Th Perlu Tubuh Pasukan Audit Bebas Ke Atas Operasi Pengendalian Haji Kata Rafizi



Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menubuhkan satu pasukan bebas untuk menjalankan audit menyeluruh ke atas operasi pengendalian haji untuk memastikan tidak ada unsur rasuah, penyelewengan, komisen dan sebagainya
Bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga berkata, Kerajaan harus memberikan fokus berkaitan isu memperbaiki kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) tanpa memberi kesan yang mendalam kepada pendeposit terutamanya kepada golongan miskin
“Ini bagi memastikan kos haji yang dikenakan ke atas setiap jemaah haji adalah kos yang benar; bukan termasuk unsur-unsur keuntungan yang tidak patut dan diwarisi dari pengurusan dahulu
“Audit operasi yang bebas ini bolehlah dijalankan sebagai sebahagian dari proses penstrukturan semula Tabung Haji, seperti yang hendak diumumkan dalam masa terdekat
“Jika proses penstrukturan itu hanya melibatkan penstrukturan korporat (melalui satu SPV, seperti yang dilaporkan) tetapi tidak mengaudit keseluruhan struktur kos pengendalian haji, saya bimbang kepentingan jemaah haji dan pendeposit akan terabai,” ujarnya dalam kenyataan di laman rasminya hari ini
Beliau turut berkata, terdapat beberapa kesan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh pendeposit“Secara undang-undang, Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan dividen. Kesannya besar – yang kurang kaya dan menabung, mereka menunggu lebih lama untuk mencukupkan simpanan untuk ke Mekah, kerana tiada lagi keuntungan atas simpanan mereka. Kesan yang lebih besar ialah apabila penabung yang kaya mengeluarkan simpanan mereka kerana mereka tidak mendapat keuntungan dari menabung di Tabung Haji. Ini akan menyebabkan kedudukan kewangan Tabung Haji makin parah, tidak ubah seperti “ibarat sudah jatuh ditimpa tangga”
“Tabung Haji terpaksa mencatatkan keuntungan dari operasi yang lebih tinggi untuk menutup penyelewengan di masa lalu. Ada dua cara meningkatkan keuntungan – sama ada memotong kos operasi atau menaikkan harga pakej haji,” ujarnya dalam kenyataan di laman rasminya hari ini
Menurut Rafizi lagi, beliau bimbang jika pengurusan Tabung Haji mengambil langkah menaikkan harga pakej haji (sama ada dengan memotong subsidi yang diberikan selama ini, atau betul-betul menaikkan harga pakej)
“Saya faham keadaan kewangan Tabung Haji sekarang dan perkara yang paling mudah ialah menaikkan harga pakej (atau memotong subsidi haji) kerana kerosakan di Tabung Haji adalah disebabkan pentadbiran yang dulu
“Namun, saya suka mengingatkan pengurusan Tabung Haji dan kerajaan Pakatan Harapan bahawa tindakan yang bertanggungjawab mestilah melibatkan penelitian ke atas setiap kos yang terbabit di dalam pengendalian operasi haji
“Apakah tiket penerbangan benar-benar harga yang terbaik? Apakah kos penginapan di Mekah telah dirunding dengan terbaik? dan Apakah semua kos lain yang ditanggung dan dikenakan ke atas jemaah haji memberi nilai terbaik?,” soalnya
Rafizi juga berkata bagi setiap RM1 hutang yang ditanggung Tabung Haji, nilai aset yang ada (dan boleh dilupuskan, jika perlu) untuk membayar hutang-hutang itu hanyalah 80 sen. Maksudnya, Tabung Haji tidak berkemampuan untuk membayar hutang-hutangnya sekarang
“Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Saya telah turun naik mahkamah, masuk lokap menyatakan perkara ini. Ramalan dan unjuran kewangan yang saya pernah terbitkan, ternyata tepat,” ujarnya yang bertanggungjawab mendedahkan penyelewengan berlaku dalam dana pendeposit TH
Beliau merujuk kepada laporan sebuah portal The Edge Market yang melaporkan Kedudukan kewangan Tabung Haji yang semakin parah
Berita penuh https://malaysiadateline.com/th-perlu-tubuh-pasukan-audit-bebas-ke-atas-operasi-pengendalian-haji-kata-rafizi/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://agendsai.blogspot.com/2018/12/th-perlu-tubuh-pasukan-audit-bebas-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Audit Operasi Haji Yang Dikendalikan Tabung Haji Rafizi

Audit Operasi Haji Yang Dikendalikan Tabung Haji Rafizi

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 315 hits
Saya mengikuti dengan dekat laporan mengenai langkah langkah yang sedang diambil untuk memperbaiki kedudukan kewangan Tabung Haji Kedudukan kewangan Tabung Haji nampaknya parah seperti yang dilaporkan oleh The Edge Market semalam Sekarang i...
Pengkhianat Yang Ubah Laporan Audit 1mdb Kata Guan Eng

Pengkhianat Yang Ubah Laporan Audit 1mdb Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 307 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan keputusan kerajaan untuk mendedahkan Jabatan Audit Negara yang mengesahkan bahawa laporan audit akhir mengenai 1Malaysia Development Berhad telah diubah atas perintah Datuk Seri Najib Razak Adala...
Rafizi Saya Sanggup Ke Penjara Kerana Tabung Haji

Rafizi Saya Sanggup Ke Penjara Kerana Tabung Haji

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 325 hits
Rafizi Ramli pemimpin utama yang menyuarakan kepincangan Tabung Haji badan pengurusan ibadah haji umat Islam Malaysia Bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli yang mendedahkan isu Tabung Haji sejak 1 Mac 2015 berkata tindakannya itu membawa dir...
Th Jamin Operasi Ibadat Haji Tahun Hadapan Tidak Terjejas Zukri

Th Jamin Operasi Ibadat Haji Tahun Hadapan Tidak Terjejas Zukri

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 216 hits
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Zukri Samat Foto The Malaysian Insight Tabung Haji terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis berhubung skandal kewangan melanda agensi berkenaan sejak 20...
Tidak Salah Beri Dividen Tabung Haji Kata Azeez

Tidak Salah Beri Dividen Tabung Haji Kata Azeez

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 283 hits
Tidak sampai seminggu selepas tohmahan terhadap pengurusan Tabung Haji yang lepas kononnya menyalahgunakan dana Yayasan TH bagi tujuan politik satu lagi dakwaan dilemparkan Walaupun penjelasan lengkap saya berhubung tohmahan isu Yayasan TH ...
Mujahid Cetus Panik Dedah Skandal Tabung Haji Kata Asyraf Wajdi

Mujahid Cetus Panik Dedah Skandal Tabung Haji Kata Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 296 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyelar tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa mendedahkan Tabung Haji mengalami defisit sebanyak RM4 1 bilion Asyraf berkata kenyataan umum Mujahid itu boleh mencetuskan panik ...
Audit Tabung Haji Bayar Dividen Guna Simpanan Pendeposit

Audit Tabung Haji Bayar Dividen Guna Simpanan Pendeposit

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 393 hits
MALAYSIAKINI Tabung Haji didapati membayar hibah menggunakan simpanan pendeposit menurut semakan kedudukan kewangannya pada 2017 oleh syarikat audit bebas PriceWaterhouseCoopers Bagaimanapun atas kertas TH membuat rundingan untuk memberikan...
Pasukan Bukit Aman Ipk Selangor Buru Dalang Rusuhan Kuil Kata Kpn

Pasukan Bukit Aman Ipk Selangor Buru Dalang Rusuhan Kuil Kata Kpn

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 844 hits
Polis Bukit Aman dan Kontinjen Selangor akan bekerjasama memburu dalang dalam kejadian kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights yang tercetus awal pagi Isnin lepas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata untuk...
Selepas Tabung Haji Kini Satu Lagi Pendedahan Rafizi Dibawa Ke Muka Pengadilan

Selepas Tabung Haji Kini Satu Lagi Pendedahan Rafizi Dibawa Ke Muka Pengadilan

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 311 hits
Minggu lepas FGV memulakan tindakan undang undang untuk mendapatkan kembali jumlah yang diselewengkan bekas CEO dan bekas pengerusinya Ini bersabit pembelian kondominium mewah di Troika Jalan Ampang Saya telah mendedahkan perkara ini lengka...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

What You Should Know About New Construction Plumbing

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Cara Qada Solat Fardhu

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm