Terus Ke Mahkamah Ismail Beri Amaran Pada Orang Langgar Pkp

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob meningatkan orang ramai agar  tidak melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) atau berdepan risiko  ditangkap serta-merta.
Polis akan menggunakan budi bicara sama ada untuk mengenakan denda RM1,000 terhadap atau menahan serta mendakwa mereka, katanya.
Dalam  sidang media hari ini, Ismail berkata polis telah memutuskan untuk  mengambil tindakan lebih tegas untuk meningkatkan kepatuhan orang awam  dalam fasa ketiga PKP, iaitu bermula 14 hingga 28 April.
"Mereka  yang ingkar PKP kali ini akan ditangkap dan dituduh di mahkamah mengikut  Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,"  katanya yang juga menteri kanan untuk kluster keselamatan.
Mengikut  akta itu, pesalah kali pertama boleh didenda tidak lebih dua tahun  penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali. Pesalah berulang pula  boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda, atau kedua-duanya  sekali.
"Semalam kita lihat pertambahan dari segi jumlah  tangkapan...Polis tak lagi berkompromi dan akan mengambil tindakan  tegas...Kita serah kepada polis sama ada (ingin memberikan) kompaun atau  tidak.
"Kita serahkan kepada polis tapi yang pasti, mereka (pesalah) akan ditangkap dan akan dituduh di mahkamah," katanya.
Menurutnya, sejumlah 1,095 orang ditangkap kerana melanggar PKP semalam, lebih tinggi berbanding 666 orang sehari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 815 orang dikenakan denda RM1,000, 242 orang direman dan 38 lagi diberikan jaminan polis.
Tindakan terhadap pihak tak beri kerjasama
Ismail  yang bercakap selepas mesyuarat harian Majlis Keselamatan Negara (MKN),  berkata tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap mereka yang  gagal mematuhi arahan kakitangan Kementerian Kesihatan.
"Mesyuarat  hari ini memutuskan tindakan tegas akan diambil kepada mereka, mengikut  Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,"  katanya lagi.
Seksyen 186 Kanun Keseksaan menyatakan mereka yang  didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak  lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini, beberapa doktor bersuara di media sosial berkenaan warga Malaysia yang baru pulang dari luar negara yang tidak memberi kerjasama ketika menjalani ujian pengesanan dan kuarantin mandatori.
MR :  Kena tegas demi kleselamatan keseluruhan rakyat
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/terus-ke-mahkamah-ismail-beri-amaran.html