Prk Tg Piai Tak Timbul Soal Cabaran Undang Undang Kata Spr


Alyaa Alhadjri 
   

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata pindaan yang diwartakan terhadap Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini masih belum lagi dikuatkuasakan, jadi tidak timbul isu cabaran undang-undang terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang bakal berlangsung

Katanya, pewartaan pada 10 September itu hanya dikeluarkan bagi menyatakan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan pendaftaran pengundi secara automatik (AVR).

Pindaan itu juga untuk menurunkan had umur mengundi serta usia calon yang bertanding dalam pilihan raya dari 21 tahun menjadi 18 tahun.

“Terdapat beberapa jenis warta. Pewartaan (pada 10 September) adalah untuk menyatakan pindaan yang telah dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan.

“Semua tiga pindaan ini belum lagi dikuatkuasakan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai di Johor kosong susulan penyandangnya, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Dr Farid Md Rafik meninggal dunia pada Sabtu lepas.


Azhar berkata SPR telah menerima notis rasmi berkenaan kekosongan tersebut dan mesyuarat khas akan diadakan di Putrajaya pada Selasa depan bagi menentukan tarikh pencalonan, tempoh berkempen dan hari mengundi.

“Biasanya, bila kita mempunyai PRK, SPR akan membuat keputusan berkenaan daftar pemilih yang akan digunakan dan ini biasanya merupakan senarai pilihan raya terakhir yang diwartakan.

“Daftar pemilih diwartakan pada setiap tiga bulan,” katanya.

PRK Tanjung Piai akan menjadi pilihan raya pertama yang diadakan selepas pindaan perlembagaan diluluskan dan digazetkan, menimbulkan persoalan mengenai kesediaan SPR untuk melaksanakan perubahan tersebut.

Minggu lalu, kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih menyarankan supaya belia berumur 18 ke 21 tahun dibenarkan mendaftar dengan mengisi borang melalui laman web SPR atau pejabatnya, di pejabat pos atau dengan penolong pegawai pendaftaran.

Ini sementara sistem pendataran pengundi secara automatik (AVR) siap.

SPR menjelaskan proses menyediakan sistem AVR proses dimana SPR boleh mengambil masa sehingga dua tahun.

Peguam tak setuju pengerusi SPR

Bertentangan dengan kenyataan Azhar bahawa tiga pindaan itu belum lagi berkuatkuasa, peguam syariah Nizam Bashir berkata SPR kini terikat dengan peruntukan untuk membolehkan calon berusia 18 tahun untuk bertanding dalam pilihan raya, termasuk dalam PRK Tanjung Piai .

“Penting untuk diberitahu bahawa pindaan terhadap Perkara 119 (1) (a) dan 119 (4) (b) hanya akan berkuatkuasa pada tarikh yang akan diumumkan selepas mendapat persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Pendek kata, penurunan umur pengundi masih belum berkuatkuasa. Bagaimanapun penurunan umur calon kini dikuatkuasakan di bawah perlembagaan,” kata Nizam (gambar, bawah).

Jelasnya, penolakan SPR untuk membenarkan calon berumur sekurangnya 18 tahun untuk bertanding boleh digunakan sebagai alasan untuk mencabar perlembagaan PRK

Sementara itu, peguam Lim Wei Jiet turut bersetuju dengan pandangan Nizam.

“Pindaan untuk menurunkan usia calon pilihan raya ke 18 tahun akan berkuatkuasa pada tarikh rang undang-undang pindaan itu sendiri diwartakan.

“Rang undang-undang pindaan itu telah diwartakan pada 10 September, 2019. Oleh itu SPR perlu menguatkuasakan pindaan ketiga (perlembagaan itu) dalam PRK Tanjung Piai.

“Dalam erti kata lain, sekiranya terdapat remaja berumur 18 tahun ingin bertanding pada PRK Tanjung Piai, dia harus dibenarkan untuk berbuat demikian,” katanya lagi.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/prk-tg-piai-tak-timbul-soal-cabaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Mesyuarat Selasa Depan Tentukan Tarikh Prk Tg Piai

Spr Mesyuarat Selasa Depan Tentukan Tarikh Prk Tg Piai

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 223 hits
MALAYSIAKINI Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada 1 Okt bagi membincangkan tarikh tarikh penting pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai Johor Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam kenyataan hari ini be...
Jalil Backer Prk Tanjung Piai Ujian Kepada Piagam Muafakat Nasional

Jalil Backer Prk Tanjung Piai Ujian Kepada Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 408 hits
1 Semoga Allah merahmati dan mengampuni segala dosa dosa allahyarham Ahli Parlimen Tanjung Piai Mohamed Farid Md Rafik yang meninggal dunia awal pagi ini 2 Takziah kepada keluarga Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan ...
Isu Memali Timbul Untuk Pecahkan Pas Umno Kata Anak Mangsa

Isu Memali Timbul Untuk Pecahkan Pas Umno Kata Anak Mangsa

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 222 hits
Tiga puluh empat tahun sudah berlalu namun peristiwa hitam yang dilalui penduduk Kampung Memali di Baling Kedah masih segar dalam ingatan Rata rata penduduk berpendapat insiden yang berlaku pada tanggal 19 Nov 1985 itu bukan isu kecil dan t...
Prk Tanjung Piai Umno Dan Mca Berebut Kerusi

Prk Tanjung Piai Umno Dan Mca Berebut Kerusi

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 352 hits
Beberapa parti politik menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi parlimen Tanjung Piai sehari selepas kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik semalam Calon MCA yang tewas pada PRU lalu Wee Jeck Seng berkata sedia untuk bertanding ...
Ini Kata Pan Soal Kabar Faldo Maldini Pindah Ke Psi

Ini Kata Pan Soal Kabar Faldo Maldini Pindah Ke Psi

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 197 hits
Meski begitu Eddy akan menghormati keputusan apapun yang akan dibuat Faldo nantinya Walaupun secara resmi PAN belum tentu menyetujui kepindahan eks caleg dapil Jawa Barat V
Soal Mandat Kpk Diserahkan Ke Presiden Ini Kata Komisioner Terpilih 2019 2023

Soal Mandat Kpk Diserahkan Ke Presiden Ini Kata Komisioner Terpilih 2019 2023

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 213 hits
Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi Agus Rahardjo didampingi dua komisioner lembaga antirasuah lainnya yakni Laode Muhammad Syarif dan Saut Situmorang menyerahkan mandat lembaga antirasuah kepada Presiden Joko Widodo alias Jokowi
Parti Baru Putra Bakal Bertanding Prk Tanjung Piai

Parti Baru Putra Bakal Bertanding Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 432 hits
Parti Baru PUTRA Bakal Bertanding PRK Tanjung Piai Hajat meletakkan calonnya untuk bertanding merebut kerusi dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai ia tidak memberi kesan besar terhadap pengundi mahupun menggugat parti lain Naib Pre...
Prktgpiai Pas Akan Buktikan Di Tanjung Piai Kata Hj Hadi

Prktgpiai Pas Akan Buktikan Di Tanjung Piai Kata Hj Hadi

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 263 hits
Menjangkakan tugas merampas kerusi Tanjung Piai daripada PH bukan sukar PAS hari ini sekali lagi menyatakan kesediaan mereka menyokong siapa saja calon yang akan diturunkan BN termasuk dari MCA Ditanya wartawan jika PAS akan tetap memberika...
Xanana Soal Video Peluk Habibie Di Rs Fakta Ekspresikan Lebih Dari Kata Kata

Xanana Soal Video Peluk Habibie Di Rs Fakta Ekspresikan Lebih Dari Kata Kata

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 264 hits
Kata kata saya akan jadi tak relevan Kalau anda merasakan itu adalah sebuah hubungan yang dalam dan kuat antara Pak Habibie dan saya memang begitu adanya ungkap Xanana
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya