Utamakan Peniaga Kecil Dalam Pembangunan Stesen Kereta Api Terutama Di Luar Bandar Pm Anwar


 

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Johor Bahru pada 11 Disember 2025. Foto HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BAHRU, 11 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, setiap fasa pembangunan kawasan rangkaian pengangkutan stesen kereta api terutama di lokasi kecil serta luar bandar perlu diberi keutamaan dari segi penyertaan rakyat termasuk peniaga kecil dan usahawan mikro.
Perdana Menteri berkata, stesen baharu ini bukan sekadar sebuah infrastruktur pengangkutan sebaliknya akan menjadi pusat kegiatan ekonomi baharu yang berpotensi menarik pelaburan tambahan dan perlu memanfaatkan penduduk setempat.
“Kita nak pastikan pusat dan gerai makanan di kawasan ini diperindah, serta perumahan, peluang pekerjaan dan apa-apa sahaja yang memberi manfaat kepada rakyat diperbanyak di sekitar lokasi ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Johor Bahru pada 11 Disember 2025.“Ini kelainan dalam pendekatan Ekonomi MADANI, pembangunan mesti dilonjakkan ke tahap membanggakan tetapi pada masa sama, memerlukan keprihatinan, campur tangan terarah atau hidden hand daripada kerajaan dengan kerjasama sektor swasta termasuk syarikat besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru yang disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Stesen Kempas Baru di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar, Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Johor Bahru pada 11 Disember 2025.Perdana Menteri juga berkata Johor misalnya, yang kini mencatat prestasi ekonomi memberangsangkan dengan pelaburan menghampiri RM100 bilion, perlu memanfaatkan stesen kereta api kecil di seluruh rangkaian.
“Johor sudah bertapak sebagai ekonomi gagah tetapi pendekatan ekonomi kita perlu bawa kepada peningkatan pendapatan rakyat dan pembangunan lebih menyeluruh,” katanya.
Mengenai Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, Anwar berkata beliau bangga dengan penyempurnaan projek itu yang disifatkannya sebagai boleh menjadi model pembangunan negara dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Johor Bahru pada 11 Disember 2025. Foto HRH Crown Prince of Johor“Rangkaian pengangkutan dan jaringan pengangkutan diperlukan untuk membangunkan negara, kita perlukan lapangan terbang, pelabuhan serta lebuh raya… kita hampir lengkapkan prasarana asas dan cabarannya ialah memastikan manfaat itu diperoleh rakyat.
Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru sepanjang 192 kilometer itu membabitkan pembinaan 11 stesen baharu yang direka berteraskan identiti serta warisan negeri Johor meliputi empat daerah utama iaitu Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru dengan stesen terakhir di JB Sentral.
Perdana Menteri juga berkata Kerajaan Persekutuan mengamalkan pendekatan yang lebih inklusif dengan mengambil kira input kerajaan negeri dalam setiap perancangan pembangunan termasuk penyediaan Belanjawan Negara dan Rancangan Malaysia.
Beliau berkata pendekatan kerajaan memberi penekanan kepada proses musyawarah, dengan pimpinan pusat turun ke negeri-negeri untuk mendengar pandangan, cadangan serta isu yang dibangkitkan sebelum sesuatu dasar dimuktamadkan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/utamakan-peniaga-kecil-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nvidia Lancar Perisian Sumber Terbuka Untuk Pembangunan Kereta Pandu Sendiri

Nvidia Lancar Perisian Sumber Terbuka Untuk Pembangunan Kereta Pandu Sendiri

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 120 hits
Nvidia akan menawarkan perisian sumber terbuka baharu khusus untuk pembangunan kereta pandu sendiri Perisian ini yang dikenali sebagai NVIDIA DRIVE Alpamayo R1 adalah model tindakan bahasa visi terbuka pertama di dunia untuk penyelidikan ke...
Iran Dan Turki Akan Membina Pautan Kereta Api Strategik Bernilai 1 6 Bilion

Iran Dan Turki Akan Membina Pautan Kereta Api Strategik Bernilai 1 6 Bilion

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 157 hits
Iran dan Turki telah bersetuju untuk membina sambungan kereta api baru sepanjang 200 kilometer sebagai pintu masuk strategik antara Asia dan Eropah dengan jangkaan siap dalam tempoh tiga hingga empat tahun TEHRAN Iran dan Turki telah mencap...
Beraksilah Dengan Fokus Tenang Dan Penuh Keyakinan Pm Anwar

Beraksilah Dengan Fokus Tenang Dan Penuh Keyakinan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 108 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada atlet Malaysia yang beraksi di Sukan SEA Thailand 2025 di Bangkok pada 9 Disember 2025 KUALA LUMPUR 9 Dis Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapa...
Cabinet Proposal Based On Anwar S Unity Govt Commitments Says Sng

Cabinet Proposal Based On Anwar S Unity Govt Commitments Says Sng

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 96 hits
Political analysts previously poured cold water on the PBM president s proposal for all unity government parties to be represented in the Cabinet PBM president Larry Sng said his party will continue supporting Prime Minister Anwar Ibrahim s...
Has Anwar Lost Touch With Reality On The Ground

Has Anwar Lost Touch With Reality On The Ground

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 95 hits
ANALYSIS On Dec 7 one week after Pakatan Harapan s crushing defeat in the Sabah election Prime Minister Anwar Ibrahim launched his new book at an upscale bookstore in Kuala Lumpur The book titled Rethinking Ourselves Justice Reform and Igno...
Konflik Thailand Kemboja Pm Anwar Hubungi Perdana Menteri Kedua Dua Negara

Konflik Thailand Kemboja Pm Anwar Hubungi Perdana Menteri Kedua Dua Negara

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 111 hits
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah menghubungi Perdana Menteri Thailand dan Kemboja susulan pergolakan yang berlaku Hubungi perdana menteri kedua dua negara Menerusi hantaran di Facebook Anwar menyatakan tel...
Rafizi Saya Bangkitkan Isu Pada Anwar Secara Dalaman Kerana Bersangka Baik

Rafizi Saya Bangkitkan Isu Pada Anwar Secara Dalaman Kerana Bersangka Baik

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 107 hits
Malaysiakini nbsp Bekas menteri Rafizi Ramli menjelaskan bahawa dia telah membangkitkan beberapa kebimbangan secara dalaman semasa berada dalam kabinet menyifatkannya sebagai adab di sesebuah organisasi Dia mengulas peguam kanan Haniff Khat...
Rombakan Kabinet Pm Anwar Telah Fikirkan Individu Sesuai Isi Kekosongan

Rombakan Kabinet Pm Anwar Telah Fikirkan Individu Sesuai Isi Kekosongan

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 93 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pelancaran buku terbaharunya bertajuk Rethinking Ourselves Justice Reform and Ignorance in Postnormal Times di Bukit Jalil pada 7 Disember 2025 KUALA LUMPUR 7 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Hiburan Kim Seri Eina Bakal Dipenjara Di Korea Kakak Ipar Luah Rasa Di Threads Kau Yang Ambil Duit Play Victim Lagi

Najwa Latif Feat Akwa Arifin Tiga Chord

Mampukah Jambatan Melaka Indonesia Direalisasikan Atau Sekadar Projek Gajah Putih Baharu

Majlis Pernikahan Erra Fazira Dan Mr E

Khasiat Petai Yang Ramai Tidak Tahu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Usop Nasi Kerabu Sarap

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Nanjing Niushoushan Cultural Park

Resepi Telur Bungkus Spesial Sedap Dan Mudah

Pokok Air Mata Pengantin

Ketika Akhlak Diuji