Bermula Esok Pengingkar Pkp Akan Terus Dituduh Di Mahkamah


Mohamad FadliAnggota polis melakukan pemeriksaan pasport ke atas pekerja asing yang memandu kereta ketika PKP. PETALING JAYA: Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata mulai esok pengingkar perintah kawalan pengerakan akan terus ditahan dan dituduh di mahkamah.

Katanya, polis tidak akan lagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan itu.

“Esok PKP 3 akan dilaksanakan. Saya percaya jangkaan rakyat kepada tindakan polis adalah tindakan lebih keras dan tegas.

“Kita lihat rakyat seolah-olah tidak peduli dan takut kepada undang-undang yang kita ada hari ini. Kes RM1,000 tidak dianggap begitu tinggi untuk menakutkan mereka yang terus ingkar kepada PKP ini,” katanya pada sidang media harian.
Ismail juga berkata berdasarkan Seksyen 24 Akta 342, mahkamah boleh hukum mereka tidak lebih 2 tahun penjara.

“Kesalahan seterusnya 5 tahun penjara. Kita anggap biarlah, selepas ini mahkamah menentukan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada mereka yang ingkar ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan PKP dilanjutkan untuk 14 hari lagi mulai 15 April hingga 28 April, meneruskan usaha memerangi Covid-19 sehingga diatasi 100%, selepas negara melalui 2 fasa tempoh sekatan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kawalan sejak 18 Mac lepas menunjukkan kesan positif dalam mengawal penyebaran koronavirus, namun diteruskan ke fasa ke-3 atas nasihat Kementerian Kesihatan dan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi mengelakkan penularan semula wabak, seperti yang berlaku di beberapa negara lain.

1,374 individu ingkar PKP

Ismail berkata setakat semalam, polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan 786 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 546,553 kenderaan.

Beliau berkata sebanyak 49,394 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,702 premis diperiksa pihak berkuasa.

Ismail juga berkata polis menahan 1,374 individu kerana ingkar PKP, merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000.

“Manakala sebanyak 418 individu direman dan 25 individu dijamin polis.

“Semalam juga, sebanyak 427 individu dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP,” katanya.

Ismail juga berkata jumlah kumulatif tangkapan ingkar PKP sehingga semalam adalah 9,090 individu dan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan ialah 4,036.

Operasi sanitasi awam

Ismail berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu melakukan 1,701 operasi sanitasi awam di 97 zon termasuk di 26 zon merah.

Katanya, antara kawasan yang disanitasi ialah 1,203 bangunan kerajaan, 701 tempat awam, 736 pusat perniagaan dan 139 pasar raya.

“Semua zon merah di seluruh negara telahpun selesai disanitasi. Operasi akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“Keutamaan akan diberikan di zon merah dan zon kuning, dan lokaliti kes berdasarkan bilangan kes Covid-19 terkini,” katanya.

Ismail berkata semalam sebanyak 174 operasi sanitasi meliputi 70 zon di 12 negeri.

“Ini termasuk 37 kawasan di Johor dan 21 kawasan di Terengganu, yang mana sebanyak 141 bangunan kerajaan, 63 tempat awam, 61 pusat perniagaan dan 15 pasar raya telah disanitasi.

“Semalam juga sebanyak 9 kawasan gunasama skim strata kos rendah dan sederhana rendah zon merah di Selangor telah disanitasi menjadikan jumlah keseluruhan 35 kawasan gunasama zon merah di Selangor telah selesai disanitasi,” katanya.

Ismail berkata setakat semalam, sebanyak 176 pusat kuarantin beroperasi berbanding 174 pada hari sebelumnya, yang mana 13,528 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Beliau berkata, semalam seramai 593 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air menjalani dikuarantin wajib. 

Kawal harga keperluan asas

Ismail juga berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau bekalan dan harga 25 barangan keperluan harian sepanjang tempoh PKP.

Katanya, antara barangan yang dipantau termasuk barang makan kering seperti gula, minyak masak, beras dan roti putih, barang segar seperti ayam, sayur-sayuran, telur, bawang dan susu segar, dan barang kebersihan dan kesihatan seperti hand sanitiser, topeng muka, tisu tandas, lampin bayi dan dewasa.

“Semalam penguat kuasa KPDNHEP membuat pemantauan harian di 1,133 pemeriksaan premis peniagaan termasuk peruncit (844), pemborong (260) dan pengilang (29).

“Ingin ditegaskan sekali lagi, bekalan makanan dan keperluan asas harian adalah mencukupi. Tiada sebab untuk membuat pembelian panik,” katanya.

Ismail berkata kerajaan sentiasa mendengar keluhan rakyat mengenai sikap sesetengah peniaga tidak bertanggunjawab yang menaikkan harga barangan keperluan sewenang-wenangnya.

Katanya, kerajaan akan menguat kuasakan Skim Harga Maksimum PKP bermula esok sehingga 28 April 2020 yang akan memastikan harga 12 barangan keperluan harian dapat dikawal.

“Barangan seperti ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, tomato, kobis dan ikan kembung.

“Perincian mekanisme Skim Harga Maksimum PKP akan diumumkan oleh KPDNHEP,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/bermula-esok-pengingkar-pkp-akan-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 14 000 Langgar Pkp 5 930 Pesalah Sudah Dituduh Di Mahkamah

Lebih 14 000 Langgar Pkp 5 930 Pesalah Sudah Dituduh Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Lebih 14 000 individu melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan sejak ia dilaksanakan pada 18 Mac hingga 14 April bagi fasa 1 dan 2 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata terdapat pen...
Tiada Lagi Kompaun Rm1 000 Individu Ingkar Pkp Akan Terus Direman Dihadapkan Ke Mahkamah Menteri

Tiada Lagi Kompaun Rm1 000 Individu Ingkar Pkp Akan Terus Direman Dihadapkan Ke Mahkamah Menteri

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 321 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa kedua berakhir pada hari ini dan bermula esok PKP Fasa ketiga akan dikuatkuasa dengan tindakan yang lebih tegas Jika sebelum ini pihak berkuasa mengenakan kompaun RM1 000 kepada individu yang ingkar PKP dala...
Seramai 1 449 Individu Telah Dituduh Di Mahkamah Sepanjang Pkp Setakat Ini Menteri Pertahanan

Seramai 1 449 Individu Telah Dituduh Di Mahkamah Sepanjang Pkp Setakat Ini Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 378 hits
KIRA kira 4 189 individu telah ditahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob berkata 1 449 daripadanya telah dituduh di mahkamah Ada antaranya telah pun dijatuhkan hukum...
Ingkar Pkp Fasa 3 Boleh Terus Ke Mahkamah

Ingkar Pkp Fasa 3 Boleh Terus Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 646 hits
Ingkar PKP fasa 3 Boleh terus ke mahkamahSusulan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 3 yang bermula esok rakyat yang didapati ingkar pada arahan tersebut akan terus ditahan dan dihadapkan ke mahkamah Individu ingkar PKP akan dituduh di mahkam...
Terus Ke Mahkamah Ismail Beri Amaran Pada Orang Langgar Pkp

Terus Ke Mahkamah Ismail Beri Amaran Pada Orang Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 262 hits
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob meningatkan orang ramai agar tidak melanggar perintah kawalan pergerakan atau berdepan risiko ditangkap serta merta Polis akan menggunakan budi bicara sama ada untuk mengenakan denda RM1 000 terhadap a...
17 Pengingkar Pkp Bebas Selepas Mahkamah Pendekkan Tempoh Penjara

17 Pengingkar Pkp Bebas Selepas Mahkamah Pendekkan Tempoh Penjara

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 377 hits
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP mulai 18 Mac lalu dan disambung 2 kali sehingga 28 April ini dalam usaha membendung penularan Covid 19 SHAH ALAM Seramai 17 individu dibebaskan hari ini selepas Mahkamah Tinggi memendekkan tempoh penjara...
Pm Umumkan Pkp Dilanjutkan 2 Minggu Lagi Putuskan Untuk Terus Berjuang

Pm Umumkan Pkp Dilanjutkan 2 Minggu Lagi Putuskan Untuk Terus Berjuang

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 206 hits
Baru sahaja sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjawab persoalan yang bermain difikiran rakyat samaada Perintah Kawalan Pergerakan ini diteruskan atau tidak Dalam pengumuman tadi pihak kerajaan yang menerima nasih...
Cara Tebus 1gb Internet Percuma Bermula 1 April Sepanjang Tempoh Pkp

Cara Tebus 1gb Internet Percuma Bermula 1 April Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 520 hits
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera Pada 27 Mac Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan berkaitan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menerusi perutusan tersebut beliau turut menyatakan tentang pemberian interne
Kes Ingkar Pkp Terus Naik Selepas Tiga Minggu

Kes Ingkar Pkp Terus Naik Selepas Tiga Minggu

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR 9 APRIL Statistik kes ingkar Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari ke 23 terus meningkat sekali gus mencetus kebimbangan Perkara itu turut disuarakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang a...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah