Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar


Rundingan Damai: Thailand, Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik, Ekonomi Stabil – Anwar
KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) — Thailand dan Kemboja memilih Malaysia sebagai lokasi rundingan damai kerana keyakinan terhadap kestabilan politik serta kemajuan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sebagai negara sahabat, Malaysia berbangga dapat membantu menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu sekali gus memastikan rantau ini terus aman dan stabil.
“Kita bangga sebagai negara sahabat, kejayaan Malaysia menyelesaikan perang antara dua negara. Bayangkan, mereka setuju di Kuala Lumpur. Kali pertama kita dapat damaikan peperangan dua negara di Kuala Lumpur,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2025 di sini hari ini.
Anwar berkata Menteri Pertahanan Kemboja Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Natthaphon Narkphanit dijangka tiba di Kuala Lumpur esok, bagi mengadakan perbincangan terperinci dalam usaha mencari penyelesaian konflik yang melanda kedua-dua negara itu.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta timbalannya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
Pada 28 Julai, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat berkuat kuasa serta-merta, susulan mesyuarat khas diadakan di Putrajaya yang dipengerusikan Anwar. Pada mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai turut mencapai persetujuan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata itu.
Anwar berkata kejayaan ini telah menjadikan Malaysia dikenali di persada dunia hingga menarik perhatian pemimpin global termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menghubunginya bagi mengucapkan penghargaan atas usaha Kuala Lumpur menyelesaikan konflik tersebut.
Selain itu, Perdana Menteri berkata Malaysia turut mendapat perhatian dan penghargaan daripada pemimpin pelbagai negara termasuk Jerman, Perancis serta kalangan negara Asia lain.
“Pelbagai usaha dilakukan. Saya hubungi Presiden Trump, Presiden China Xi Jinping dan akhirnya kita minta (berunding), kedua-duanya (Thailand dan Kemboja) setuju. Bayangkan mereka bagi kepercayaan kepada kita,” katanya.
BACA: Tentera Thailand, Kemboja Bertempur Di Sempadan
BACA: Sejarah Konflik Thailand-Kemboja, Ini Kronologi & Puncanya Sejak Ratusan Tahun
BACA: Thailand, Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata – PM Anwar
Sumber: BERNAMA
The post Rundingan Damai: Thailand, Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik, Ekonomi Stabil – Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/03/rundingan-damai-thailand-kemboja-pilih-malaysia-kerana-politik-ekonomi-stabil-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Pengerusikan Rundingan Damai Thailand Kemboja Di Putrajaya Hari Ini

Anwar Pengerusikan Rundingan Damai Thailand Kemboja Di Putrajaya Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 163 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan rundingan damai antara Thailand dan Kemboja hari ini susulan konflik yang semakin memuncak di sempadan kedua dua negara Rundingan itu dijadual berlangsung jam 3 petang ...
Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 143 hits
Malaysia menyatakan komitmen untuk membantu menyokong proses damai antara Thailand dan Kemboja secara neutral selaras dengan nilai dan semangat ASEAN Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu dibincangkan dalam...
Anwar Cambodia Thailand Want Malaysia To Continue As Mediator

Anwar Cambodia Thailand Want Malaysia To Continue As Mediator

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 144 hits
PARLIAMENT Prime Minister Anwar Ibrahim said that Thailand and Cambodia would like Malaysia to retain its role as their mediator even after its Asean chairpersonship had lapsed He told the Dewan Rakyat today that he expects negotiations to ...
Pm Anwar Menerima 2 Wakil Dari Kemboja Dan Thailand Untuk Perjanjian Gencatan Senjata

Pm Anwar Menerima 2 Wakil Dari Kemboja Dan Thailand Untuk Perjanjian Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 113 hits
Pagi ini saya menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Nattaphon Narkphanit bersama delegasi masing masing di Perdana Putra Pe...
Kemboja Mohon Bantuan Malaysia Bebaskan 20 Anggota Tentera Ditahan Thailand

Kemboja Mohon Bantuan Malaysia Bebaskan 20 Anggota Tentera Ditahan Thailand

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 132 hits
Kemboja Mohon Bantuan Malaysia Bebaskan 20 Anggota Tentera Ditahan Thailand PHNOM PENH 31 Julai Kemboja meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia yang kini berperanan sebagai penyelaras dan pemerhati pelaksanaan gencatan senjata untuk membe...
Anwar Jadi Perantara Keamanan Thailand Kemboja

Anwar Jadi Perantara Keamanan Thailand Kemboja

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 158 hits
PUTRAJAYA 28 Julai Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan hasil satu mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada Isnin ...
Kejayaan Malaysia Selesai Konflik Thailand Kemboja Bukti Kepimpinan Asean Dihormati

Kejayaan Malaysia Selesai Konflik Thailand Kemboja Bukti Kepimpinan Asean Dihormati

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 157 hits
Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LU...
Thailand Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata Pm Anwar

Thailand Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata Pm Anwar

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 154 hits
Thailand Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata PM Anwar PUTRAJAYA 28 Julai Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan hasil sa...
Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 126 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari ASEAN Ke 58 di Cyberjaya Selangor pada 8 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 8 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian gencatan senjata antara Thailand da...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Drama Rumah Tanpa Luka

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar

Thunderstorm Warning Until 2am For Kl Putrajaya Selangor And 5 Other States