Tetapkan Tarikh Serah Kuasa Dan Krisis Akan Selesai




Sama ada memang dirancang atau hanya kebetulan, semakin hari krisis yang berlaku dalam PKR ternampak lebih mempunyai satu tujuan – menggagalkan Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad.Tetapi, jika diimbas detik awal sejak PH menang PRU14 lalu di mana Azmin Ali terus dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, suatu jawatan kanan dalam kabinet walaupun namanya tidak pernah dicalonkan oleh PKR kerana ketika itu sudah mengangkat sumpah sebagai MB Selangor dan sekarang beliaulah yang menjadi punca krisis dan kuat mahukan Tun Mahathir berkhidmat sehingga habis penggal, sukar untuk menolak bahawa semua ini adalah perancangan halus yang sengaja dicatur Perdana Menteri.Sebab itulah juga sehingga kini Tun Mahathir masih berdolak-dalik mengenai tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, meskipun sebelum PRU14 pernah berjanji mahu memegangnya selama dua tahun saja.Jika tempoh memegang jawatan pun sukar mahu beliau putuskan, menetapkan tarikh penyerahan jawatan kepada Anwar tentulah lebih sukar lagi bagi Tun Mahathir melakukannya, walaupun sebelum ini bersetuju agar perkara itu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH.Sementara Majlis Presiden PH bermesyuarat hampir setiap bulan, malangnya sehingga ini isu penetapan tarikh peralihan kuasa belum lagi dijadikan agenda mesyuarat.Dalam hal ini, tidak sedikit masyarakat umum membuat kesimpulan bahawa Tun Mahathir bukan saja mencatur pergolakan dalam PKR, malah tidak pernah ikhlas terhadap Anwar sebagaimana Presiden PKR itu sentiasa bersikap pemaaf dan menerima baik kehadiran Tun Mahathir dalam PH.Sebaik saja kuasa dalam genggaman, Tun Mahathir tidak membuang masa untuk mencatur pergolakan dalam PKR dengan menjadikan Azmin sebagai umpannya.Sama ada Azmin sedar atau tidak, umum percaya beliau sebenarnya tidak lebih seolah-olah alat yang sedang diperalatkan oleh Tun Mahathir untuk memecah-belahkan PKR dan mengekang Anwar.Ibarat habis madu sepah dibuang, itulah nasib Azmin selepas ini.Dengan menjadi kumpulan serpihan kecil yang tidak mampu menandingi kekuatan Anwar, di samping kes “video Haziq” yang sedang dihadapinya, Azmin tidak akan ke mana-mana dan boleh dikata tiada masa depan lagi.Masa depannya hanya ada selagi Tun Mahathir mampu melindunginya.Bagaimanapun, dengan paparan yang terang dan jelas dalam paparan video yang dikaitkan itu dan terlalu sukar untuk dinafikan, terus melindungi Azmin hanya akan menjadi beban kepada Tun Mahathir sendiri.Oleh itu, lebih lama Azmin dilindungi, lebih banyak kemerosotan sokongan akan diterima Tun Mahathir dan PH seluruhnya.Mahu tidak mahu, Tun Mahathir kini mesti sedar dan tiada pilihan lain selain wajib segera kembali kepada janji asalnya iaitu hanya dua tahun saja menjadi Perdana Menteri.Tun Mahathir, melalui mesyuarat Majlis Presiden PH, mesti dalam tempoh terdekat ini menetapkan tarikh pengunduran untuk seterusnya Anwar mengambil alih teraju kepimpinan negara daripadanya.Hanya dengan menetapkan tarikh serah kuasa saja dapat mengakhiri krisis Azmin – Anwar dalam PKR ini.Selepas disahkan tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri, Azmin pasti tiada selera lagi untuk terus berbalah dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu atau berani ponteng mesyuarat PKR lagi sepertimana sekarang.Pilihan Azmin selepas adanya tarikh serah kuasa hanya dua – akur dengan kepimpinan Anwar menerajui PKR, sekurang-kurangnya sehingga pemilihan seterusnya dan menerima kedudukan Presiden PKR itu sebagai bakal PM8 atau jika masih berhati batu – tinggal dan keluar saja daripada parti itu.Begitu dengan para penyokong Azmin, pilihan mereka juga sama ada akur dengan kepimpinan Anwar dan kekal dalam parti atau keluar mencari haluan lain.Dengan itu, apa juga pilihan Azmin dan penyokong beliau seterusnya, ia tidak lagi menggugat PKR sebagai parti paling besar dalam PH.Namun demikian, semua ini hanya akan menjadi kenyataan jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas terhadap Anwar, ikhlas mahu krisis PKR berakhir dan ikhlas mahu melihat PH terus stabil serta mampu menang lagi pada PRU15 nanti. (01/12/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/tetapkan-tarikh-serah-kuasa-dan-krisis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tetap Tarikh Serah Kuasa Wajar Diusulkan Dalam Kongres Pkr Di Melaka Ini

Tetap Tarikh Serah Kuasa Wajar Diusulkan Dalam Kongres Pkr Di Melaka Ini

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 261 hits
PKR adalah parti terbesar dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai dalam gabungan PH yang membentuk kerajaan sekarang ini Lebih daripada itu berdasarkan rekod rasmi SPR yang menang PRU14 adalah juga PKR kerana semua calon PH ketika itu be...
Krisis Pemuda Pkr Zuraida Dakwa Anwar Ada Kuasa Untuk Bertindak Apa Apa Sahaja

Krisis Pemuda Pkr Zuraida Dakwa Anwar Ada Kuasa Untuk Bertindak Apa Apa Sahaja

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 320 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata telah menjadi tradisi bahawa timbalan presiden parti akan dijemput merasmikan kongres sayap Pemuda dan Wanitanya KUALA LUMPUR Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa kemelut yang berlaku an...
Kj Kemuka Usul Bahas Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

Kj Kemuka Usul Bahas Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 323 hits
Pagi ini tular satu tangkap layar surat Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah MalaysiaGazette yang memperoleh tangkap layar tersebut mendapati ia menggunakan kepala surat bekas M...
Pihak Polis Ada Kuasa Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Tapi Individu Boleh Buat Laporan Jika Tak Ikut Sop

Pihak Polis Ada Kuasa Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Tapi Individu Boleh Buat Laporan Jika Tak Ikut Sop

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 454 hits
Pihak Polis Diraja Malaysia berhak untuk memeriksa telefon bimbit orang awam yang disyaki melakukan kesalahan seperti menghantar kandungan komunikasi lucah dan palsu Melalui peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 199...
Contoh Soalan Spa Pengawai Penguat Kuasa Kp41 2019

Contoh Soalan Spa Pengawai Penguat Kuasa Kp41 2019

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 925 hits
Berikut adalah Koleksi Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam bagi jawatan Pengawai Penguat Kuasa KP41 2019 yang sebenar Calon yang lulus peperiksaan online ini sahaja akan ditemuduga bagi jawatan tersebut Tujuan peperiksaan i...
Zuraida Anwar Sebagai Presiden Ada Kuasa Buat Apa Dia Suka

Zuraida Anwar Sebagai Presiden Ada Kuasa Buat Apa Dia Suka

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 331 hits
MALAYSIAKINI Jika Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri merestui pengguguran timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali daripada merasmikan kongres tahunan bagi sayap pemuda parti maka hal itu wajar dibiarkan begitu kata naib presiden PKR Zurai...
Krisis Pkr Tubuh Parti Baru Jika Mahu Terus Langgar Saluran Rasmi

Krisis Pkr Tubuh Parti Baru Jika Mahu Terus Langgar Saluran Rasmi

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 295 hits
Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman menegaskan bahawa hanya ada satu majlis Perasmian Kongres AMK dan ia akan dirasmikan oleh Penasihat PKR Wan Azizah Wan Ismail Dalam kenyataan medianya hari ini Syed Badli mencabar pihak yang ...
Cium Mencium Dalam Umno Selepas Hilang Kuasa

Cium Mencium Dalam Umno Selepas Hilang Kuasa

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 413 hits
INI lah jadinya bila sudah hilang KUASA Sesama kawan pun jadi seteru Tetapi tidak mengapa Ianya boleh diselesaikan dengan aku cium engkau kau cium aku
Konflik Peralihan Kuasa Punca Ph Kalah Di Tg Piai Kata Penganalisis

Konflik Peralihan Kuasa Punca Ph Kalah Di Tg Piai Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 312 hits
Dua penganalisis politik mengaitkan kekalahan besar Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai disebabkan pertelagahan berterusan dalam kalangan parti gabungan itu sambil menambah undi protes menyumbang kepada kemenangan besar Ba...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation