Th Serah Lesen 22 Syarikat Pengelola Jemaah Haji Tahun Ini


 
Tabung Haji berkata jemaah haji boleh memilih mana-mana syarikat yang memiliki Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH).KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.
Pengarah Eksekutif TH, Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pemilihan tersebut bagi memastikan syarikat pelancongan tempatan terpilih, memiliki kapasiti teguh, kepakaran dan pengalaman mencukupi serta berwibawa, dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan menjaga kebajikan jemaah haji negara.
Jelasnya, syarikat pelancongan berdaftar boleh memohon untuk menjadi PJH yang berlesen dan dipilih secara tahunan, setelah memenuhi syarat ditetapkan.
Malah katanya, musim haji kali ini terdapat syarikat PJH yang baharu diluluskan lesen bagi memberi lebih banyak pilihan kepada bakal haji.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“TH ingin mengingatkan semua bakal jemaah berhasrat ingin menunaikan haji tahun ini, untuk lebih berhati-hati dan memilih pakej yang disediakan oleh syarikat PJH yang dilesenkan ini sahaja,” katanya dalam kenyataan.
Syed Saleh berkata, bakal haji yang berhasrat ke tanah suci melalui PJH perlu mendaftar dengan syarikat pilihan mereka, selepas menerima surat tawaran menunaikan haji.
Beliau berkata, kesemua wakil syarikat terlibat, telah diberi taklimat mengenai terma dan syarat perkhidmatan pakej musim haji dan orang ramai boleh merujuk kepada laman web rasmi TH di pautan www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di talian 03-62071919, untuk maklumat lanjut.
Syed Saleh berkata, mana-mana individu atau agensi pelancongan yang mengiklankan, menawarkan atau mengelola perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa patuh kepada peraturan Kerajaan Arab Saudi dengan menggunakan Visa Haji dan tidak menggunakan visa pelancongan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/th-serah-lesen-22-syarikat-pengelola.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Travel Agency Memiliki Lesen Pengelola Jemaah Haji 2023

Senarai Travel Agency Memiliki Lesen Pengelola Jemaah Haji 2023

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 360 hits
Senarai syarikat pelancongan yang memiliki Lesen Pengelola Jemaah Haji bagi tahun 2023 Bagi Musim Haji 1444H 2023 sebanyak 22 syarikat pelancongan tempatan dan TH Travel Services Sdn Bhd diberikan Lesen Pengelola Jemaah Haji oleh Lembaga Ta...
23 Senarai Syarikat Pengendali Jemaah Haji Yang Sah Untuk Musim Haji 2023

23 Senarai Syarikat Pengendali Jemaah Haji Yang Sah Untuk Musim Haji 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 735 hits
Tabung Haji baru je keluarkan senarai Pengendali Jemaah Haji untuk musim haji tahun 2023 Jadi hanya syarikat travel ini SAHAJA boleh bawa jemaah haji guna pakaj swasta Biasanya dioarang keluarkan harga pakej selepas keputusan Panggilan Haji...
Golkar Jatim Haji Sebuah Ibadah Jangan Memberatkan Calon Jemaah

Golkar Jatim Haji Sebuah Ibadah Jangan Memberatkan Calon Jemaah

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 154 hits
Wakil Ketua Komisi VI DPR M Sarmuji menolak usulan kenaikan biaya penyelenggaraan ibadah haji senilai Rp69 juta Kenaikan angka itu disebut dapat memberatkan calon jemaah haji
Kuota Haji Aceh Capai 4 393 Orang Prioritaskan Jemaah Lansia

Kuota Haji Aceh Capai 4 393 Orang Prioritaskan Jemaah Lansia

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 174 hits
Kantor Wilayah Kementerian Agama Aceh menyebut sesuai kuota yang telah ditetapkan pemerintah jumlah jemaah haji Aceh pada tahun 2023 sebanyak 4 393 orang
Ong Bersama Dengan Pizza Khas Tahun Baru Cina Dari Pizza Hut

Ong Bersama Dengan Pizza Khas Tahun Baru Cina Dari Pizza Hut

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 473 hits
Pizza Hut telah memperkenalkan dua pizza sempena perayaan Tahun Baru Cina The Ooooooooong Party Box dan Ooooooooog Treasure Box yang menampilkan pizza Cheesy Poppers kedua duanya menarik untuk dijadikan buah tangan dan sesuai dinikmati bers...
Saat Tahun Kelinci Jadi Kucing Di Perayaan Imlek Vietnam

Saat Tahun Kelinci Jadi Kucing Di Perayaan Imlek Vietnam

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 170 hits
Di saat China merayakan Imlek dengan Tahun Kelinci Vietnam justru menyambutnya dengan Tahun Kucing dalam Festival Tet Perayaan ini mirip dengan tradisi Imlek dan sama sama menggunakan perhitungan kalender Tionghoa
10 Maut Dalam Insiden Tembakan Rambang Sempena Tahun Baru Cina

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Rambang Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 311 hits
10 maut dalam insiden tembakan rambang sempena Tahun Baru Cina Dikemas kini 3 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Jan 2023 10 5
Kegembiraan Seisi Keluarga Bertukar Duka Anak 5 Tahun Lemas Di Kolam Air Panas

Kegembiraan Seisi Keluarga Bertukar Duka Anak 5 Tahun Lemas Di Kolam Air Panas

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 353 hits
Seorang kanak kanak perempuan ditemukan lemas dalam salah sebuah kolam air panas ketika beriadah bersama keluarga di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong Baling Kedah kelmarin Ketua Polis Daerah Superintenden Shamsudin Mamat berkata po...
Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Ilmu Azan Hafazan

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Melawat Kebun

Undang Undang Rimba Tarik Kereta Sinar Harian 05 07 2025