Krisis Pemuda Pkr Zuraida Dakwa Anwar Ada Kuasa Untuk Bertindak Apa Apa Sahaja


Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata, telah menjadi tradisi bahawa timbalan presiden parti akan dijemput merasmikan kongres sayap Pemuda dan Wanitanya.KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa kemelut yang berlaku antara Pemuda PKR dengan timbalan presiden parti itu “direstui” oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim
Katanya, sebagai orang nombor satu parti, Anwar mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa sahaja
“Kemelut? Tak ada kemelut kerana memang menjadi tradisi timbalan presiden merasmikan mesyuarat agung Wanita dan Pemuda PKR,” katanya merujuk kepada Mohamed Azmin Ali yang dibatalkan jemputan untuk merasmikan kongres Pemuda parti itu 6 Disember depan
“Tapi kalau presiden sudah merestuinya, nak buat cara begitu, jadi kita biarkan sajalah. Sebab presiden ada kuasa nak buat apa-apa dia suka,” katanya kepada FMT ketika ditemui pada program ‘Back To School’ di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang, di sini, hari ini
Zuraida yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata, pertelingkahan dalam kalangan Pemuda PKR itu adalah susulan keputusan membatalkan jemputan tradisi itu “seperti diharapkan” oleh Anwar
“Tapi sekarang (berlaku pertelingkahan dalam kalangan Pemuda PKR)… yalah kalau itu yang presiden harapkan, itulah yang terjadi,” katanya ringkas
Krisis dalaman Pemuda PKR tercetus apabila ketuanya, Akmal Nasir mengumumkan pembatalan jemputan kepada Azmin untuk merasmikan kongres nasional sayap parti itu pada 6 Disember walaupun majoriti pimpinannya menyokong kehadiran orang nombor dua parti itu sebagai perasmi
Keadaan semakin panas apabila Azmin mendakwa wujud “tangan ghaib” yang mendorong Akmal membatalkan jemputan tersebut dan sebaliknya menjemput Penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perasmi
Namun, Akmal membalas kenyataan tersebut dengan berkata, tindakan Azmin tidak menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik PKR selama setahun serta sering mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti merupakan “tangan ghaib” sebenar yang merosakkan PKR
Anwar turut membidas dakwaan Azmin itu dan menegaskan bahawa segala keputusan dibuat melalui mesyuarat MPP dan Biro Politik parti, bukannya kerana ugutan mana-mana individu
Terdahulu, PKR Sarawak turut melahirkan rasa tidak puas hati berhubung pembatalan jemputan kepada Azmin, malah pengerusinya, Baru Bian turut mengumumkan pembatalan konvensyen negeri yang dijadualkan 23 November ini sehingga krisis itu selesai
Anwar bagaimanapun dilaporkan menolak kenyataan tersebut
Semalam, ketua Pemuda PKR Sarawak, Saifunnizam Sam menyokong keputusan Pengarah Konvensyen-konvensyen Negeri PKR Nik Nazmi Nik Ahmad untuk meneruskan konvensyen PKR negeri itu seperti dijadualkan. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/11/krisis-pemuda-pkr-zuraida-dakwa-anwar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Mana Yang Anwar Dakwa Salah Guna Kuasa

Menteri Mana Yang Anwar Dakwa Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 237 hits
Dr Kamarul Zaman YusoffKUALA LUMPUR Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berbunyi Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik...
Zuraida Anwar Sebagai Presiden Ada Kuasa Buat Apa Dia Suka

Zuraida Anwar Sebagai Presiden Ada Kuasa Buat Apa Dia Suka

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 335 hits
MALAYSIAKINI Jika Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri merestui pengguguran timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali daripada merasmikan kongres tahunan bagi sayap pemuda parti maka hal itu wajar dibiarkan begitu kata naib presiden PKR Zurai...
Azmin Zuraida Tak Hadir Mesyuarat Biro Politik Pkr Lagi

Azmin Zuraida Tak Hadir Mesyuarat Biro Politik Pkr Lagi

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 363 hits
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik parti itu yang membincangkan pertemuan mereka dengan lebih 20 ahli Parlimen Barisan Nasional pada malam Isnin lalu Ia selep...
Pkr Pahang Sokong 100 Peratus Anwar Sebagai Pm Kelapan

Pkr Pahang Sokong 100 Peratus Anwar Sebagai Pm Kelapan

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 365 hits
TEMERLOH PKR Pahang memberi sokongan 100 peratus kepada presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kelapan kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang Fuziah Salleh Beliau berkata ketika ini kesemua 14 cabang PKR di ne...
Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 378 hits
Diterbitkan Hari ini 4 22 petangBERITATidak banyak yang dinyatakan Anwar Ibrahim ketika sebahagian ahli parlimen dan pemimpin PKR disebut sebut mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali petang ini Presiden PKR itu yang...
Azmin And Zuraida Skip Pkr Political Bureau Meeting Again

Azmin And Zuraida Skip Pkr Political Bureau Meeting Again

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 361 hits
PKR s deputy president Mohamed Azmin Ali and vice president Zuraida Kamaruddin KUALA LUMPUR PKR s deputy president Mohamed Azmin Ali and vice president Zuraida Kamaruddin were both absent again at the party s political bureau meeting despit...
Azmin Layak Rasmi Kongres Pemuda Ketua Sayap Muda Pkr Dan Timbalan Berbalah

Azmin Layak Rasmi Kongres Pemuda Ketua Sayap Muda Pkr Dan Timbalan Berbalah

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 382 hits
Pimpinan Pemuda PKR hari ini dilihat berbalah sesama sendiri berhubung isu sama ada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali wajar terus menjadi perasmi kongres nasional tahunan sayap parti itu pada 6 Dis ini atas kapasiti sebagai orang nombor dua p...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan