The Big Bad Wolf Book Sale Miecc The Mines Sediakan 3 5 Juta Buku Pelbagai Genre Dan Diskaun Sehingga 95


THE BIG BAD WOLF BOOK SALE MIECC THE MINES SEDIAKAN 3.5 JUTA BUKU PELBAGAI GENRE DAN DISKAUN SEHINGGA 95% | Assalammualaikum semua! Jualan buku kegemaran kita semua kini kembali dan telah membuka tirai sejak 20 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023 bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC). 
Kali ini, BBW tidak beroperasi selama 24 jam seperti jualan buku mereka di MIECC sebelum ini. BBW akan beroperasi seawal 10 pagi hingga 2 pagi, setiap hari. Jom datang beramai-ramai. 
THE BIG BAD WOLF BOOK SALE MIECC THE MINES SEDIAKAN 3.5 JUTA BUKU PELBAGAI GENRE DAN DISKAUN SEHINGGA 95%

The Big Bad Wolf Book SaleLokasi: Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC)Tarikh: 20 Dis 2022 - 2 Jan 2023Masa: 10 pagi - 2 pagi
Menurut Puan Jacqueline Ng, Pengasas BookXcess dan Pengasas Bersama Big Bad Wolf," Sejak membuka pintu BookXcess pada tahun 2007, BookXcess telah mentakrifkan semula jualan buku di Malaysia dan seterusnya menawarkan rangkaian buku berharga mampu milik yang tiada tandingan. Sama ada daripada novel klasik kepada buku pop-up kanak-kanak kepada tajuk motivasi diri terlaris

Misi kami adalah untuk mencipta, memberi inspirasi dan memperkasakan pembaca serta memupuk tabiat membaca dengan menjadikan buku boleh diakses dan mampu dimiliki oleh semua. Kami adalah ikon industri, bersedia untuk mencipta semula industri buku

Dinamik, kreatif dan inovatif, serta dengan rangkaian kedai adalah inspirasi yang berkembang pesat, kami menyampaikan berjuta-juta buku kepada pembaca di seluruh dunia melalui pengalaman digital dan runcit

Big Bad Wolf Books telah dilancarkan di Kuala Lumpur, Malaysia, pada tahun 2009 melalui hasil cetusan idea pengasas BookXcess, Andrew Yap dan saya. 
Tercetus berdasarkan wawasan kami yang ingin memupuk  tabiat membaca, meningkatkan kefasihan dalam Bahasa Inggeris di seluruh dunia, dan membina generasi pembaca baharu dengan menjadikan buku lebih mudah diakses serta mampu dimiliki oleh SEMUA ORANG

Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, platform ini adalah inisiatif advokasi membaca diperingkat global yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai dari semua peringkat umur menerokai kegembiraan membaca, memberi inspirasi kepada mereka untuk mengejar impian  mereka dan yang paling penting, memperkasakan mereka dengan ilmu untuk merealisasikannya

Sejak penubuhannya, Jualan Buku Big Bad Wolf telah berkembang dengan pesat, ke arah pasaran global dan menjelajah 37 bandar di 15 buah negara, termasuk Malaysia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu dan terbaharu, menerokai benua Afrika – ke Tanzania dan Kenya."
Tahniah pasukan BookXcess dan BBW

PROMOSI MENARIK DI BBWMenawarkan lebih 3.5 juta naskah buku dari pelbagai syarikat penerbitan buku dengan potongan diskaun sehingga 95%! Bukan itu sahaja, dengan tiap pembelian lebih RM 120 akan mendapat satu tote bag bernilai RM 4.90. Ruby tidak bawa bagasi atau bag pada tahun ini. Nasib baik ada dapat bag. Hahahaha. 

Tips untuk anda yang bakal hadir ke BBW seeloknya bawa bagasi, beg troli atau wagon trolley untuk memudahkan anda membeli-belah buku. Tawaran jenis buku dan harga istimewa di BBW tidak akan mengecewakan anda. Pasti ada buku untuk anda sekeluarga. BBW menyediakan bahan bacaan dari usia bayi sehingga dewasa. 
Bahan aktiviti untuk membantu perkembangan bayi juga dijual di sini. Ada puzzle untuk kanak-kanak. Buku latihan ulangkaji sekolah dari prasekolah sehingga SPM. Buku-buku bacaan agama pun ada. Malah lebih interaktif, kualiti kertas buku glossy dan berwarna. Bertambah seronok anak-anak membaca. 

PERADUAN DI BBW
BBW sentiasa meriah dengan harga berbaloi dan peraduan. Tidak BBW kalau tiada peraduan. Peraduan paling dinantikan adalah menang buku satu troli. 


PAPARAN SENARAI HARGA MELALUI ABJAD
Menariknya di BBW kali ini, Ruby lihat senarai harga melalui susunan abjad. Jadi, apabila anda ambil buku dan lihat penanda harga hanya abjad sahaja. Sila rujuk gambar ini


SUASANA DI BBW
Bagi anda yang merindui suasana BBW di MIECC, inilah peluang anda untuk kembali! Ruby pun seperti anda yang sentiasa wow apabila melangkah masuk ke dalam BBW. 

MEMUPUK AMALAN MEMBACA SEBAGAI RUTIN HARIAN

Jujur Ruby katakan sejak mula ke Big Bad Wolf (BBW) pada 2011, Ruby mula menetapkan ia adalah aktiviti tahunan yang disertakan dengan belanjawan untuk membeli-belah. Setiap tahun, bajet kami adalah RM 300. Dari jumlah itu, kami sekeluarga 4 orang boleh dapatkan keperluan bacaan di BBW. Ambil apa sahaja! 
Minat membaca Ruby ada kalanya berubah. Masa muda dulu Novel thriller penyiasatan dan tebal adalah pilihan. Sekarang, Ruby lebih suka baca buku motivasi diri atau quotes dari penulis buku sahaja. Mengharungi kehidupan yang serba mencabar, membuatkan Ruby lebih inginkan sokongan mental dan emosi buat masa ini

Jom ke BBW

BBW | FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/12/the-big-bad-wolf-book-sale-miecc-mines.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Temui Abdul Latip Talib Penulis Novel Sejarah No 1 Malaysia Di Big Bad Wolf Miecc

Jom Temui Abdul Latip Talib Penulis Novel Sejarah No 1 Malaysia Di Big Bad Wolf Miecc

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 207 hits
JOM TEMUI ABDUL LATIP TALIB PENULIS NOVEL SEJARAH NO 1 MALAYSIA DI BIG BAD WOLF MIECC Assalammualaikum semua Ruby berasa teruja pula apabila dapat bersembang santai dengan Penulis Novel Sejarah No 1 Malaysia iaitu Abdul Latip Talib yang leb...
Yayasan Kru Bekerjasama Dengan Big Bad Wolf Books Untuk Program Red Readerhood 2023

Yayasan Kru Bekerjasama Dengan Big Bad Wolf Books Untuk Program Red Readerhood 2023

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 139 hits
YAYASAN KRU BEKERJASAMA DENGAN BIG BAD WOLF BOOKS UNTUK PROGRAM RED READERHOOD 2023 Assalammualaikum semua Pada 22 Disember 2022 baru baru ini bertempat di Mines International Exhibition Convention Centre telah berlangsung pelancaran kerjas...
Avatar The Way Of Water Kaut As 435 Juta Pada Minggu Pembukaan

Avatar The Way Of Water Kaut As 435 Juta Pada Minggu Pembukaan

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 129 hits
Filem sekual yang lama dinanti Avatar The Way of Water menepati ramalan apabila berjaya menguasai pasaran box office global dengan kutipan minggu pembukaan yang cukup memberangsangkan Di pasaran domestik AS filem arahan James Cameron itu be...
Pelbagai Genre Dihasilkan Inilah 10 Filem Box Office Korea Terbaik Bagi Tahun 2022

Pelbagai Genre Dihasilkan Inilah 10 Filem Box Office Korea Terbaik Bagi Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 137 hits
Sebelum berakhirnya tahun 2022 kita telah disajikan dengan pelbagai filem yang menarik dan menjadi perbualan hangat di media sosial ARTIKEL BERKAITAN Nak ketahui filem Korea yang mana telah dominasi carta perfileman Jom KimchiDaily senaraik...
Behind The Anwar Zahid Relationship

Behind The Anwar Zahid Relationship

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 148 hits
Murray Hunter Free Malaysia Today There is more than meets the eye to the relationship between Anwar Ibrahim and Ahmad Zahid Hamidi There has long been suspicion that Anwar the Pakatan Harapan leader and Zahid the Umno president had held se...
They Have To Break The Rules And Win Ugly Pundits Assess England S Disappointing Exit Grabmy

They Have To Break The Rules And Win Ugly Pundits Assess England S Disappointing Exit Grabmy

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 89 hits
More on Stadium Astro http www stadiumastro com LIVE SPORTS UPDATES on Astro https t me stadiumastro STREAM VIA ASTRO GO http onelink to phh42h WATCH ASTRO IN ULTRA HD https product astro com my box Stadium Astro on Social Media
Makeup Ala The Secret Of Angel Ju Kyung Lim

Makeup Ala The Secret Of Angel Ju Kyung Lim

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 98 hits
Dear Shoko s Assalamualaikum semuanya Hai kembali lagi bersama saya si gadis kecil anda yang kiut miut ni Saya dah besar taw Yes yes aku tahu memang aku dah lama tak update diari kehidupan aku ni Tau tau tahun ni umur aku dah masuk 24 tahun...
Eugene Levy S Toronto

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Kaya Raya Bayar Rm17 Juta Secara Tunai Rumah Mewah Jennie Bp Didedahkan

Jangan Pandang Belakang 2

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji

Ringgit Opens Lower Ahead Of Bnm S Opr Release



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users

Sanggup Bawa Asid Dari Johor Ke Kelantan Simbah Rakan

5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Tips Hadapi Anak Anak Tantrum

The Lies And Fraudulent Claims Of Matcvs Proven

Berhenti Menjaja Serangan Bola Sepak