Th Tidak Jatuh Ke Tangan Cina Perolehan Bertambah



Kredit: Zulimran Nasution Abdullah Omar
Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) sering dikaitkan dengan dakwaan menjual aset negara dan tak lakukan kerja dengan betul.
Kami pun pernah bantu untuk terangkan berkenaan Tabung Haji ni, sebab kami tak nak lah korang bina pemikiran semata-mata dengan sentimen perkauman, sebab selalunya pembinaan naratif melalui kaedah tu, akan tersasar.
Isu Tabung Haji boleh dikira sebagai salah satu isu besar yang memberi impak terhadap imej Pakatan Harapan sebagai kerajaan ketika tu.
Semalam segala persoalan atau stigma tentang “PH jual Tabung Haji” dah terbatal, Perdana Menteri tebuk atap jawab di Parlimen – Prestasi Tabung Haji untuk setengah tahun pertama adalah RM78 bilion, dengan lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion.
Macam perancangan yang dah dilakukan pada zaman PH, mana-mana aset Tabung Haji yang datangkan kerugian, akan dipindahkan. Inilah yang dikatakan “jual aset TH”, padahal aset yang dipindahkan tu datang kerugian kepada Tabung Haji.
Paling penting, dalam jawapan Perdana Menteri semalam, turut disebut TABUNG HAJI TIDAK DIKUASAI OLEH BUKAN ISLAM.
Walaupun Tabung Haji sering dikatakan telah dikuasai DAP, ia berjaya catatkan keuntungan RM1.3 bilion
Bagi yang tak tahu lagi, Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya catat kesan pemulihan yang baik apabila raih keuntungan sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019. Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) kata, bagi tempoh sama, jumlah asetnya turut meningkat dan melebihi liabiliti pada jumlah RM2.3 bilion.
“Menerusi pakej pemulihan bagi melindungi kepentingan penyumbang dan membantu TH kembali stabil, ia tidak lagi perlu menanggung kerugian aset bernilai RM10 bilion kerana kerugian ini akan ditanggung oleh UJ dan Kerajaan Malaysia.
TH juga tidak perlu lagi menanggung beban dan risiko kerugian berterusan ke atas aset-aset yang telah dipindahkan ini,” – Kenyataan Tabung Haji, seperti yang dilaporkan Sinar Harian
Untuk pengetahuan korang, UJ ni adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Sebab tu orang pernah kata DAP dah kacau Tabung Haji.
Selepas perubahan kerajaan pada 2018, PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dilantik kendalikan kajian semula kedudukan kewangan TH telah dapati pelbagai langkah diambil oleh pentadbiran terdahulu untuk palsukan peningkatan dan memanipulasi keuntungan TH.
Ini termasuk tak rekodkan kerugian rosot nilai aset dan transaksi kewangan yang mencurigakan bagi catatkan keuntungan berganda untuk bayar hibah.
Laporan PwC turut nyatakan bahawa liabiliti-liabiliti TH telah melebihi aset-asetnya dan memerlukan pelaksanaan pelan pemulihan dan penstrukturan semula oleh kerajaan untuk pastikan kesinambungan dana TH.
Oleh sebab tu, pakej pemulihan telah dicadangkan oleh TH dan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang kemudiannya diluluskan oleh Kabinet.
“Pakej ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen pada 10 Disember 2018. Sebagaimana diusulkan dalam pelan pemulihan itu, UJ telah memperoleh aset-aset bernilai RM9.63 bilion daripada TH pada jumlah RM19.9 bilion melalui terbitan 2 siri sukuk dan tunai kepada TH.
Ini bermakna Kerajaan telah membayar sebanyak tambahan RM10.3 bilion untuk memulihkan TH,” – Kenyataan Tabung Haji, seperti yang dilaporkan Sinar Harian
Ohhhh. Macam tu rupanya.
Aset-aset yang dipindahkan kepada UJ tu termasuklah campuran ekuiti tersenarai, 29 hartanah dan satu aset tak tersenarai, termasuk meliputi empat hotel yang beroperasi iaitu:
a) TH Hotel Kota Kinabalu
b) TH Hotel Bayan Lepas
c) TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan
d) TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu.
Tapi, pindahan milik ni tak termasuk hartanah atau aset milikan TH Plantations (yang sahamnya kekal dimiliki oleh TH).
Benda ni untuk pergiat dan tingkatkan prestasi kewangan aset-aset yang diperoleh, UJ jugak dah tubuhkan anak syarikat milik penuh, UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM) bagi meneruskan operasi keempat-empat hotel tu.

