Pelbagai Genre Dihasilkan Inilah 10 Filem Box Office Korea Terbaik Bagi Tahun 2022


Sebelum berakhirnya tahun 2022, kita telah disajikan dengan pelbagai filem yang menarik dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN Top 10 Filem Terbaik Dalam Box Office Domestik Korea Bagi 2021 Nak ketahui filem Korea yang mana telah dominasi carta perfileman?
Jom, KimchiDaily senaraikan 10 filem Box Office di Korea.
1. The Roundup
Filem “The Roundup” ini telah dikeluarkan pada 18 Mei yang lalu. Ianya merupakan sekuel kepada filem “The Outlaws” yang dikeluarkan pada tahun 2017.
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan detektif yang diketuai oleh Ma Seok-do. Mereka diberi tugasan untuk membawa pulang Kang Hae-sang yang telah membunuh pelancong Korea dan melarikan diri ke Vietnam.
Filem bergenre aksi jenayah polis ini mendapat sambutan yang hangat di Korea. Kalau korang nak tahu, filem ini juga mendapat jumlah tontonan sebanyak 12.7 juta dan menjadikan filem ini sebagai filem paling banyak ditonton oleh orang Korea.
2. Alienoid
Kalau sebut je filem Korea, korang mesti teringat filem romantis dan aksi je kan? Ha, filem “Alienoid” ini merupakan filem aksi sains fiksi tau!
Kisahnya bermula ketika zaman dinasti Goryeo dimana semua penganut Tao cuba untuk mengambil pedang misteri. Manakala pada era moden pula, manusia ketika itu menjadi tahanan kepada mahkluk asing. Pada suatu hari, sebuah portal pintu dunia terbuka yang menyebabkan kedua-dua pihak bertembung antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sekarang.
Filem ini dibintangi oleh Kim Woo-bin, Kim Tae-ri, Ryu Joon-yeol, So Ji-sub dan ramai lagi. Filem musim panas ini menduduki di tempat ke-4 dalam carta filem Korea dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 63 ribu dan mendapat kedudukan yang tertinggi sejak ditayangkan pada 20 Julai yang lalu.
3. Hansan: Rising Dragon
Seterusnya, filem “Hansan: Rising Dragon” ini berlatar belakang zaman empayar Korea dimana Laksamana Yi Sun-shin sedang memburu tentera Jepun yang menyerang Korea pada tahun 1592 di sekitar Pulau Hansan.
Untuk pengetahuan korang, filem ini merupakan prekuel kepada filem “The Admiral: Roaring Currents”.
Menurut Majlis Perfileman Korea, filem ini telah menarik lebih 1.63 juta penonton selepas tayangannya pada 27 Julai yang lalu. Selepas 5 hari tayangan, filem ini berjaya berada di kedudukan teratas di Box Office Korea dengan jumlah tontonan yang lebih dari 2.27 juta.
4. Confidential Assignment 2: International
Untuk peminat Hyun-bin, korang mesti tahu tentang filem “Confidential Assignment 2: International” kan? Ha, filem ini juga merupakan sekuel kepada “Confidential Assignment” yang ditayangkan pada 2017.
Filem ini menceritakan tentang seorang detektif dari Korea Utara iaitu Im Chul-ryung yang dihantar ke Korea Selatan bagi misi barunya yang perlu memburu seorang ketua organisasi jenayah Korea Utara bernama Jang Myung-joon. Dia telah dibantu oleh seorang detektif Kang Jin-tae yang merupakan ahli kepada pasukan penyiasat jenayah siber di Korea Selatan. Mereka berdua bergabung dengan seorang ejen F.B.I bernama Jack untuk menyelesaikan kes mereka.
Filem ini juga mendapat sambutan meriah selepas tayangannya pada 7 September tahun ini. Untuk maklumat korang, filem ini meraih sebanyak 6.6 juta penonton sejak ditayangkan.
5. Emergency Declaration
Korang tahu tak, filem “Emergency Declaration” ini pernah membuat tayangan perdananya di Festival Filem Cannes yang ke-74 pada 16 Julai yang lalu sebelum ianya ditayangkan di Korea pada 3 Ogos 2022.
Filem ini berkisarkan tentang seorang juruterbang yang terpaksa membuat pengumuman kepada semua penumpang dan terpaksa untuk melakukan pendaratan dengan segera disebabkan virus yang tersebar di dalam kapal terbang. Malangnya, semua pihak menolak permintaannya dan terpaksa berpatah balik ke Korea untuk mendarat walaupun ada halangan.
Filem ini diterajui oleh pelakon hebat iaitu Lee Byung-hun dan Song Kang-ho. Gempaklah, filem ini buat tayangan perdana dekat Cannes!
6. Broker
Selepas kemenangan filem “Parasite”, kini “Broker” juga menempah nama di peringkat antarabangsa. Filem ini telah tercalon dalam kategori Best Actor dan dimenangi oleh Song Kang-ho di Festival Filem Cannes yang ke-74.
Filem ini mengisahkan tentang 2 orang sukarelawan, Sang-hyeon dan Dong-soo, yang melakukan kerja amal tetapi menjalankan perniagaan haram di sisi lain. Antaranya, penculikan bayi yang tinggal di gereja. Pada suatu hari mereka menculik seorang bayi untuk dijual di pasaran gelap, tetapi ibu bayi itu muncul dan mengikut mereka untuk bertemu ibu bapa baru bayi itu.
Filem ini juga mempunyai jalan cerita yang luar dari jangkaan kita. Ianya merupakan arahan Hirokazu Kore-eda, seorang pengarah dari Jepun yang berkerjasama dengan pelakon dan kru dari Korea. Selepas tayangannya pada 8 Jun yang lalu, filem ini menjadi Box Office di Korea dengan meraih jumlah penonton sebanyak 1.15 juta selepas tayangannya.
7. Decision to Leave
Selain dari filem “Broker”, “Decision to Leave” juga tercalon dan berjaya merangkul anugerah ‘Best Director’ di festival tersebut.
Filem ini menceritakan tentang seorang deketif yang bersemangat wajar bernama Hae-joon. Pada suatu hari, dia diberikan tugasan untuk menyiasat kes pembunuhan luar biasa yang berlaku di sebuah gunung. Ketika melakukan penyiasatan, Hae-joon berjumpa dengan Seo-rae yang merupakan seorang isteri kepada seorang lelaki yang dibunuh dan disebabkan itulah, Hae-joon mula curiga tentang Seo-rae pada saat itu.
Filem bergenre romantik misteri ini membuatkan filem tersebut mendapat nama di peringkat antarabangsa. Filem ini telah ditayangkan pada 29 Jun 2022 dan tahniah atas kemenangan!
8. The Night Owl

Kepada peminat yang suka filem misteri atau thriller, “The Night Owl” merupakan filem yang patut korang tonton.
Filem ini berlatarkan tentang zaman dinasti Joseon sekitar 1392 sehingga 1910. Filem thriller ini mengisahkan tentang seorang ahli akupunktur yang buta hari. Secara kebetulan, dia menyaksikan kematian putera mahkota dan dari situlah lelaki tersebut berjuang untuk membongkar rahsia di sebalik kematian itu. Diterajui oleh pelakon Ryu Jun-yeol dan Yoo Hae-jin sebagai ahli akupunktur dan raja.
Tambahan info untuk korang, filem ini berjaya menarik penonton sebanyak 2.52 juta tontonan bermula dari filem ini ditayangkan di pawagam pada 23 November yang lepas.
9. Seoul Vibe
Selain dari filem yang keluar di panggung wayang, Netflix juga menawarkan filem yang menarik dari Korea. Antaranya, “Seoul Vibe” yang menjadi sebutan orang ramai.
Filem ini mengisahkan tentang kejadian yang berlaku pada tahun 1988 ketika Sukan Olimpik di Seoul sedang berlangsung. Sekumpulan mekanik dan pemandu menyamar untuk membongkar rahsia pengubahan wang haram yang akan menjejaskan acara tersebut.
Filem ini dibarisi oleh pelakon yang hebat seperti Yoo Ah-in, Ko Kyung-pyo, Lee Kyu-hyung, Park Ju-hyun dan Ong Seong-wu.
10. 20th Century Girl
Baru-baru ini, kecoh di semua sosial media platform bercakap pasal filem “20th Century Girl”. Filem yang meninggalkan kesan kepada penonton yang membuatkan mereka semua tidak boleh move on.
Filem ini berlatarkan pada tahun 1999 yang mengisahkan tentang cinta pertama dan persahabatan pelajar sekolah menengah. Dibintangi oleh Kim Yoo-jung, Byeon Woo-seok, Roh Yoon-seo dan Park Jung-woo.
Sejak ditayangkan di Netflix pada 21 Oktober yang lalu, filem ini mendapat jumlah tontonan paling banyak di Netflix Korea dan menduduki tempat ke-6 dalam carta penstriman global Netflix.
Apa macam? Korang mesti rasa nak tengok kan filem-filem yang hebat ni. Kalau dah tengok jangan lupa share feedback okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/pelbagai-genre-dihasilkan-inilah-10-filem-box-office-korea-terbaik-bagi-tahun-2022/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Rekomen Filem Terbaik Indonesia Sepanjang Tahun 2022

