Tertuduh Pertama Mengaku Tekap Tapak Kaki Lutut Zulfarhan Dengan Seterika Wap


KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Tertuduh pertama dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah menekap bahagian tapak kaki dan lutut mangsa menggunakan seterika wap.
Muhammad Akmal Zuhairi, 23, turut mengakui bahawa Zulfarhan menjerit kesakitan, setiap kali beliau ditekap dengan seterika wap dan mangsa juga tidak melawan.
Tertuduh berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim semasa prosiding membela diri di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Bagaimamapun dia tidak bersetuju dengan cadangan Julia, bahawa dia bukan hanya menekap seterika wap di dua bahagian itu, malah juga di bahagian lain.
Kepada soalan Julia bahawa dia hanya menyapu losyen gamat pada luka yang dialami Zulfarhan sepanjang 23 hingga 26 Mei 2017, tertuduh berkata “Ya”.
Katanya dia telah membawa Zulfarhan  ke Klinik As-Salam di Bandar Baru Bangi pada 27 Mei 2017, namun tidak membawanya ke Klinik UPNM, kerana ketika itu cuti semester.
“Semasa di klinik itu, saya, Muhammad Afif dan Abdoul Hakeem Mohd Ali (dua tertuduh) masuk sekali ke dalam bilik rawatan. Tiada surat daripada doktor untuk rujuk Zulfarhan ke hospital,” katanya.
Kepada cadangan Julia bahawa terdapat 90 kesan Zulfarhan dicucuh seterika dan dikatakan dia telah mencucuh Zulfarhan dengan seterika wap sebanyak 18 kali, Muhammad Akmal berkata “Tidak setuju”.
Muhammad Akmal turut  tidak bersetuju dengan cadangan Julia bahawa selain dirinya, empat lagi tertuduh lain iaitu Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri juga menekap Zulfarhan, menggunakan seterika berkali-kali secara bergilir-gilir.
Julia: Sepanjang Zulfarhan dicucuh dengan seterika, adakah kamu cuba untuk menghentikan perbuatan itu.
Muhammad Akmal: Tidak hentikan.
Tertuduh juga mengakui sebagai pegawai kadet dan pelajar universiti itu, tindakan yang dilakukannya itu salah dan tidak mengikut undang-undang.
Muhammad Akmal berkata selepas Zulfarhan mengaku bahawa dia mengambil komputer riba dan memohon maaf serta meminta sedikit masa untuk mengganti semula barangan tersebut, dia tidak membuat laporan kepada pihak atasan
Julia: Saya katakan kamu tak buat laporan sebab kamu tahu perbuatan kamu memukul Zulfarhan adalah salah dan akan diambil tindakan.
Muhammad Akmal: Saya tak setuju. Kebiasaannya, di UPNM tak ada apa yang berlaku.
Julia: Jadi budaya disitu, pukul orang tak ada apa yang berlaku, curi komputer riba kena buang. Itu yang kamu maksudkan?
Muhammad Akmal: Ya Yang Arif.
Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakilinya,  Muhammad Akmal,  menjelaskan dia membawa Zulfarhan keluar dari UPNM untuk mendapatkan rawatan di klinik tersebut kerana ingin tahu keadaan luka di tubuh badan mangsa, sama ada terdapat jangkitan atau tidak.
Disoal Amer Hamzah adakah tertuduh ada memohon maaf kepada Zulfarhan dan bagaimana keadaan mangsa ketika itu, tertuduh menjawab dia ada meminta maaf kepada Zulfarhan kerana telah menggunakan seterika wap terhadap rakannya itu.
“Keadaan Zulfarhan ketika itu baik dan lukanya ada yang beransur pulih serta ada yang berair,” katanya.
Amer Hamzah: Boleh jelaskan kenapa kamu tidak setuju dengan cadangan pendakwaan bahawa kamu dan rakan-rakan melakukan cucuhan menggunakan seterika berulang kali secara bergilir-gilir?
Muhammad Akmal: Sebab saya tak nampak mereka buat guna seterika. Selepas saya buat (tekap) saya pergi tandas dan keluar merokok.
Pada 31 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama  yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/05/tertuduh-pertama-mengaku-tekap-tapak-kaki-lutut-zulfarhan-dengan-seterika-wap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Saya Buat Saya Keluar Merokok Akmal Mengaku Tekap Seterika Di Tapak Kaki Lutut Arwah Zulfarhan

Selepas Saya Buat Saya Keluar Merokok Akmal Mengaku Tekap Seterika Di Tapak Kaki Lutut Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 923 hits
Tertuduh pertama dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia telah menekap bahagian tapak kaki dan lutut mangsa menggunakan sete...
Akhirnya Tertudvh Pertama Mengaku Tekap Tapak Kaki Zulf4rh4n Dengan Seter1ka Panas Ini Pengakuan Yang Telah Dibuat

Akhirnya Tertudvh Pertama Mengaku Tekap Tapak Kaki Zulf4rh4n Dengan Seter1ka Panas Ini Pengakuan Yang Telah Dibuat

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 291 hits
Tertudvh pertama dalam kes kem4tian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia ZuIfarhan Osman Zulkarnain hari ini mengaku di Mhkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia telah menekap bahagian tapak kaki dan lutut mngsa menggunakan seteri...
Mahkamah Tertuduh Meminta Maaf Pada Keluarga Zulfarhan

Mahkamah Tertuduh Meminta Maaf Pada Keluarga Zulfarhan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi pilu selepas tertuduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa di Mahkamah Tinggi ha...
Lakukan Urutan Tapak Kaki Ini Sebelum Tidur Dan Rasakan Keajaibannya Esok Hari

Lakukan Urutan Tapak Kaki Ini Sebelum Tidur Dan Rasakan Keajaibannya Esok Hari

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 720 hits
Beberapa kajian dijalankan mengatakan bahawa urutan di tapak kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan lebih santai dan mengurangkan risiko kekejangan pada otot otot Terdapat banyak manfaat melakukan urutan pada tapak kaki setiap malam sebe...
Kes Buli Pelajar Upnm Ditekap Seterika Wap

Kes Buli Pelajar Upnm Ditekap Seterika Wap

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 294 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Along Rindu Mak Ayah Nak Minta Maaf Tertuduh Kedua Dedah Kata Kata Terakhir Arwah Zulfarhan

Along Rindu Mak Ayah Nak Minta Maaf Tertuduh Kedua Dedah Kata Kata Terakhir Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 883 hits
https ift tt 34DPZhP Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi pilu selepas tertuduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa di Mahkamah T...
Wamenhan Trenggono Mengaku Belum Ada Pembagian Tugas Kerja Dengan Prabowo

Wamenhan Trenggono Mengaku Belum Ada Pembagian Tugas Kerja Dengan Prabowo

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 154 hits
Mantan Bendahara Umum Tim Kampanye Nasional Joko Wododo Maruf Amin pada Pilpres 2019 ini pun menuturkan komunikasi dengan Prabowo berjalan dengan lancar dan tak adanya hambatan
Lelaki Mengaku Bersalah Dera Bayi Perempuan Tujuh Bulan

Lelaki Mengaku Bersalah Dera Bayi Perempuan Tujuh Bulan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 244 hits
Kuala Lumpur 30 Okt Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera seorang bayi perempuan berumur tujuh bulan sehingga lebam di kedua dua belah matanya Megat Afindi Mahauddin 43 seorang penganggu...
Geram Ayah Ada Awek Lain Anak Mengaku Tetak Ayah Sampai Mati Buang Mayat Dalam Tangki Septik

Geram Ayah Ada Awek Lain Anak Mengaku Tetak Ayah Sampai Mati Buang Mayat Dalam Tangki Septik

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 317 hits
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan kerana didakwa membunuh bapa kandungnya sendiri dengan cara yang sadis Suspek dipercayai menetak ayahnya dengan menggunakan kapak sehingga maut dan mencampakkan mayat tersebut ke tangki septik Difaham...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba