Bon Tia Agong Titah Gantung Najib Kata Teruskan Kata Saksi


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengarahkan untuk meneruskan pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dimohon oleh Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) berjumlah RM5 billion walaupun Sultan Mizan Zainal Abidin yang merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu menitahkan pinjaman IMTN digantung dan ditangguhkan dahulu.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata setelah menandatangani resolusi yang dikemukakan Sultan Mizan untuk menggantungkan IMTN dan terbitan IMTN ditangguhkan.

Loading… Saksi kemudian berjumpa Najib di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur, pada 22 Mei 2009, pada pukul 8 malam bagi memaklumkan perkara itu.Iklan
“Setelah menandatangani resolusi itu di Istana Terengganu pada hari yang sama iaitu pada 22 Mei 2009, saya menelefon Jho Low (penasihat TIA) dan memaklumkan apa yang berlaku….
“Dia terkejut dan meminta masa untuk menyelesaikan masalah tersebut dan memaklumkan akan menghubungi saya semula. Selepas beberapa ketika, Jho Low ada menghubungi saya semula dan meminta saya pergi ke rumah bekas perdana menteri itu.
“Dalam masa yang sama, saya ada menghubungi Casey Tang (pengarah eksekutif 1MDB) dan memaklumkan status tersebut dan meminta beliau berbincang dengan Ambank sekiranya memerlukan IMTN digantung.
“Casey memaklumkan ia tidak boleh digantung kerana perjanjian telah dimeterai dan pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu juga memaklumkan sebahagian bon itu telah dibeli semasa book building exercise (tempah). Ia dikira melanggar perjanjian yang sudah dimeterai,” katanya.
Ketika sampai di rumah Najib, saksi berkata beliau mendapati Jho Low dan Najib sudah sedia menunggu di ruang tamu dan mereka berkelihatan seolah-olah sudah berbincang dan menunggu ketibaanya.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, beliau menjelaskan kepada Najib bahawa Sultan Mizan menitahkan bon digantung dan Ambank pula tidak membenarkan ia digantung disebabkan faktor perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal sebelum titah Sultan Mizan.
“Jho Low memaklumkan bahawa disebabkan IMTN dijamin Kerajaan Persekutuan, maka pengantungan di peringkat akhir ini akan menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur terhadap bon-bon kerajaan Malaysia. Najib bertanya kepada saya sama ada saya tahu kenapa DYMM Tuanku murka dan saya telah menjawab saya tidak tahu.
“Beliau (Najib) bertanya balik adakah saya diberikan sesalinan resolusi tersebut dan saya memberitahu tidak mendapat. Kemudian beliau telah memberitahu dalam ayat lebih kurang seperti berikut: You go ahead, I will talk to Tuanku.
“Saya menerima ia sebagai arahan dan mandat daripada perdana menteri merangkap menteri kewangan untuk meneruskan IMTN kerana beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab memberikan Jaminan Kerajaan tersebut. Jho Low juga mendengar arahan itu, kemudian saya terus pulang manakala Jho Low masih lagi tinggal di rumah Najib,” katanya.
Ketika menjelaskan mengenai penerbitan IMTN, saksi berkata Jho Low dan Casey telah berurusan terus dengan AmInvestment Bank sebagai ‘Lead Arranger’ dan juga beberapa perunding yang dilantik untuk memuktamadkan perjanjian IMTN ini.
“Mereka berdualah yang meneliti dan menyemak kesemua butiran dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Saya tidak terlibat di peringkat ini kerana ini merupakan bidang dan kepakaran mereka berdua.
“Setelah perjanjian-perjanjian ini siap, Casey dan pihak AmInvesment Bank telah membawa perjanjian tersebut kepada saya untuk ditandatangani. Saya mempercayai bahawa kesemua butiran dalam perjanjian ini telah dipersetujui oleh semua pihak termasuk stakeholders (DYMM Tuanku Mizan dan Najib) kerana ia telah diteliti dan disemak oleh Jho Low dan Casey Tang,” katanya.
Katanya, beliau menurunkan tandatangan terhadap dokumen-dokumen perjanjian tersebut berdasarkan resolusi kelulusan penurunan kuasa kepadanya oleh Ahli Lembaga Pengarah (BOD) TIA.
Beliau juga berkata, Sultan Mizan juga menitahkan BOD TIA untuk melantik adinda Baginda iaitu YAM Tengku Datuk Rahimah Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah untuk menjadi salah seorang pengarah TIA bagi mewakili kepentingan negeri Terengganu.
“Ia bertujuan untuk memastikan perjanjian IMTN ini tidak membelakangkan kepentingan negeri Terengganu kerana tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk dana kekayaan berdaulat Terengganu,” katanya.
Terhadap soalan tambahan oleh Sri Ram bagaimana saksi tahu bahawa Jho Low dan tertuduh telah berbincang ketika dia memasuki rumah tertuduh, saksi itu berkata dia membuat kesimpulan itu setelah Najib bertanya kepadanya mengapa Sultan kecewa dan sama ada dia mempunyai salinan resolusi.
Sri Ram: Apa suasana di mesyuarat itu? Bagaimana tanggapan anda?
Shahrol Azral: Saya akan mengatakan bahawa ia adalah tenang, saya menjangka ia menjadi lebih tegang. Sungguh-sungguh ia adalah tenang, walaupun saya fikir ia harus lebih tegang.
Sri Ram: Kenapa anda menjangkakan begitu ?
Shahrol Azral: Kerana ini adalah masalah besar dan ini melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan di mana kita mempunyai bon bernilai RM5 bilion, yang merupakan bon Islam pertama selama 30 tahun, yang dikeluarkan oleh kerajaan. Jadi, sebagai menteri kewangan, saya menjangkakan lebih banyak pertanyaan.
Sri Ram: Di manakah Jho Low apabila tertuduh berkata go ahead, I will talk to Tuanku?
Shahrol Azral: Dia ada di sana, saya tidak perasan, dia berkata apa-apa.
Sri Ram: Adakah terdapat perbualan dengan Jho Low dan tertuduh? Saksi menjawab “Saya tidak boleh ingat”
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan untuk 21 lagi pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah diteruskan. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/bon-tia-agong-titah-gantung-najib-kata-teruskan-kata-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 290 hits
Perbicaraan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development yang masuk hari ke 8 menyaksikan saksi Datuk Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan balas melibatkan pertuduhan penyelewengan dana RM2 3 bilion oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Pegu...
1mdb Najib Langgar Titah Agong

1mdb Najib Langgar Titah Agong

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 289 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengarahkan untuk meneruskan pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam yang dimohon oleh Terengganu Investment Authority Berhad berjumlah RM5 billion walaupun Sultan Mizan Z...
Jho Low Not Adviser Agong Said In 2009 Tia Meeting

Jho Low Not Adviser Agong Said In 2009 Tia Meeting

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 192 hits
In 2009 then Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin s representative had denied fugitive businessman Low Taek Jho was an adviser to the royalty The royalty s representative said this at the second Terengganu Investment Authority m...
Kit Sing Macam Dirasuk Hantu Kata Najib

Kit Sing Macam Dirasuk Hantu Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 273 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak kusyuk membaca doa pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Penasihat DAP Lim Kit Siang dikatakan mengge...
Salahuddin Terimalah Kenyataan Harga Telur Mahal Kata Najib

Salahuddin Terimalah Kenyataan Harga Telur Mahal Kata Najib

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 342 hits
Salahuddin Ayub KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak mempertahankan dakwaannya bahawa harga telur sekarang jauh lebih mahal walaupun jika dibanding pada tahun 2015 Menerusi hantarannya di Facebook sebentar tadi bekas Perdana Menteri itu meng...
Kronologi Lengkap Kecelakaan Maut Ambulans Pengantar Jenazah Vs Truk 5 Orang Tewas Ini Kata Saksi

Kronologi Lengkap Kecelakaan Maut Ambulans Pengantar Jenazah Vs Truk 5 Orang Tewas Ini Kata Saksi

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 301 hits
Kecelakaan maut antara ambulans yang antar jenazah vs truk terjadi di ruas Tol Pejagan Pemalang Km 300 400 Kabupaten Tegal di Desa Kendayakan Kecamatan Warureja Jawa Tengah Kamis sore Dikutip TribunWow com dari TribunJateng com Kamis kronol...
Guan Eng Kata Hutang Tambah Sebab Bayar Hutang Lama Najib

Guan Eng Kata Hutang Tambah Sebab Bayar Hutang Lama Najib

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 357 hits
Seronok saya tengok berita hari ini yang rata rata melaporkan Guan Eng akhirnya mengaku bahawa hutang negara meningkat dengan banyak Mula mula dia tak mengaku hutang naik Lepas itu dia kata hutang tambah kerana perlu bayar hutang lama Hari ...
Saksi Jho Low Sudah Biasa Di Rumah Najib Minta Milo Ais

Saksi Jho Low Sudah Biasa Di Rumah Najib Minta Milo Ais

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 266 hits
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 23 September 2019 Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 23 Sept Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa hubungan ahli perniagaan dala...
Tertuduh Menjerit Ketika Tombol Pintu Bilik Dipecahkan Kata Saksi

Tertuduh Menjerit Ketika Tombol Pintu Bilik Dipecahkan Kata Saksi

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 247 hits
MAALYAIAKINI Seorang pengawal keselamatan hari ini memberitahu Mahkamah TinggiShah Alam Samirah Muzaffar tertuduh pertama kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan menjerit ketika tombol pintu bilik yang terbakar di r...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025