Pemimpin Dap Salahkan Dr M Punca Kerajaan Ph Tumbang

PH nak kembalikan sokongan rakyat hanya satu cara iaitu Mahathir kena disingkirkan. Anwar menjadi pemimpin yang utama tanpa campurtangan sesiapa. Kajian yang dikemukan oleh DAP kepada PKR dalam pertemuan beberapa pimpinan utama DAP dengan Anwar Ibrahim.
Oleh itu satu gerakan dilakukan untuk singkirkan Mahathir ialah dengan mengambil semua kesalahan kejatuhan PH ke atas Mahathir.
Jadi jangan hairan selepas ini, PH akan menyalahkan Mahathir atas apa yang berlaku. Penyokong PH akan menyerang Mahathir dan mereka akan bersatu untuk mengambil alih semula kerajaan tanpa talibarut, Mahathir.
---------------------
PETALING JAYA: Seorang ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP hari ini  menyalahkan Dr Mahathir Mohamad berhubung krisis politik yang membawa  Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa pada Februari dan tumbangnya kerajaan  negeri yang dipimpin gabungan itu.
Ronnie Liu, yang secara terbuka mengkritik bekas perdana menteri pada  masa lalu, berkata tiada masalah jika Mahathir menyerahkan kuasa kepada  Anwar Ibrahim.
Beliau juga berkata tiada masalah jika Mahathir tidak meletakkan  jawatan, menerima nasihat Yang di-Pertuan Agong, dan jika negarawan  veteran itu tidak mencadang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa PH  dan parti politik lain.
“Akhirnya, kerajaan PH tumbang kerana rampasan kuasa oleh orang parti Mahathir sendiri,” katanya, merujuk kepada PPBM.
     Dalam catatan Facebook, beliau merujuk bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali dan Presiden Muhyiddin Yassin.
Beliau menambah PPBM menolak cadangan akta anti-melompat parti yang  boleh mengelakkan kejatuhan kerajaan negeri di Johor, Melaka, Perak dan  Kedah.
“Mahathir lah yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH dan beliau belum  lagi mengaku kesilapannya dan belum meminta maaf kepada rakyat.”
PPBM menarik diri dari PH selepas Mahathir meletak jawatan sebagai  perdana menteri pada Februari, mencetuskan krisis yang menyaksikan Agong  melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk mengetuai kerajaan  yang terdiri daripada Umno dan PAS.
   Ucapan Liu dibuat susulan tersebarnya rakaman audio mesyuarat  terakhir PH pada Februari di mana menteri dan pemimpin parti secara  terbuka bertelagah mengenai tempoh Mahathir sebagai perdana menteri.
Rakaman selama 2 jam mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Feb lalu  menunjukkan 2 puak, 1 bertegas tempoh jelas untuk Mahathir memberi  laluan kepada Anwar dan 1 lagi kumpulan berpendapat perbincangan  peralihan kuasa menjejaskan kredibiliti PH.
MR :  Bersatu Mahathir akan tersempit..
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/pemimpin-dap-salahkan-dr-m-punca.html