Teruskan Gesa K Jaan Buat Pembaharuan Institusi Kata Pengerusi Spr
Annabelle Lee
Rakyat perlu terus menekan kerajaan untuk mempercepat pembaharuan institusi, kata Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun.
Bercakap di forum bertajuk "Memperkukuh Institusi Perlembagaan: Program Pembaharuan Malaysia" hari ini, Azhar berkata sesuatu perubahan memerlukan gesaan orang ramai.
"Gesaan akan membawa kepada pembaharuan. Pembaharuan adalah perubahan, perubahan tidak mudah dilakukan. Perlu ada kesedaran yang mencukupi, mesti ada gesaa [...]
"Kita perlu melakukan apa yang kita mampu untuk menggesa pembaharuan [...] jika tidak, ia tidak akan berlaku kerana orang selesa (di mana mereka berada).
"Orang yang dulu tidak selesa, yang kini berkuasa, akan berasa selesa. Anda perlu terus membuat mereka tidak selesa, " katanya menjawab soalan mengenai cara untuk menggesa Pakatan Harapan melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan dalam manifesto PRU ke-14.
Azhar, yang merupakan bekas pengamal undang-undang, menyeru peguam yang turut merupakan antara hadirin forum itu untuk mengambil lebih banyak kes melibatkan kepentingan awam untuk mempertanggungjawabkan kerajaan dan institusi awam.
"Pergi ke mahkamah dan sula saman SPR! Biarkan mahkamahhukum dan kami akan teruskan dari situ, " katanya.
Forum itu diadakan sebagai sebahagian daripada persidangan Lawasia menegnai Keperlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.
Turut hadir sebagai panel forum ialah Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan, yang mengatakan bahawa tekanan awam untuk pembaharuan hanya dapat dijana jika lebih banyak segmen masyarakat memahami keperluannya.
Justeru, katanya, ahli politik pembangkang perlu memainkan peranan.
"Bagaimanakah kita boleh memastikan setiap kumpulan boleh bercakap mengenai demokrasi (dan) boleh berjuang untuk demokrasi dengan cara sendiri? [...]
"Anda memerlukan juara demokrasi di setiap keramaian, bukan sekadar hadirin yang ada hari ini," katanya.
Sementara itu, peguam Malik Imtiaz, yang sebelum ini mengajukan soalan kepada panel forum, turut menyorot usaha pembaharuan yang perlahan.
Malik bertanya jika ada badan pusat dalam kerajaan untuk membawa pembaharuan institusi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya menjelaskan bahawa Kabinet telah banyak membuat keputusan mengenai pembaharuan nstitusi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat beberapa tentangan terhadap pembaharuan daripada pihak yang "paling tidak disangka".
Latheefa berpendapat bahawa kekecewaan orang awam sebahagian besarnya disebabkan kurangnya komunikasi antara kerajaan dan pihak berkepentingan serta orang ramai.
"Terdapat banyak perkara yang berlaku di sebalik tabir [...] tetapi kekurangan maklumat menyebabkan spekulasi, ramalan dan banyak jangkaan yang tidak adil tentang bagaimana keadaan seharusnya bergerak lebih pantas [...]
"Saya fikir apa yang perlu dilakukan sebenarnya adalah lebih banyak komunikasi dan ketelusan daripada pihak kerajaan. Untuk membolehkan mereka yang menunggu untuk mendengar (tahu) apa yang sedang berlaku, " katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/teruskan-gesa-kjaan-buat-pembaharuan.html