Penjana Bukti Keprihatinan Kerajaan Terhadap Golongan Oku Ibu Tunggal


Bantuan sosial menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal merupakan bukti keprihatinan pihak kerajaan terhadap golongan mudah terjejas itu, menurut sebuah persatuan OKU.

Bantuan sosial itu difokuskan bagi membantu lebih 300,000 ibu tunggal dan golongan OKU dengan pemberian RM300 secara 'one-off' atau sekali sahaja kepada mereka.

Presiden Persatuan Damai Orang Kurang Upaya (OKU), V. Murugeswaran berkata bantuan itu menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan golongan OKU dan ibu tunggal yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

"Bantuan daripada kerajaan ini sangat dialu-alukan bagi mengurangkan beban golongan OKU di waktu pandemik ini, tindakan ini sangat digalakkan.





"Semua lapisan masyarakat terjejas pada waktu ini dan golongan OKU juga tidak terlepas (terkecuali) daripada menerima bantuan-bantuan khas yang diberikan oleh pihak kerajaan," katanya kepada Bernama, pada Sabtu.

Selain itu bagi meluaskan bantuan terhadap para OKU di negara ini, Murugeswaran mencadangkan supaya kerajaan memasukkan golongan pemegang kad OKU yang layak sebagai penerima bantuan itu.

Katanya walaupun bantuan sosial itu memberi keutamaan kepada OKU yang berpendapatan rendah (B40), namun pada waktu ini ramai golongan OKU lain yang turut terjejas dari segi pendapatan.

Justeru, beliau meminta jasa baik kerajaan untuk membuat satu sistem secara dalam talian bagi membolehkan semua pemegang kad OKU memohon bantuan RM300 itu menggunakan nombor OKU masing-masing.

"Dalam nombor OKU ada pelbagai maklumat berkenaan perkerjaan, dan pendapatan seseorang, dan kerajaan boleh menilai siapa layak dan siapa tidak layak untuk dapat bantuan," katanya.

Pengerusi Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM) Nor Aini Juffery mencadangkan supaya kerajaan memaklumkan agensi-agensi berkaitan tentang tatacara dan kaedah pengagihan peruntukan khas tersebut.

Beliau berkata perkara itu perlu bagi memudahkan persatuan seperti MPITM untuk berkongsi maklumat dengan ibu tunggal yang ingin memohon bantuan berkenaan.

Nor Aini berkata bantuan sosial itu sangat diperlukan oleh golongan ibu tunggal terutamanya pada waktu PKP, dan ramai yang teruja mendengar pengumuman berita tentang bantuan khas yang ditujukan kepada ibu tunggal.

Di bawah PENJANA yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lepas, seramai 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan 'one-off' sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban golongan tersebut mendepani PKP.

Bayaran berkenaan akan disalurkan kepada golongan penerima itu sebelum Aidiladha.

-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/penjana-bukti-keprihatinan-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjana Bantuan Sosial Ibu Tunggal Dan Oku

Penjana Bantuan Sosial Ibu Tunggal Dan Oku

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 408 hits
The post appeared first on PENJANA Bantuan Sosial Ibu Tunggal Dan OKU Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif dalam Pelan PENJANA bagi menjana semula sektor ekonomi Malaysia Lebih Info akan kongsikan maklumat berkenaan PENJANA Bantuan...
Pm Umum Ibu Tunggal Golongan Oku Terima One Off Rm300

Pm Umum Ibu Tunggal Golongan Oku Terima One Off Rm300

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 316 hits
Berita baik kepada golongan orang kurang upaya dan ibu tunggal Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan sekali beri atau one off sebanyak RM300 bagi meringankan beban golongan OKU dan ibu tunggal berdepan impak COVID 19 ...
Bantuan Rm300 Kepada Golongan Oku Ibu Tunggal

Bantuan Rm300 Kepada Golongan Oku Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 644 hits
BANTUAN RM300 KEPADA GOLONGAN OKU IBU TUNGGAL Kerajaan juga sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasar seperti OKU dan ibu tunggal Sehubungan itu lebih 300 000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah layak...
Cara Mohon Bantuan Kerajaan Rm300 Untuk Ibu Tunggal Dan Oku

Cara Mohon Bantuan Kerajaan Rm300 Untuk Ibu Tunggal Dan Oku

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 1356 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera 190 000 ribu golongan orang kurang upaya dan 150 000 ibu tunggal yang disenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat akan terima bantuan sebanyak RM300 Kerajaan akan memberikan bantuan sekali sebanyak RM...
Penjana Bukti Keprihatinan Kerajaan Status Pkpb Masih Jadi Tanda Tanya

Penjana Bukti Keprihatinan Kerajaan Status Pkpb Masih Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang bakal memanfaatkan rakyat keseluruhannya menjadi bukti keprihatinan kerajaan namun orang ramai masih tertanya tanya mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sama ada akan dilan...
Semak Cara Permohonan Bantuan Jkm Bagi Ibu Tunggal Kanak Kanak Warga Emas Dan Oku

Semak Cara Permohonan Bantuan Jkm Bagi Ibu Tunggal Kanak Kanak Warga Emas Dan Oku

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 689 hits
Semak Cara permohonan Bantuan JKM bagi Ibu Tunggal Kanak kanak Warga emas dan OKU Bagaimana anda boleh membuat permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi Ibu Tunggal Warga Emas kanak kanak dan OKU Panduan ini dibuat untuk rakyat Malays...
Daftar Ibu Tunggal Jkm Jpw Iwanita Untuk Bantuan Penjana Tunggal Rm300

Daftar Ibu Tunggal Jkm Jpw Iwanita Untuk Bantuan Penjana Tunggal Rm300

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 1451 hits
DAFTAR IBU TUNGGAL JKM JPW IWANITA UNTUK BANTUAN PENJANA TUNGGAL RM300 Sebelum anda layak menerima anda perlu memastikan nama anda telah berdaftar sebagai ibu tunggal BANTUAN PENJANA IBU TUNGGAL RM300 Berdasarkan pengumuman kerajaan dalam P...
Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal Rm300 Penjana

Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal Rm300 Penjana

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 598 hits
Bg para ibu tunggal di Malaysia anda kini blh memohon Bantuan Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara online Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pd 5 Jun yg lalu telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi jangka pendek yg dipanggil Pelan Jan...
Lebih 300 000 Oku Ibu Tunggal Terima Bantuan Rm300

Lebih 300 000 Oku Ibu Tunggal Terima Bantuan Rm300

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 553 hits
Lebih 300 000 golongan orang kurang upaya dan ibu tunggal yang disenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menerima bantuan one off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka dalam keadaan mencabar ketika negara berdepan wabak C...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization