Th Jamin Operasi Ibadat Haji Tahun Hadapan Tidak Terjejas Zukri


Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat. – Foto The Malaysian Insight
Tabung Haji (TH) terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis berhubung skandal kewangan melanda agensi berkenaan sejak 2014 lagi kerana perlu meneliti kes itu secara mendalam terlebih dahulu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pihaknya perlu memastikan maklumat penyiasatan sebelum berpuas hati dan membuat laporan polis.
“Kami membuat laporan polis pada 30 November lalu selepas berpuas hati terhadap semua laporan diterima,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.
Zukri berkata demikian pada sidang media Pemulihan Status Kewangan TH Menerusi Special Purpose Vehicle (SPV) atau Syarikat Tujuan Khas di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Risiko, Audit dan Tadbir Urus, Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan Kumpulan TH, Mustakim Mohamad.
TH sebelum ini dilaporkan membuat dua laporan polis terhadap bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta empat pegawai pengurusan kanannya.
Pegawai kanan TH yang dinamakan dalam laporan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) itu ialah Ketua Pegawai Operasi (COO) Datuk Adi Azuan; Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Datuk Rozaida Omar; Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid serta Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.
Laporan pertama membabitkan dana Program Yayasan Tabung Haji 2017, apabila sejumlah RM22 juta dikeluarkan untuk pembiayaan aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik dan bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan Yayasan Tabung Haji (YTH).
Ketika itu, Abdul Azeez, Ismee, Johan, Adi dan Rozaida adalah Pemegang Amanah YTH.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memperkukuhkan skandal kewangan TH apabila mendedahkan hasil siasatan dan audit syarikat juruaudit bebas, PrincewaterhouseCoopers(PwC) mendapati pemberian hibah kepada pendepositnya sejak 2014 dikatakan bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.
PwC mendapati akaun TH diaudit berakhir 31 Disember 2017 merekodkan aset keseluruhan RM70.3 bilion, sedangkan liabiliti ialah RM74.4 bilion, menunjukkan defisit sebanyak RM4.1 bilion.
Ditanya mengenai sama ada TH akan melakukan tindakan undang-undang terhadap Lembaga Pengarah lama, Zukri berkata, hal berkenaan akan diserahkan kepada peguam mereka.
Mengulas mengenai pembayaran dividen, beliau memberi jaminan bahawa ia tidak akan menjejaskan pendeposit dan akan tetap dibayar mengikut keuntungan, namun belum ditentukan lagi.
Mengenai spekulasi pengeluaran secara besar-besar dalam kalangan pendeposit, berhubung pendedahan TH itu, katanya ia tidak berlaku, sebaliknya ada 170 pendeposit membuka akaun baharu dengan TH pada hari ini.
Malah, beliau turut memberi jaminan kepada pendeposit bahawa isu berkenaan tidak akan menjejaskan operasi mengerjakan ibadat Haji tahun hadapan.
Tahun lalu secara purata, ia membabitkan kos RM20,000 seorang.
Pada sidang akhbar itu, Zukri turut memberitahu, penyata kewangan TH diaudit oleh Jabatan Audit Negara, bukannya PwC kerana PwC hanya melakukan ulasan kedudukan kewangan.
“PwC hanya menilai kedudukan kewangan kami selepas diaudit Jabatan Audit Negara,” katanya.
Zukri juga menafikan laporan bahawa pelan pemulihan SPV, disyorkan juruaudit swasta, sebaliknya menegaskan ia adalah langkah yang dimulakan oleh lembaga dan pengurusan TH.
“Pelan itu juga diluluskan dan disahkan oleh kerajaan,” katanya.
KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa
KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir
KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi
DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?
KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.
KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB
The post TH jamin operasi ibadat Haji tahun hadapan tidak terjejas – Zukri appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191031/th-jamin-operasi-ibadat-haji-tahun-hadapan-tidak-terjejas-zukri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecanduan Smartphone Sejak Usia 2 Tahun Balita 4 Tahun Harus Menjalani Operasi Mata

Kecanduan Smartphone Sejak Usia 2 Tahun Balita 4 Tahun Harus Menjalani Operasi Mata

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 282 hits
Kejadian mengerikan harus dialami seorang balita perempuan berusia 4 tahun di Bangkok Thailand Gadis kecil ini harus menjalani operasi mata di usia yang sangat muda karena kebiasaan buruknya bermain ponsel Kronologisnya diceritakan oleh san...
Kementerian Pengangkutan Bakal Laksanakan Proses Pemutihan Bas Sekolah Pada Tahun Hadapan

Kementerian Pengangkutan Bakal Laksanakan Proses Pemutihan Bas Sekolah Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 299 hits
PUCHONG Kementerian Pengangkutan bakal melaksanakan proses pemutihan kepada semua pengusaha bas sekolah yang tidak berdaftar selewat lewatnya pada tahun hadapan Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Foo isu berkenaan bas sekolah ya...
Ini Lagu Blackpink Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Konsert Tahun Hadapan

Ini Lagu Blackpink Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Konsert Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 368 hits
Selepas berjaya mengadakan konsert KPOP yang menampilkan dua kumpulan lelaki iaitu Winner dan iKON kini Macpiepro dengan bangganya mengumumlan kumpulan KPOP popular BLACKPINK yang bernaung di bawah YG Entertainment bakal menemui peminat mer...
Th Perlu Tubuh Pasukan Audit Bebas Ke Atas Operasi Pengendalian Haji Kata Rafizi

Th Perlu Tubuh Pasukan Audit Bebas Ke Atas Operasi Pengendalian Haji Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 337 hits
Lembaga Tabung Haji perlu menubuhkan satu pasukan bebas untuk menjalankan audit menyeluruh ke atas operasi pengendalian haji untuk memastikan tidak ada unsur rasuah penyelewengan komisen dan sebagainya Bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli j...
Menteri Jonan Jamin Ketersediaan Bbm Di Tol Trans Jawa Saat Libur Natal Tahun Baru

Menteri Jonan Jamin Ketersediaan Bbm Di Tol Trans Jawa Saat Libur Natal Tahun Baru

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 268 hits
Kementerian Energi Sumber Daya Mineral menjamin ketersediaan Bahan Bakar Minyak di area jalan tol Trans Jawa dan tempat tujuan wisata saat libur Natal dan Tahun Baru
Audit Operasi Haji Yang Dikendalikan Tabung Haji Rafizi

Audit Operasi Haji Yang Dikendalikan Tabung Haji Rafizi

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 350 hits
Saya mengikuti dengan dekat laporan mengenai langkah langkah yang sedang diambil untuk memperbaiki kedudukan kewangan Tabung Haji Kedudukan kewangan Tabung Haji nampaknya parah seperti yang dilaporkan oleh The Edge Market semalam Sekarang i...
Tiada Peningkatan Dalam Pengeluaran Tabung Haji Zukri

Tiada Peningkatan Dalam Pengeluaran Tabung Haji Zukri

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 291 hits
Tarikh kemaskini 12 12 2018 KUALA LUMPUR 11 Dis Tiada peningkatan mendadak dalam pengeluaran wang daripada Tabung Haji susulan pelaksanaan pelan pemulihan dan penstrukturan semula organisasi kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai E...
Xiaomi Bakal Lancarkan Peranti Mi Mix 3 Dengan Sokongan 5g Pada Tahun Hadapan

Xiaomi Bakal Lancarkan Peranti Mi Mix 3 Dengan Sokongan 5g Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 248 hits
Sejak sistem cip Snapdragon 855 dilancarkan secara rasmi beberapa hari lepas para pengeluar dilihat berpusu pusu mengumumkan peranti yang akan menggunakan sistem cip tersebut Terbaru Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalka...
Jelang Tahun Politik Wali Kota Jamin Kondusifitas Kota Solo

Jelang Tahun Politik Wali Kota Jamin Kondusifitas Kota Solo

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 227 hits
Kota Solo yang sering mendapatkan julukan sebagai kota yang bersumbu pendek dan mempunyai potensi besar akan timbulnya konflik Namun predikat sumbu pendek di tahun politik 2019 tersebut ditepis oleh Wali Kota FX Hadi Rudyatmo Pria berkumis ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi