Thank You Allah Pakai Baju Pink Sambut Kelahiran Anak Pu Amin Timang Anak Keempat
Tahniah diucapkan buat pencetus ummah atau PU Amin yang telah selamat menimang cahaya mata keempatnya semalam.
Menerusi Instagramnya, PU Amin berkongsi khabar gembira itu kepada umum malah amat bersyukur dengan kurniaan rezeki memperoleh zuriat keempatnya yang merupakan seorang puteri.
Melalui hantaran itu, PU Amin turut berkongsi gambarnya sambil memangku puteri keempatnya itu. Malah kata Pu Amin lagi, dia turut mengenakan baju warna merah jambu sempena kelahiran anak perempuannya itu.
“Wanginya bau adik. Bau syurga. Papa pakai baju warna pink tau sebab nak sambut adik. Adik Baby Girl,” tulisnya di kapsyen.
Dalam pada itu, rasa terima kasihnya turut dizahirkan pada isteri tercinta yang menghadiahkan anugerah terindah buat mereka sekeluarga.
“Terima kasih umi, isteri tercinta bertarung nyawa melahirkan puteri kita. Moga Allah balas syurga buat sayang,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada empat orang cahaya mata ini juga turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan perjalanan kelahiran isterinya tidak ketinggalan doa untuk kesejahteraan anak kecilnya itu.
“Terima kasih atas doa doa sahabat semua. Saya juga doakan buat anda yang menanti cahaya mata agar segera mendapat zuriat dan cahaya mata yang diharapkan. Inshaallah Allah makbulkan doa kita semua.
“Pelihara dan lindungi anak ini Ya Allah. Terima kasih atas doa doa baik anda semua. Moga Allah balas baik juga buat anda yang mendoakan. Terima kasih juga buat Dr. @rusinazmi . Thanks you Allah,” kongsinya lagi.
View this post on Instagram
A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)
Terdahulu, melalui entrinya yang terdahulu, PU Amin turut memohon doa agar kelahiran anak keempatnya itu dipermudahkan Allah.
“Mohon doa semua ya. Saya ada teman isteri saya ni. Moga Allah mudahkan urusan nya. Terima kasih atas doa doa yang baik,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)
Tahniah diucapkan dan semoga kehadiran bayi keempatnya ini akan menambah seri dan bercambah rasa bahagia.
Terdahulu, PU Amin mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nur Hazwani Ibrahim. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan dan seorang cahaya mata lelaki.
Menarik: Rezeki Allah Isteri Dah Sarat 8 Bulan, PU Amin Bakal Timang Anak Keempat
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @pencetusummah_amin
The post “Thank You Allah” Pakai Baju ‘Pink’ Sambut Kelahiran Anak, PU Amin Timang Anak Keempat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/thank-you-allah-pakai-baju-pink-sambut-kelahiran-anak-pu-amin-timang-anak-keempat/