Tetap Tarikh Serah Kuasa Wajar Diusulkan Dalam Kongres Pkr Di Melaka Ini




PKR adalah parti terbesar dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai dalam gabungan PH yang membentuk kerajaan sekarang ini.

Lebih daripada itu, berdasarkan rekod rasmi SPR, yang menang PRU14 adalah juga PKR kerana semua calon PH ketika itu bertanding menggunakan logo dan nama parti tersebut.

Meskipun Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR pada waktu itu pernah ditawarkan oleh Yang Dipertuan Agong untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, tentunya kerana mengikut kefahaman Baginda bahawa yang menang PRU14 ialah PKR, tetapi atas dasar persefahaman dan berpegang pada janji, beliau menolaknya dengan baik.

Akhirnya, sebagaimana konsensus dan persetujuan PH, walaupun terpaksa menunggu agak lama, Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohamad telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri.

Berdasarkan konsensus dan persetujuan PH juga, selepas Tun Mahathir, pengisi jawatan Perdana Menteri seterusnya ialah Anwar Ibrahim.

Kemudian apabila Tun Mahathir berjanji untuk memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja, pimpinan PH pada waktu itu tidak membantah tempoh yang disebut itu kerana mereka berangggapan proses pembebasan dan pengampunan Anwar mungkin turut memakan masa kira-kira dua tahun juga.

Tetapi, tidak disangka hanya dalam tempoh kira-kira tiga bulan saja Anwar telah dibebas dan diberi pengampunan penuh oleh Yang Dipertuan Agong.

Rentetan itu, Anwar kemudian kembali menjadi Ahli Parlimen dengan memenangi PRK Port Dickson pada 13 Oktober 2018 dengan majoriti 23,560 undi.

Namun, janji tetap janji. Bukan saja janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar yang ditunggu, tetapi juga menunaikannya setelah dua tahun Tun Mahathir berada di jawatan itu.

Walaupun Anwar agak lebih awal dibebaskan dan diberi pengampunan serta kemudian menjadi Ahli Parlimen, janji dua tahun yang pernah dilafazkan oleh Tun Mahathir itu adalah kata-kata yang kotaannya sedang dinanti-nantikan.

Tambahan lagi, yang berjanji itu adalah negarawan yang sudah berusia 94 tahun, bukan budak-budak hingusan yang belum kenal dosa serta pahala.

Maka itu, sesuai dengan semua keadaan itu serta sehingga ini isu peralihan kuasa masih lagi kabur, Kongres Nasional Keadilan di Melaka yang bermula esok mesti membuat suatu ketetapan yang jelas lagi tegas mengenainya.

Sebagai pemegang kerusi majoriti Ahli Parlimen dan parti paling dominan dalam PH, adalah bertepatan buat PKR menaikkan usul dalam kongresnya tahun ini agar isu peralihan jawatan Perdana Menteri ini segera ditetapkan tarikhnya yang khusus.

Dengan itu, usul itu kemudian boleh dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH untuk dibincang dan diputuskan.

Tujuan peralihan kuasa itu ditetapkan tarikh ialah supaya rakyat di bawah tidak lagi dalam kekeliruan dan ketidaktentuan, sementara PH sendiri sebagai kerajaan ada haluan yang jelas dalam tujuan masa depannya.

Selain itu, pentingnya juga tarikh peralihan kuasa ditetapkan ialah untuk mengelakkan pembangkang terus mengambil kesempatan bagi tujuan memecah-belah dan menghuru-harakan PH.

Kongres Nasional Keadilan di Melaka ini paling tepat sebagai medan untuk menamatkan segala kekeliruan, ketidaktentuan dan kegelisahan agar selepas adanya penetapan tarikh khusus berkenaan peralihan kuasa itu, PH boleh terus bergerak ke hadapan dengan lebih meyakinkan di mata rakyat.

Lebih-lebih lagi, setelah berdamainya Azmin Ali dengan Anwar, kepaduan PKR akan tertonjol dengan sendirinya jika usul menetakkan tarikh peralihan kuasa ini diterima sebulat suara dan seterusnya berupaya menjernihkan kekeruhan yang berpanjangan selama ini. (ShahbudinHusin 06/12/2019)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/tetap-tarikh-serah-kuasa-wajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amk Serah Pada Polis Siasat Insiden Rempuhan Kongres Di Melaka

Amk Serah Pada Polis Siasat Insiden Rempuhan Kongres Di Melaka

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 240 hits
Angkatan Muda KEADILAN menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kekecohan di Kongres sayap parti itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ketuanya Akmal Nasir berkata beliau kesal perka...
Tetapkan Tarikh Serah Kuasa Dan Krisis Akan Selesai

Tetapkan Tarikh Serah Kuasa Dan Krisis Akan Selesai

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 335 hits
Sama ada memang dirancang atau hanya kebetulan semakin hari krisis yang berlaku dalam PKR ternampak lebih mempunyai satu tujuan menggagalkan Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad Tetapi jika diimba...
Sorakan Pecat Ahli Keluar Dewan Riuhkan Kongres Pkr

Sorakan Pecat Ahli Keluar Dewan Riuhkan Kongres Pkr

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 397 hits
Diterbitkan Hari ini 6 50 petang BERITAKONGRES PKR Hadirin yang terus berada di Kongres PKR selepas sejumlah penyokong Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali meninggalkan dewan bersorak agar mereka yang keluar dipecat Ia terjadi ketika perwaki...
Two Melaka Pkr Reps Who Staged Walkout At State Assembly Sitting Must Explain Actions Says Fahmi

Two Melaka Pkr Reps Who Staged Walkout At State Assembly Sitting Must Explain Actions Says Fahmi

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 285 hits
The two PKR assemblymen who walked out during a Melaka state legislative assembly sitting will have to explain their actions says PKR communications chief Fahmi Fadzil Their actions had resulted in a motion to appoint Melaka PKR chairman Da...
Pemimpin Pkr Johor Dedah Dakwaan Kongres Alternatif

Pemimpin Pkr Johor Dedah Dakwaan Kongres Alternatif

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 405 hits
Mark Matthew AYER KEROH Seorang pemimpin PKR Johor hari ini mendakwa memang ada rancangan untuk mengadakan kongres alternatif di Kuala Lumpur minggu ini disebalik penafian beberapa pemimpin parti Bercakap kepada pemberita di sebuah hotel ha...
Kepimpinan Anwar Diragui Selepas Adegan Buruk Kongres Pkr Kata Penganalisis

Kepimpinan Anwar Diragui Selepas Adegan Buruk Kongres Pkr Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 353 hits
Kongres Nasional PKR melabuhkan tirainya hujung minggu lalu di Melaka tetapi jelas perpecahan berlaku apabila presiden parti itu Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali tidak bersama pada hari terakhir kongres Semasa kongres ramai p...
Kekecohan Di Kongres Pkr Dirancang

Kekecohan Di Kongres Pkr Dirancang

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 294 hits
Kekecohan dalam kongres PKR di MITC Melaka baru baru ini bukan sahaja menerbitkan pelbagai dugasangka dalam kalangan ahli PKR malah pemimpin DAP juga berspekulasi mengenai dakwaan usaha usaha terancang menggagalkan persidangan tahunan berke...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing