Respons Terhadap Penjana




Saya menyambut baik inisiatif kerajaan kini dalam memastikan ekonomi negara terjaga dalam keadaan pandemik ini. Ini kerana memastikan kestabilan ekonomi adalah tugas hakiki mana-mana kerajaan samada dipilih secara rasmi oleh rakyat melalui pilihanraya ataupun dengan membawa lari mandat rakyat.

Namun adalah lebih elok sekiranya pihak kerajaan kini memanfaatkan sistem parlimen sedia ada untuk berbahas terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan terutama perkara yang melibatkan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan persekutuan yang dikatakan memakan RM 15 billion suntikan fiskal daripada kerajaan. Ini adalah duit pembayar cukai dan duit rakyat yang seharusnya disemak imbang oleh pembangkang untuk mendapat keputusan yang lebih baik untuk rakyat. Penambahan dana ini juga secara langsung meningkatkan lagi nilai defisit kerajaan yang kini sudah bernilai RM111.7 bilion atau 6.9% dari KDNK.

1. Slogan “no one left behind” yang dilaungkan oleh YAB perdana menteri dahulu tidak lagi terlihat di dalam PENJANA ini. Sepertinya golongan peniaga kecil seperti Makcik Kiah tidak mendapat manfaat terhadap pakej rangsangan ini. Golongan peniaga kecil ini tidaklah tergolong di dalam Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dek kerana mereka adalah di dalam kategori “informal sector” di dalam ekonomi. Makcik Kiah hanya perlu bertahan dengan pemberian Bantuan Prihatin Nasional yang tidak lagi mencukupi untuk menghadapi masa mendatang. Sudahlah mereka sudah tutup gerai sejak bulan Mac, malah tiada lagi bantuan tambahan bagi golongan kecil seperti ini. Kini mereka perlu bermula dari bawah untuk meneruskan kehidupan apabila gerai kecil baru sahaja dibenarkan untuk berniaga.

2. Pakej internet percuma 1GB sehari yang diberikan tidaklah mencukupi untuk digunakan oleh pelajar yang hadir daripada keluarga miskin terutamanya. Laporan yang dibuat oleh WhitstleOut menunjukkan bahawa satu jam sesi panggilan video berkumpulan memakan data sebanyak 810MB sejam. Ini sudahpun memakan 80% daripada data percuma yang diberikan. Bagaimana sekiranya satu pelajar mempunyai tiga kelas yang memakan sekurang-kurangnya 3 jam sesi panggilan video? Ini telahpun memakan data sehingga 2.4GB sehari. Mereka ini tidak mampu untuk membeli data tambahan internet bagi menampung penggunaan pendidikan. Adakah kerajaan hanya mahu membiarkan jurang pendidikan melebar dan mereka ini adalah mangsa penipuan slogan “no one left behind”. Kerajaan seharusnya memberi akses tidak terhad terhadap aplikasi panggilan video bukan hanya kepada laman sesawang kerajaan dan aplikasi-aplikasi kerajaan.

3. Insentif sektor hartanah yang diperkenalkan juga tidak membantu untuk golongan-golongan peniaga kecil dan golongan B40. Ini hanya akan menguntungkan syarikat hartanah dan golongan-golongan kaya. Dengan menarik semula had pembiayaan 70% bagi rumah ketiga berharga RM600 ribu ke atas, ini hanya akan meningkatkan lagi jurang pemilikan rumah antara golongan kaya dan B40. Mereka yang berkemampuan kini menambah lagi unit rumah ketiga dek kerana pengenalan polisi ini. Rakyat yang miskin hanya mampu melihat dan terus menyewa seumur hidup. Adalah lebih elok sekiranya perumahan mewah dibiarkan saja harganya berubah mengikut pasaran bebas. Kerajaan patut memfokuskan untuk memberikan bantuan untuk rumah mampu milik agar lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah sendiri.

4. Sepertinya kerajaan PN meneruskan inisiatif kerajaan PH dengan memberikan e-dompet bernilai RM50. Walaupun dahulu usaha yang sama dilakukan oleh kerajaan PH ditentang dengan fitnah-fitnah seperti akan berlakunya ketirisan data, akhirnya pemberian wang secara digital diperakui sendiri oleh kerajaan PN bahawa inisiatif ini adalah inisiatif yang bagus untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai. Inisiatif ini juga dapat mengelakkan persentuhan antara pelanggan dan juruwang yang secara tidak langsung mengurangkan risiko penyebaran virus COVID-19.

Akhir kata, PENJANA ini tidak dinafikan dapat membantu merancakkan ekonomi dengan insentif-insentif dan subsidi tertentu. Tetapi adalah lebih elok sekiranya perkara ini dapat dibahaskan dan mendapatkan input penambahbaikan dari semua ahli parlimen. Kekurangan utama PENJANA adalah dari sudut menyelesaikan masalah jurang ekonomi dan jurang sosial rakyat.

YB Dato’ Wira Amiruddin Hamzah
Kubang Pasu,Kedah
14 JUN 2020

#SelamatkanBersatu
#KekalBerprinsip
#KembalikanMandatRakyat





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/respons-terhadap-penjana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjana Bukti Keprihatinan Kerajaan Terhadap Golongan Oku Ibu Tunggal

Penjana Bukti Keprihatinan Kerajaan Terhadap Golongan Oku Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 501 hits
Bantuan sosial menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara bagi golongan orang kurang upaya dan ibu tunggal merupakan bukti keprihatinan pihak kerajaan terhadap golongan mudah terjejas itu menurut sebuah persatuan OKU Bantuan sosial itu difok...
Anwar Penjana Patut Bentang Di Parlimen Ikut Amalan Demokrasi

Anwar Penjana Patut Bentang Di Parlimen Ikut Amalan Demokrasi

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 292 hits
SHAH ALAM 7 JUN Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang diumumkan perdana menteri kelmarin seharusnya dibentang di Parlimen kata presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai negara demokrasi langkah jangka pendek yang seakan aka...
Bantuan Pakej Prihatin Diteruskan Sejajar Penjana Tengku Zafrul

Bantuan Pakej Prihatin Diteruskan Sejajar Penjana Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 401 hits
Bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat akan berterusan sejajar dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata terdapat beberapa bantuan di bawah PRIHATIN y...
Pakej Penjana Tak Bawa Ke Parlimen Boleh Diseleweng

Pakej Penjana Tak Bawa Ke Parlimen Boleh Diseleweng

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 355 hits
Pakej ransangan kali ketiga yang dibentang oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyididn Yassin terus mendapat kritikan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pakej ransangan bernilai berbilion ringgit yang diumumkan beberapa hari ...
Data 1gb Percuma Penjana Tidak Boleh Digunakan Pada 40 Aplikasi Aplikasi Ini

Data 1gb Percuma Penjana Tidak Boleh Digunakan Pada 40 Aplikasi Aplikasi Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 388 hits
Jumaat lalu kerajaan mengumumkan pelan data 1GB percuma setiap hari dari 10 Jun sehingga 31 Disember bagi tujuan pembelajaran dan produktiviti di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Tidak seperti data percuma 1GB yang diberikan ketika te...
Penjana Bersama Menjana Ekonomi Jun Dec 2020

Penjana Bersama Menjana Ekonomi Jun Dec 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 613 hits
Antara inisiatif PENJANA yang bernilai RM35 bilion istimewa untuk rakyat 1 Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion yang dilanjutkan selama 3 bulan lagi 2 Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1 5 bilion termasuk insentif bagi me...
Pkr Mp Does Pm Have Backing Of Mps To Spend Well Meaning Penjana Package

Pkr Mp Does Pm Have Backing Of Mps To Spend Well Meaning Penjana Package

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 273 hits
PKR MP Hassan Abdul Karim is questioning if the government under Prime Minister Muhyiddin Yassin has the legitimacy to spend RM295 billion allocated in various Covid 19 economic packages without Parliament s approval He said this was as Muh...
Penjana Bantuan Sosial Ibu Tunggal Dan Oku

Penjana Bantuan Sosial Ibu Tunggal Dan Oku

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 420 hits
The post appeared first on PENJANA Bantuan Sosial Ibu Tunggal Dan OKU Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif dalam Pelan PENJANA bagi menjana semula sektor ekonomi Malaysia Lebih Info akan kongsikan maklumat berkenaan PENJANA Bantuan...
Daftar Ibu Tunggal Jkm Jpw Iwanita Untuk Bantuan Penjana Tunggal Rm300

Daftar Ibu Tunggal Jkm Jpw Iwanita Untuk Bantuan Penjana Tunggal Rm300

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 1461 hits
DAFTAR IBU TUNGGAL JKM JPW IWANITA UNTUK BANTUAN PENJANA TUNGGAL RM300 Sebelum anda layak menerima anda perlu memastikan nama anda telah berdaftar sebagai ibu tunggal BANTUAN PENJANA IBU TUNGGAL RM300 Berdasarkan pengumuman kerajaan dalam P...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah