Thailand Kemboja Setuju Hadiri Mesyuarat Menteri Luar Asean Di Kl Minggu Depan Pm Anwar


Thailand, Kemboja Setuju Hadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Di KL Minggu Depan – PM Anwar
PUTRAJAYA, 17 Dis (Bernama) — Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 Disember ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata inisiatif yang diusahakan oleh Malaysia dan ASEAN itu bertujuan mengendurkan ketegangan serta mengelakkan sebarang peningkatan konflik di sepanjang sempadan Thailand – Kemboja.
Menurut Anwar, mesyuarat itu akan membolehkan ASEAN berbincang secara kolektif, menentukan fakta sebenar di lapangan, serta mempergiat usaha memujuk kedua-dua pihak untuk menghentikan serangan di barisan hadapan, bermula dengan gencatan senjata serta-merta.
“Kami merayu kepada mereka supaya menghentikan serangan di barisan hadapan ini dengan segera dan jika boleh, gencatan senjata serta-merta. Mereka kurang senang dengan istilah gencatan senjata kerana ia seolah-olah menunjukkan persetujuan mereka. Jadi, jika anda lihat kenyataan saya, saya menggesa semua pihak untuk mematuhi gencatan senjata ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Rabu dalam sesi taklimat selama sejam bersama ketua-ketua pengarang media tempatan dan antarabangsa mengenai prestasi tahun 2025 dan prospek untuk tahun hadapan.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj.
Anwar berkata Malaysia tidak berada dalam kedudukan untuk mengeluarkan “arahan” kepada menteri-menteri luar, namun pemimpin dan menteri ASEAN sentiasa berhubung rapat melalui penglibatan di pelbagai peringkat.
“Saya tidak memberikan arahan kepada menteri-menteri luar, tetapi kami berkomunikasi hampir setiap hari,” tegas beliau.
Anwar berkata keputusan untuk mengadakan mesyuarat itu menyusul selepas rundingan berterusan dengan Perdana Menteri Thailand dan Kemboja. Beliau turut dimaklumkan mengenai perkembangan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menghubunginya mengenai perkara itu.
“Presiden Trump menghubungi saya dan memberikan maklumat terkini. Saya memberitahu Presiden Trump bahawa adalah penting untuk meyakinkan mereka supaya menghentikan serangan,” katanya.
Beliau berkata walaupun tarikh itu telah dipersetujui lebih awal, kedua-dua Perdana Menteri pada mulanya berhati-hati untuk mengadakan rundingan terlalu awal jika ketegangan di lapangan belum reda, namun kini kedua-dua negara telah bersetuju untuk hadir pada 22 Disember.
“Anda lihat dalam kalangan pihak yang sedang bertelagah, selalunya sukar untuk membawa mereka duduk berbincang. Namun di sini, atas inisiatif Malaysia dan ASEAN, mereka telah bersetuju untuk hadir,” katanya.
Anwar berkata pandangan kolektif menteri-menteri luar ASEAN adalah penting dalam memujuk kedua-dua pihak menghentikan permusuhan sebelum beralih kepada perbincangan mengenai parameter jangka sederhana dan panjang bagi penyelesaian secara aman.
Beliau menambah bahawa Thailand dan Kemboja juga telah bersetuju dengan penempatan Pasukan Pemerhati ASEAN, selain memaklumkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia akan berlepas ke sempadan dalam masa beberapa hari lagi untuk meneruskan libat urus di peringkat ketenteraan.
Anwar berkata penglibatan Malaysia akan diteruskan melalui pelbagai saluran, termasuk komunikasi antara pemimpin, menteri-menteri luar dan panglima angkatan tentera masing-masing.
“Saya kekal optimis dan berhati-hati kerana apabila saya bercakap dengan kedua-dua Perdana Menteri, mereka berhasrat untuk mencapai penyelesaian damai secepat mungkin,” katanya sambil berharap menjelang 22 Disember ini, ASEAN dapat membantu memeterai persefahaman, tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak.
BACA: Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej BACA: Apa Yang Untung Jadi Gen Z, Tapi Kita Gen Terdahulu Tak Pernah Dapat Dari Dulu BACA: Peguam Syarie Nasihatkan Suami Isteri Elak Tulis “I Love You” Dalam Pemindahan Wang Sumber: Bernama
The post Thailand, Kemboja Setuju Hadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Di KL Minggu Depan – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/17/thailand-kemboja-setuju-hadiri-mesyuarat-menteri-luar-asean-di-kl-minggu-depan-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Khas Asean Berkaitan Ketegangan Sempadan Kemboja Thailand Ditangguhkan Pm Anwar

Mesyuarat Khas Asean Berkaitan Ketegangan Sempadan Kemboja Thailand Ditangguhkan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 113 hits
Mesyuarat Khas ASEAN Berkaitan Ketegangan Sempadan Kemboja Thailand Ditangguhkan PM Anwar Kuala Lumpur 15 Dis Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN untuk menilai perkembangan terkini ketegangan sempadan yang berterusan antara Kemboja dan Thaila...
Trump Kata Kemboja Thailand Setuju Hentikan Pertempuran Sempadan Ucap Terima Kasih Kepada Pm Anwar

Trump Kata Kemboja Thailand Setuju Hentikan Pertempuran Sempadan Ucap Terima Kasih Kepada Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 131 hits
Trump Kata Kemboja Thailand Setuju Hentikan Pertempuran Sempadan Ucap Terima Kasih Kepada PM Anwar KUALA LUMPUR 13 Dis Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa Kemboja dan Thailand bersetuju untuk menghentikan perte...
Konflik Thailand Kemboja Pm Anwar Hubungi Perdana Menteri Kedua Dua Negara

Konflik Thailand Kemboja Pm Anwar Hubungi Perdana Menteri Kedua Dua Negara

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 138 hits
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah menghubungi Perdana Menteri Thailand dan Kemboja susulan pergolakan yang berlaku Hubungi perdana menteri kedua dua negara Menerusi hantaran di Facebook Anwar menyatakan tel...
Pm Anwar Gesa Thailand Kemboja Hentikan Konflik Tidak Lakukan Tindakan Ketenteraan

Pm Anwar Gesa Thailand Kemboja Hentikan Konflik Tidak Lakukan Tindakan Ketenteraan

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 116 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan serius Malaysia terhadap ketegangan berterusan di sempadan Kemboja Thailand yang dilihat berpotensi menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau Beliau berkata susulan perbinca...
Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 200 hits
WASHINGTON 13 Dis Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat menerusi media sosial bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan semua tembakan berkuat kuasa petang Jumaat lapor Xinhua Saya mengadakan perbualan ya...
Hun Manet Hargai Peranan Malaysia Dan Anwar Ibrahim Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja

Hun Manet Hargai Peranan Malaysia Dan Anwar Ibrahim Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 137 hits
Phnom Penh 8211 Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menzahirkan penghargaan tinggi terhadap kepimpinan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peranan aktif dan berterusan dalam usaha mencari penyelesaian damai terhad...
Utamakan Peniaga Kecil Dalam Pembangunan Stesen Kereta Api Terutama Di Luar Bandar Pm Anwar

Utamakan Peniaga Kecil Dalam Pembangunan Stesen Kereta Api Terutama Di Luar Bandar Pm Anwar

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 121 hits
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas Johor Bahru di Johor Bahru pada 11 Disember 20...
Ketegangan Sempadan Jejaskan Harapan Kemboja Di Sukan Sea Thailand

Ketegangan Sempadan Jejaskan Harapan Kemboja Di Sukan Sea Thailand

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 181 hits
Ketegangan Sempadan Jejaskan Harapan Kemboja Di Sukan SEA Thailand PHNOM PENH 10 Dis Kemboja menarik diri daripada Sukan Asia Tenggara ke 33 yang sedang berlangsung di Thailand dengan alasan keselamatan dan perlindungan atlet susulan ketega...
Pm Suarakan Kebimbangan Susulan Pertempuran Terbaru Thailand Kemboja

Pm Suarakan Kebimbangan Susulan Pertempuran Terbaru Thailand Kemboja

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 132 hits
PM Suarakan Kebimbangan Susulan Pertempuran Terbaru Thailand Kemboja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan rasa bimbang terhadap pertempuran bersenjata antara pasukan Kemboja dan Thailand di sepanjang sempadan kedua ...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan