Pintu masuk Movie Animation Park Studios ( MAPS Ipoh )
Kaunter pembelian tiket di pintu masuk MAPS Ipoh.
Team Hijau warna kegemaran Ibu..
Jika korang tak bawak stroller untuk anak-anak maklumlah ada yang berjalan jauh kadang tak bawak stroller kalau barang lain banyak kan jadi jang risau kerana Maps Ipoh menyediakan stroller kanak-kanak dalam dua 2 saiz
Tok Aba KokotiamTempat yang korang akan cari lepas penat meneroka Maps adalah tempat makan jadi kat sini ada beberapa kafe yang telah disediakan dengan beberapa tema iaitu dengan karakter Tok Aba yang ada di dalam kartun Boboiboy. Selain Kokotiam Tok Aba terdapat juga kafe lain seperti The pitstop Cafe, Starship restaurant Indoor & outdoor, Monkey Business Candy dan La Cremeria Cafe
Center StageSebaik sahaja Sha dan keluarga menapak ke dalam kami disambut dengan persemabahan tarian di Center Stage. Mungkin persembahan disini mengikut jadual dan setiap persembahan adalah berlainan kerana selain tarian korang juga dipersembahan dengan nyanyian juga sorakan.
Astroid AttackAsteroid Attack adalah pelayaran angkasa. Tapi sayangnya Sha tak dapat mencubanya walaupun Abang Zaryth dah mula sporting nak menyertai permainan yang ada ini dsebabkan oleh ketidakcukupan ketinggian Abang Zaryth.
HyperSpinMencari keghairahan? Korang memilih berada di tempat yang betul. Sha sempat menaiki Thrill Rides bersama Abang Zaryth yang mana kanak-kanak setinggi Abang Zaryth lepas masuk itupun dengan mengambil kerusi yang berpasangan dengan penjaga. 
Coliseum Water PlayNampak tak budak-budak berlari ?pancutan air keluar daripada mata-mata patung Rom kuno di Coliseum Water Garden ini. Biarkan anak-anak kecil bertarung dengan air mancur dan mengelak daripada terkena pemancut air yang mengejut. Ia menyeronokkan di bawah sinar matahari, tetapi bermain-main melalui pancutan air.
Fantasy CarouselAntara permainan yang kanak-kanak seumur Abang Zaryth (6 tahun) dan Adik Nur (3tahun) boleh masuk iaitu Fantasy Carousel yang menyediakan replika haiwan yang boleh ditunggang dan berpusing. Jangan risau anak kecil ibu ayah boleh tolong pegangkan dan menjelajah bersama anak-anak
Red BaronBersedia untuk berlepas! Pesawat penjelajah kecil dan ketika anak-anak terbang dan memandu pesawat mereka sendiri di Red Baron. Mereka akan menjadi tinggi dengan gembira kerana mereka bergerak melalui lalu lintas udara dan melambung di langit pada perjalanan menarik ini.
Coral Kingdom"Menyelam" ke dalam Playworld Kingdom of Coral Maps Ipoh yang menenangkan. Biarkan anak-anak bermain-main di celahan batu karang dengan makhluk laut dan teman-teman baru yang mengasyikkan ketika ibu bapa bersantai dan berehat di persisiran sambil memantau anak-anak itu melompat dan bermain ketika bersantai menikmati sejuk bagai angin lalu. 
The Smurfs PartylandComelnya rumah The Smurfs Partyland, tengok tu laju Adik Nur masuk ke dalam ibu panggil pun dah tak dilayannya..huhuhu.. Kanak-kanak seumur Adik Nur 3 tahun ni memang sesuai masuk ke sini tapi perlu pandai menerokai sendiri didalamya kerana anak-anak sahaja boleh masuk
Stunt Legends ArenaSayangnya tak dapat layan sampai malam jadi tak dapatlah Sha menonton dan mendengar ngauman enjin pertunjukan kereta stunt di dalamnya yang mana bermula pada pukul 8.00 malam kerana perlu keluar dan bersiap untuk ke Makan Malam Bersama Team Blogger Pantai Timur di Restoran Chinese Muslim Abdullah yang juga terletak tidak jauh dari Maps Ipoh ini.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |