Tetraphobia Ketakutan Terhadap Nombor 4
Fenomena ketakutan terhadap nombor empat sememangnya begitu diketahui ramai kerana ia dipercayai secara meluas oleh masyarakat Cina, Jepun, dan Korea. Lantaran itu, fobia ini diberikan nama khas yang tersendiri, Tetraphobia.
Sebab itu, jika kita melihat di dalam bangunan tinggi seperti kompleks, pejabat, hotel, kondominum, kebiasaan di tingkat 4, 14, 24 dan lainnya akan diganti dengan 3A, 13A, dan 23A.
Dipercayai bahawa, ini adalah untuk mengelak nasib malang dari konotasi angka tersebut, tetapi walaupun ditukar kepada angka 3A, realitinya tetap berada di tingkat 4.
Ada Apa Dengan Angka 4?
Di dalam kepercayaan masyarakat cina, mereka memiliki kepercayaan kepada kata-kata membawa doa.
Dari hal itu muncul kepercayaan bagi setiap perkataan yang sebutannya mirip dengan sesuatu nama kepada benda baik maka ia juga akan dianggap baik dan begitu juga sebaliknya.
Sebagai contoh, perkataan buku di dalam bahasa cina disebut Shū (书) yang juga dekat dengan perkataan kalah yang disebut Shu (输).
Oleh kerana perkataan buku Shū itu memiliki konotasi yang hampir sama dengan perkataan kalah, maka timbul kepercayaan yang setiap kali pertandingan tidak boleh membawa buku kerana ia akan membawa kekalahan.
Begitu juga ketika berjudi, mereka pantang ada buku kerana menganggap ia akan mengundang kekalahan.
Konsep ini secara mudahnya diistilahkan seperti 'bertawasul' kepada nama benda, bukan kepada inti benda itu tetapi oleh kerana namanya memiliki hampir sama dengan maksud-maksud tertentu yang mereka kehendaki. Jika konotasi itu berbunyi dekat dengan perkataan baik maka ia dianggap tuah.
Hal ini berlaku antaranya disebabkan masyarakat cina memiliki penyebutan perkataan yang hampir dekat diantara satu sama lain.
Di atas sebutan pinyin, satu-satu perkataan jika intonasinya berbeza maka ia boleh berubah kepada maksud lain walau bunyinya hampir sama.
Perkara ini tidak berlaku di dalam bahasa Melayu dan Inggeris kerana konotasi perkataan bagi setiap sesuatu benda itu memiliki sebutan yang agak berbeza dan kaya penyebutannya.
Angka 4 Mati!
Secara asasnya masyarakat Cina amat mengambil berat mengenai angka kerana bagi mereka angka memiliki elemen positif dan negatif bergantung kepada nama angka tersebut. Hal ini tergolong dalam ketegori membawa tuah dan nasib.
Mereka mempercayai bahawa setiap angka memiliki maksud tersendiri kecuali angka 1 yang tidak memiliki apa-apa penafsiran.
Dalam banyak-banyak angka, satu-satunya angka yang dianggap negatif adalah nombor 4, kerana mereka mempercayai bahawa 4 adalah angka yang membawa sial dan memiliki elemen yang negatif.
Ini kerana mereka mempercayai bahawa angka sì (四)=4 mempunyai bunyi yang sama dengan 死 (sǐ) yang membawa maksud mati.
Nombor empat telah menjadi nombor malang bagi budaya orang Cina, Jepun, Korea dan Viatnam.
Berlainan pula dengan angka bā (八)= 8 yang mempunyai bunyi yang sama dengan (fā) yang membawa maksud kemewahan.
Dalam dialek kantonis pula, bunyi bā disebut sebagai 'baat' dan sama bunyinya dengan 'faat' yang bermakna masa depan yang cerah.
Kesimpulan
Namun begitu, dalam Islam tidak ada kepercayaan kepada angka yang dianggap boleh membawa sial.
Wallahu a'lam.
BACA INI JUGA:
Misteri Menyeramkan Legenda Tingkat 13!Costis Mistotakis, Lelaki Malang Yang Terlepas Peluang Menjadi Jutawan
sumber: fakirilmu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sentiasapanas.com/2020/06/tetraphobia-ketakutan-kepada-nombor-4.html