12 Rekomen Filem Terbaik Indonesia Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 274 hits
Filem filem Indonesia nampaknya semakin hari semakin berkualiti dan pecah panggung dibuatnya sehingga ada yang memasuki pasaran Malaysia Bungkusss Filem filem Indonesia terbaik 2022 12 KKN Di Desa PenariKKN di Desa Penari diangkat dari kisa...
Avatar The Way Of Water Menjadi Filem Tahun 2022 Paling Pantas Capai As 1 Billion

Avatar The Way Of Water Menjadi Filem Tahun 2022 Paling Pantas Capai As 1 Billion

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 112 hits
Avatar The Way of Water meneruskan prestasi box office yang mengagumkan dengan berjaya melepasi kutipan AS 1 billion Menurut laporan dari Variety filem arahan James Cameron itu menjadi filem terpantas tahun ini yang berjaya mencapai AS 1 Th...
Rpt Tahun 1 Hingga Tahun 5 Semakan Terkini Sesi Persekolahan 2022 2023

Rpt Tahun 1 Hingga Tahun 5 Semakan Terkini Sesi Persekolahan 2022 2023

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 154 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraSeperti yang dijanjikan Cikgu Jumrah akan kongsikan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi sesi persekolahan 2022 2023 untuk Tahun 1 hingga Tahun 5 Awat Tahun 6 takda Ada ceq Jangan risau hari tu Cikgu Jumrah d...
Rancangan Pengajaran Tahunan Tahun 6 Semakan Terkini Sesi 2022 2023

Rancangan Pengajaran Tahunan Tahun 6 Semakan Terkini Sesi 2022 2023

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Apa khabar semua Harap semuanya dalam keadaan yang sihat hendaknya Semoga Covid 19 ini pergi menjauh Baiklah seperti setiap tahun CJ akan kongsikan Rancangan Pengajaran Tahunan untuk semua khususnya untuk...
Sasaran Membaca Buku Tahun 2022 Yang Kecundang

Sasaran Membaca Buku Tahun 2022 Yang Kecundang

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 147 hits
Tahun 2022 merupakan tahun kedua saya merekodkan buku yang dibaca menggunakan aplikasi Goodreads dengan meletakkan sasaran 24 buah buku untuk Reading Challenge 2022 Berikut merupakan ringkasan cabaran membaca saya bagi tahun 2022 20 buku te...
8 Mall Di Selangor Dengan Tema Dekorasi Krismas Tahun 2022

8 Mall Di Selangor Dengan Tema Dekorasi Krismas Tahun 2022

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 231 hits
Musim kemeriahan telah tiba Pusat beli belah kini dihiasi dengan dekorasi Krismas yang cantik dan kreatif Hiasan Krismas di pusat beli belah ini membawa kegembiraan dan akan menyemarakkan semangat perayaan anda Ambil gambar dan OOTD terbaik...
Penghujung Tahun 2022 Harga Beras Di Jakarta Naik Tembus Rp16 000 Per Kg

Penghujung Tahun 2022 Harga Beras Di Jakarta Naik Tembus Rp16 000 Per Kg

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 123 hits
Harga Beras di Jakarta masih terus naik hingga 31 Desember 2022 Komoditas pangan utama tersebut masih dijual di angka tertinggi Rp 16 000 per kg Kenaikan ini tidak lepas dari kondisi cuaca ekstrem berupa hujan lebat yang terjadi hingga akhi...
End Of Year 2022 With Gather With Family Selamat Tahun Baru 2023

End Of Year 2022 With Gather With Family Selamat Tahun Baru 2023

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 212 hits
Salam to all readers End of Year 2022 with Gather with Family Selamat tahun baru 2023 gais Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya Buat pertama kalinya pengakhiran penghujung tahun kami berkumpul satu family beramai ramai sekali den...
Deretan Penghargaan Individu Pemain Terbaik Di Piala Dunia 2022 Ada Messi Hingga Mbappe

Deretan Penghargaan Individu Pemain Terbaik Di Piala Dunia 2022 Ada Messi Hingga Mbappe

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 107 hits
Ini dia penghargaan individu yang diterima para pemain dengan aksi terbaiknya Siapa saja
Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura

Apa Itu Kwsp Akaun 3

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Student Black Shirt Campaign Not Protest Shows Uitm Identity Vc

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found

Man City Lakar Sejarah Raih Gelaran Epl Keempat Berturut Turut

Jalan Jalan Tengok Rumah Contoh Dekat Durian Tunggal 2024

Pet Expo Midvalley 2024