The 14th General Election



Ayat 1-3"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata." (48:1)"Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya)." (48:2)"Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya)." (48:3)Ringkasannya:
Memberi gambaran awal kemenangan yang menanti Nabi Muhammad (saw) untuk memasuki Mekah selepas percubaan pertama gagal dan berakhir dengan perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian Hudaibiyah menegaskan lima perkara asas – 1) gencatan senjata Mekah dengan Madinah selama 10 tahun,  2) jika ada warga Mekah yang menyeberang kawasan Madinah tanpa seizin dari walinya maka akan dikembalikan ke Mekah, 3) jika ada warga Madinah yang menyeberang kawasan Mekah maka tidak diperbolehkan kembali ke Madinah, 4) warga selain dari Mekah dan Madinah, maka warga tersebut bebas untuk memilih Madinah atau Mekah, 5) kaum Muslimin yang menempuh perjalanan ke mekah, namun harus berpulang tanpa menunaikan haji. dan hanya diperbolehkan 3 hari di mekah - yang dipersetujui secara besama antara Muslimin dan Quraisy musyrikin Mekah. Pengenalan awal ayat 1-3 ini diturunkan selepas usaha Nabi (saw) mencapai persetujuan dengan Quraisy Mekah, bermaksud janji kemenangan ini datang setelah usaha Nabi (saw) mencapai persetujuan dalam perjanjian Hudaibiyah.

»»————- ✼ ————-««
Ayat 4-6
"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (48:4)"(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka)." (48:5)"Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (48:6)Ringkasannya:
Situasi awal ketika perjanjian Hudaibiyah dibuat, sebahagian sahabat terutama Umar r.a tidak bersetuju dengan tindakan Nabi yang menerima lima syarat tadi.  (saw). Tetapi kemudiannya telah diberi perasaan tenang (sakinah) dan ketetapan hati atas tindakan Nabi (saw) sebelum itu. Atas sebab mereka menerima dan bersama Nabi (saw), diberi ganjaran syurga kepada yang beriman dan azab kepada munafiq. 


Perasaan sakinah ini khusus untuk Umar r.a yang pada awalnya tidak bersetuju dengan tindakan Nabi (saw). Bahkan diriwayatkan bahawa kerisauan Umar r.a selepas itu ialah beliau takut jika tidak dapat syurga disebabkan perselisihan beliau dengan Nabi (saw) sebelum itu. Ketenangan ini merangkumi 4 perkara menurut Syeikh Wahbah Zuhailiy; 1) dijanjikan syurga, 2) ditutupi segala kesalahan sebelum ini (terutama perselisihan Umar r.a), 3) mendapat kemaafan Allah, 4) musyrik dan munafiq akan diazab.»»————- ✼ ————-««


Ayat 7-9
"Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (48:7)"Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar)." (48:8)"(Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan agamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang." (48:9)
Ringkasannya:Tiga ayat ini memberi penegasan bahawa Allah mengetahui segalanya, dan tentera Allah (malaikat) meliputi langit dan bumi. Rasul adalah utusan rasmi Allah kepada manusia dan hamba yang beriman dan membawa berita kebenaran dan berita peringatan. Sedangkan manusia terbahagi kepada dua; yang taat dan patuh pada suruhan dan perintah Allah (beriman, solih) dan yang melanggar dan mengajak kepada kejahatan (munafiq, musyrik dan kafir). 
Ayat 9 menjelaskan karakter seorang Nabi/Rasul iaitu menguatkan keimanan, mengagungkan Allah, bertasbih, menyeru kebenaran dan pembawa cahaya pagi dan petang, menurut Syeikh Quraish Shihab. Manakala Syeikh Wahbah Zuhailiy menjelaskan ciri ummat dakwah iaitu beriman, menyebar agama, mengagungkan kebenaran, dan bertasbih pagi petang. Dan Syeikh Wahbah menarik perhatian akan peribadi ummat dakwah itu kurang tidur kerana melakukan kerja-kerja dakwah (rujuk surah Sajdah: 16). Dan beliau menegaskan bahawa, untuk mencapai ‘kemenangan’ (al-fath) pasti ada ‘pertolongan’ (al-nasr) dari Allah.
Dalam konteks semasa atau politik contohnya, pemutus perjanjian politik atau isu kenegaraan, akan ditimpa petaka atau diazab seperti yang berlaku kepada Qurisy Mekah. Dan perselisihan dalam urusan politik bersifat ijtihadi (keputusan semasa yang berubah-ubah, bukan ketetapan dari Allah) dan ia natural, seperti tindakan Umar r.a.
Saya juga teringat akan firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 26-27 apabila mentadabbur ayat ke-7 surah al-Fath. Dalam konteks GE14 baru-baru ini, kita juga menyaksikan kejatuhan kerajaan dalam sekelip mata ke pihak pembangkang yang membawa suara keadilan. Sesungguhnya Allah SWT lah yang berkuasa mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa pun yang Dia kehendaki, Dia jugalah tuhan yang menghina dan memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (3:26)"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (3:27) Walaupun pelbagai usaha dan rencana yang dibuat manusia, Allah SWT ialah sebaik-baik perencana. Ayat ini juga dipetik di dalam AQ surah al-Anfaal (8:29).
"They plot and plan and Allah plans too. Little do they know that Allah is the best of planner" (8:29)
»»————- ✼ ————-«« 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jannati-tsaani.blogspot.com/2018/06/surah-al-fath-berkaitan-ge14-part-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips To Deciding The Right Rental For You

Tips To Deciding The Right Rental For You

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 336 hits
Buying a house in Penang is still something that you cannot afford yet With living expenses being so high nowadays you try to minimize all costs as much as possible Therefore you decide to look for and start comparing prices in order score ...
Figure Out The Actual Rental Cost

Figure Out The Actual Rental Cost

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 375 hits
Wanting a place of your own but could not afford to buy your first property in Singapore yet Properties in Singapore along with living expenses are expensive and you cannot afford to get yourself a property in Singapore just yet Therefore y...
Ulasan Filem The Perfection

Ulasan Filem The Perfection

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 401 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Richard ShepardPelakon Allison Williams Logan Browning Steven WeberFilem ni memang macam gam Sekali kau tonton percayalah kau takkan dapat stop sampailah pada akhirnya kau menerima semua twist dan penceritaannya Bo...
Ulasan Filem Rim Of The World

Ulasan Filem Rim Of The World

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 507 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah McGPelakon Jack Gore Miya Cech Benjamin Flores Jr Seriusnya selepas aku mula menonton filem ni hanya kerana aku terpengaruh atas nama pengarah filem ni aku rasa terseksa sangat Rim of the World bunyi tu memang tera...
A Message For The New Igp Improve Career Progress Logistics Support And Intranet Of Pdrm By Abu Bakar Sulaiman

A Message For The New Igp Improve Career Progress Logistics Support And Intranet Of Pdrm By Abu Bakar Sulaiman

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 389 hits
DISCLAIMER I received this via email This is obviously written by a Policeman or it sounds like it It is a list of complaints plus some suggestions There are some contradictions in this comment However I decided to run this piece because it...
Japan Travelogue Visiting Deer At Nara Park And The Old Town Of Gion

Japan Travelogue Visiting Deer At Nara Park And The Old Town Of Gion

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 337 hits
Assalamualaikum Hai Setelah puas food hunting di Dotonbori malam tadi pagi ni kitorang akan check out dari Diamond Hotel dan menuju ke Nara Park serta Gion Maka check out lah kami bersama luggage dan luggage ni kitorang biasa tinggalkan dek...
What Is Meant By The 21st Century

What Is Meant By The 21st Century

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 517 hits
Plz read and comprehend Our generation now Welcome to the 21st Century where sex is free and love is a pocket full of notes where losing your phone is worse than losing your values Where it is fashionable to smoke and drink and if you don t...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun