menikmati karaoke, ada juga ruang untuk mengopi.
KEMUDAHAN DI BAHAGIAN LUAR THE CEDAR @BIDOR VILLA
Infinity Edge Swimming Pool
Kolam renang infiniti terletak betul-betul di sebelah villa dengan pemandangan hutan dan Sungai Gepai yang menakjubkan. Kolam renang adalah tempat yang ideal untuk berenang secara santai sambil menghargai pemandangan sekitarnya yang indah. Di samping kolam renang terdapat kerusi dan meja kayu, malah ada buai kayu juga paip mandi sebelah kolam. Ruang Makan Bahagian Luar
Meja makan 16 kaki kami yang terletak betul-betul di sebelah kolam renang infiniti dan kolam ikan, ini membolehkan tetamu menikmati hidangan dengan pemandangan kolam renang infiniti dan hutan hujan Malaysia. Meja makan yang boleh menempatkan 16 orang dalam satu masa dengan selesa, sesuai untuk kumpulan besar macam kami.
Kawasan Barbeku
Sumber : Web rasmi The Cedar @ Bidor
Untuk barbeku malam itu kami menyediakan bahan lebih awal selepas daftar masuk. Korang hanya perlu menyediakan bahan masakan manakala tempat, arang telah tersedia di The Cedar Villa ini.
Private Riverfront Beach
Terletak hanya beberapa minit dari villa dengan berjalan kaki . Air sejuk yang mengalir di Sungai Gepai secara semulajadi mewujudkan angin sejuk dan menyegarkan.
Belum ada rezeki suami nak menikmati Air Terjun Gepai yang merupakan antara 10 Air Terjun di Perak dengan air jernih dan sejuk. Walaupun arusnya kecil, air terjun kelihatan padu kerana air itu digerakkan melalui pembukaan sempit di dalam batu. Air terjun ini terletak hanya 5 minit memandu / 15-20 minit perjalanan hutan dari The Cedar Villa. Kalau korang nak tengok lebih boleh tengok video yang kawan-kawan lain kongsikan di youtube.
Maklumat lebih korang boleh tinjau di pautan di bawah :
Harga: Bermula daripada RM1100 semalam
Alamat: Lot 1852, Jalan Paku,
Kampung Chang, 35500
Bidor, Perak
Tel: 012-6839979
E-mel:
[email protected]Laman web: https://www.thecedarbidor.com/
Facebook: https://www.facebook.com/thecedarbidor
Instagram: https://www.instagram.com/thecedarbidor/ Uiiitttt -- berangan nak villa macam ni sebijik...tak apa...berangan tak perlu bayar kan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shalimaryusof.com/2018/12/menikmati-percutian-mewah-dan-damai.html