Selain Tabung Haji, Khazanah Nasional Bhd turut catatkan keuntungan operasi untuk tahun kewangan 2019 sebanyak RM7.36 bilion, tertinggi dalam sejarahnya, berbanding kerugian operasi RM6.27 bilion pada tahun 2018.
Dana pelaburan strategik kerajaan itu juga mengumumkan dividen sebanyak RM1 bilion untuk tahun 2019.
Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, kata keuntungan operasi tertinggi dalam sejarahnya tu disumbangkan oleh hasil pelupusan yang lebih tinggi dan rosot nilai lebih rendah serta pulangan portfolio lebih mantap.
Katanya, Khazanah dah capai kemajuan ketara dalam pelbagai bidang, termasuklah menjana pulangan sejajar dengan sasaran jangka panjang bagi dana komersil seliaannya. Ia turut mengukuhkan kedudukan kewangannya menerusi pengurangan perbelanjaan operasi (OPEX) dan pembayaran balik hutang.
“Prestasi kami pada tahun 2019 dicapai dalam keadaan persekitaran global yang tidak menentu, yang menyaksikan proses Brexit yang berpanjangan serta perang perdagangan AS-China yang kian sengit. Hal ini menjadi lebih mencabar akibat persekitaran pulangan rendah yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.
Walaupun berhadapan cabaran ini, kami berjaya mencatatkan kemajuan yang ketara dalam memenuhi mandat kami untuk membangunkan kekayaan jangka panjang Malaysia,” – Shahril Ridza Ridzuan, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian
Khazanah turut mengukuhkan kedudukan kewangan diorang hasil daripada perbelanjaan yang dikurangkan sebanyak 28.2 peratus kepada RM484 juta berbanding RM674 juta pada tahun 2018.
Jumlah hutang telah berjaya dikurangkan sebanyak 17.0 peratus kepada RM45.8 bilion daripada RM55.2 bilion pada tahun 2018.

Setelah setahun melaksanakan aktiviti pengimbangan semula portfolionya, Khazanah dah mula catatkan kejayaan awal dalam mempelbagaikan Dana Komersil di bawah mandat barunya.
Diorang berada pada kedudukan yang baik untuk terus meningkatkan aktiviti pelaburannya pada tahun 2020.
Pelan pemulihan memerlukan sedikit masa, dan tindakan yang di luar kebiasaan
Daripada laporan Tabung Haji dan Khazanah ni, ia memperlihatkan sebenarnya strategi Pakatan Harapan untuk pulihkan kedua-dua entiti ni boleh dikatakan berjaya.
Sayangnya, kita kerap termakan dengan tuduhan-tuduhan yang dibungkus dengan perkauman sehingga gagal untuk buat pertimbangan yang betul.
Jadi, lepas ni kalau ada orang yang buat apa-apa dakwaan berkenaan sesiapa pun, korang kena kaji betul-betul. Lebih-lebih lagi kalau tuduhan tu disalut dengan sentiman perkauman atau bangsa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28783

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tikam Pergelangan Tangan Tumbuk Anak Kontraktor Didenda Rm5 Ribu

Tikam Pergelangan Tangan Tumbuk Anak Kontraktor Didenda Rm5 Ribu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 236 hits
Kuala Lumpur Seorang kontraktor didenda RM5 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu menikam pergelangan tangan dan menumbuk muka dua anaknya minggu lepas Majistret Mohamed Fared Ab...
Dapat Lesen Niaga Tanpa Orang Tengah Penjaja Terima Sendiri Dari Tangan Menteri

Dapat Lesen Niaga Tanpa Orang Tengah Penjaja Terima Sendiri Dari Tangan Menteri

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 278 hits
Semestinya para penjaja disekitar ibu kota dapat menarik nafas lega apabila kesempitan mereka dalam kembali memulakan perniagaan dipandang oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa Hal ini susulan daripada tindakan Menteri Wilaya...
77 938 Botol Pensanitasi Tangan Dirampas Kerana Tidak Bernotifikasi Dengan Kkm

77 938 Botol Pensanitasi Tangan Dirampas Kerana Tidak Bernotifikasi Dengan Kkm

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 171 hits
KOTA KINABALU 3 Julai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Sabah merampas sebanyak 77 938 botol pensanitasi tangan pelbagai jenama bernilai RM773 092 kerana tidak bernotifikasi daripada Kementerian K...
Kronologi Tangkap Tangan Bupati Kutai Timur Dan Istri

Kronologi Tangkap Tangan Bupati Kutai Timur Dan Istri

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 1823 hits
KPK menerima infromasi dari masyarakat perihal akan adanya dugaan tindak pidana korupsi Pada Kamis itu KPK membagi dua tim untuk bergerak di kawasan Jakarta dan Sangatta Kutai Timur Kalimantan Timur
2h1m Kampung Cina

2h1m Kampung Cina

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 130 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Lepas dah melantak dengan tawaf pasar payang tadi kami semua pergi bergambar kat Kampung Cina kat sini banyak mural yang lawa celah celah lorongBerpusing pusing kami cari kawasan bergambar panas tu jang...
Viral Dugaan Adanya Seragam Tentara Cina Dicuci Di Kelapa Gading Kok Udah Pada Suuzan Aja Sih

Viral Dugaan Adanya Seragam Tentara Cina Dicuci Di Kelapa Gading Kok Udah Pada Suuzan Aja Sih

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 233 hits
Kalau mau nyebarin info mending disaring saring dulu ya daripada udah bikin heboh tapi nggak tahu kebenarannya Udah tahu juga orang Indonesia banyak yang sensi kalau denger kata Cina
Cina Bantah Jawi Takut Melayu Kembali Zaman Kegemilangan

Cina Bantah Jawi Takut Melayu Kembali Zaman Kegemilangan

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 361 hits
Tulisan Jawi adalah jati diri bangsa Melayu yang mesti dipertahan BANGI Pihak anti Jawi didakwa hanya menggunakan tulisan khazanah kebangsaan itu bagi melariskan produk makanan mereka namun menolak ketika ada usaha menghidupkannya Naib Pres...
Bukit St Paul Tukar Nama Cina Mungkin Ultra Kiasu Senyap

Bukit St Paul Tukar Nama Cina Mungkin Ultra Kiasu Senyap

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 503 hits
Mereka tidak tahu malu jika dilayan bukan boleh dapat undi pun BANGI 28 Zulkaedah 1441H Isnin Kerajaan Melaka tidak perlu takut dengan parti kalah ultra kiasu yang membantah keras pertukaran nama Bukit St Paul kepada nama asalnya Bukit Mela...
Uec Warisan Vernakular Cina Zaman Penjajahan Inggeris

Uec Warisan Vernakular Cina Zaman Penjajahan Inggeris

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 260 hits
BANGI 27 Zulkaedah 1441H Ahad Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Prof Datuk Dr Awang Sariyan meminta semua pejuang bahasa dan pendidikan kebangsaan segera bangkit menolak Sijil Peperiksaan Bersepadu yang bercanggah dengan ...
Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat

Bagaimankah Cara Kira Umur Kucing

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa