Thailand Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata Pm Anwar


Thailand, Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata – PM Anwar
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) — Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil satu mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada Isnin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja di Kompleks Seri Perdana di sini.
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai menghadiri mesyuarat yang bermula pada pukul 3 petang itu.
Turut hadir ialah Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard Kagan dan Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing, dengan Amerika Syarikat bertindak selaku penganjur bersama manakala China sebagai pemerhati bagi menyokong penyelesaian damai terhadap krisis berkenaan.
“Perdana Menteri Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Phumtham telah menyatakan pendirian dan kesediaan untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta serta memulihkan keadaan kepada sediakala.
“Sebagai Pengerusi ASEAN ketika ini, Malaysia bersedia menyelaras satu pasukan pemerhati bagi mengesahkan dan memastikan pelaksanaan gencatan senjata. “Malaysia juga akan berunding dengan negara anggota ASEAN lain untuk menyertai usaha pemerhatian ini, sebagai mencerminkan komitmen serantau dalam menyokong keamanan di lapangan,” katanya pada sidang media bersama.
Pada sidang media itu, Anwar berkata Kemboja dan Thailand mencapai satu persefahaman bersama termasuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat, berkuat kuasa mulai pukul 24:00 (waktu tempatan) pada 28 Julai.
“Ini merupakan langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan keselamatan,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja akan mengadakan mesyuarat tidak rasmi antara pegawai pemerintah serantau pada pukul 7 pagi 29 Julai, diikuti mesyuarat bersama Atase Pertahanan yang diketuai oleh Pengerusi ASEAN, tertakluk kepada persetujuan bersama.
Thailand dan Kemboja juga bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) pada 4 Ogos dan Kemboja menjadi tuan rumah.
Sementara itu, Anwar berkata kedua-dua negara turut bersetuju menyambung semula komunikasi langsung antara kedua-dua Perdana Menteri, Menteri Luar dan Menteri Pertahanan.
Beliau berkata Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Malaysia, Kemboja dan Thailand telah diarahkan untuk membangunkan mekanisme terperinci bagi pelaksanaan, pengesahan dan pelaporan berhubung gencatan senjata itu.
“Mekanisme ini akan menjadi asas kepada keamanan yang berkekalan dan kebertanggungjawapan,” katanya. Anwar berkata mesyuarat ini turut mengesahkan tekad bersama Malaysia, Kemboja dan Thailand untuk menegakkan prinsip undang-undang antarabangsa, hidup bersama secara aman serta kerjasama pelbagai hala dalam mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap situasi ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menghubungi pemimpin kedua-dua negara bagi menggesa mereka mencari penyelesaian secara aman.
Selain itu, beliau berkata pihak China juga dilaporkan sentiasa berhubung rapat dengan Kemboja, Thailand, Malaysia dan negara berkaitan bagi menggalakkan dialog, gencatan senjata dan pemulihan keamanan secara aktif.
“Kehadiran dan kerjasama semua pihak menunjukkan komitmen bersama terhadap keamanan, dialog dan kestabilan serantau,” katanya.
Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu mempunyai sejarah pertikaian diplomatik berhubung kawasan sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum ditanda sepenuhnya.
Ketegangan antara Thailand dan Kemboja yang sebelum ini terpendam, tercetus sejak 28 Mei susulan pertempuran antara tentera kedua-dua negara di kawasan sempadan yang dipertikaikan berhampiran Preah Vihear, yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.
Pertempuran terbaharu  kemudian tercetus pada 24 Julai, dengan beberapa kejadian pertempuran bersenjata dilaporkan di kawasan sempadan utara Kemboja, menyebabkan korban jiwa di kedua-dua pihak.
BACA: Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah
Sumber: BERNAMA
The post Thailand, Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/28/thailand-kemboja-setuju-untuk-gencatan-senjata-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Pengerusikan Rundingan Damai Thailand Kemboja Di Putrajaya Hari Ini

Anwar Pengerusikan Rundingan Damai Thailand Kemboja Di Putrajaya Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 126 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan rundingan damai antara Thailand dan Kemboja hari ini susulan konflik yang semakin memuncak di sempadan kedua dua negara Rundingan itu dijadual berlangsung jam 3 petang ...
Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 149 hits
BANGKOK Konflik bersenjata antara Thailand dan Kemboja kini memasuki hari ketiga dengan angka korban terus meningkat kepada 33 orang menjadikannya antara pertempuran paling berdarah dalam tempoh lebih 10 tahun Kementerian Pertahanan Kemboja...
As Puji Kepimpinan Pm Anwar Jadi Orang Tengah Rundingan Gencatan Senjata

As Puji Kepimpinan Pm Anwar Jadi Orang Tengah Rundingan Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 88 hits
Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata AS menyambut baik pengumuman gencatan senjata Thailand Kemboja yang diumumkan petang tadi Foto Facebook Marco RubioKUALA LUMPUR 28 Jul Amerika Syarikat memuji kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dala...
Anwar Jadi Perantara Keamanan Thailand Kemboja

Anwar Jadi Perantara Keamanan Thailand Kemboja

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 120 hits
PUTRAJAYA 28 Julai Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan hasil satu mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada Isnin ...
Thailand Kemboja Setuju Undur Tentera Lepas Campur Tangan Malaysia

Thailand Kemboja Setuju Undur Tentera Lepas Campur Tangan Malaysia

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 119 hits
JITRA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju mengundurkan tentera masing masing dari kawasan sempadan yang sebelum ini menyaksikan pertempuran Peranan Malaysia Anwar berkata beliau telah b...
Thailand Ubah Pendirian Pm Kemboja

Thailand Ubah Pendirian Pm Kemboja

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 123 hits
Thailand ubah pendirian PM Kemboja SEBUAH trak tentera Kemboja bergerak di Oddar Meanchey hari ini Foto AFP PHNOM PENH Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menjelaskan bahawa Thailand bersetuju dengan gencatan senjata dengan negaranya lapor po...
Panglima Atm Ketuai Misi Diplomatik Ke Thailand Kemboja

Panglima Atm Ketuai Misi Diplomatik Ke Thailand Kemboja

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 76 hits
Dua negara jiran Asia Tenggara terbabit konflik sempadan itu setuju gencatan senjata susulan rundingan dimediasi Anwar Ibrahim Panglima ATM Jeneral Mohd Nizam Jaffar ketuai delegasi diplomatik ke Thailand dan Kemboja susulan persetujuan gen...
Thailand Cambodia Have Agreed To Ceasefire Anwar Says

Thailand Cambodia Have Agreed To Ceasefire Anwar Says

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 114 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim today said that Thailand and Cambodia had agreed to a ceasefire and to withdraw their troops from the border Anwar said both countries had agreed but requested some time as their troops were already stationed at...
Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

Jersi Terkini Big 6 Premier League Musim 2025 26 Home Away Third Kit

Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

Resipi Ayam Ros Wajib Cuba Mewah Rasa Pedas Manis Wangi

Apa Itu Atkinson Cycle Dalam Enjin Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Mudah Buat Gel Aloe Vera Homemade 100 Semula Jadi

Our New Home 2 Weeks In

Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

Double Meaning Names Work

Psv Pendidikan Seni Visual

Guru Mengaji Dipenjara 6 Tahun 4 Sebatan Serang Seksual Liwat Pelajar