Along Rindu Mak Ayah Nak Minta Maaf Tertuduh Kedua Dedah Kata Kata Terakhir Arwah Zulfarhan


https://ift.tt/34DPZhP
Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi pilu selepas tertuduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa di Mahkamah Tinggi pada Selasa

Turut mengundang kesedihan apabila Muhammad Azamuddin Mad Sofi, 23, mendedahkan bahawa Zulfarhan, yang membahasakan dirinya sebagai Along, memberitahu yang dia merindui kedua-dua ibu bapanya dan mahu memohon maaf

Ibu mangsa yang berada di galeri awam kelihatan menitiskan air mata selepas tertuduh kedua itu memberitahu kejadian tersebut

Menceritakan detik berkenaan, Muhammad Azamuddin berkata sebelum Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017, dia dan mangsa berada di bilik rakan tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten)

Ketika itu Muhammad Akmal keluar membeli ‘Oral Rehydration Salt’ (ORS)

"Pada waktu itu Zulfarhan ada muntah sekali. Bila saya membersihkan muntahnya, Zulfarhan memberitahu saya dia minta maaf dekat saya sebab dia menyusahkan saya. Saya bagi tahu dia tak ada masalah kita kawan dan Zulfarhan bagi tahu dia rindu mak dan ayahnya dan mahu minta maaf

"Dia cakap Along rindu mak dan ayah, saya cakap kalau rindu call lah, tapi dia cakap tak apa aku tak nak menyusahkan mak ayah aku, mak aku sakit. Saya rasa pelik kenapa tiba-tiba dia cakap macam itu. 
"Tiba-tiba dia (Zulfarhan) mengimbau kenangan saya tumpang rumah dia di Johor Bahru. Saya bagi tahu Zulfarhan, apa yang jadi pun aku tetap dengan kau, kau kena kuat, minggu depan dah nak peperiksaan dan Zulfarhan bagi tahu dia sayang saya," katanya dan menambah ketika itu Zulfarhan berada dalam keadaan lemah

"Zulfarhan beritahu dia mahu baring atas comforter (selimut) secara meniarap. Selang beberapa minit Muhammad Akmal lihat Zulfarhan tidak bergerak dan memanggil nama Zulfarhan, namun tiada tindak balas daripada Zulfarhan, lalu saya pegang tangan dia (Zulfarhan) dan saya rasa tangan dia sejuk," katanya

Tertuduh kemudian menelefon ambulans dan sebelum ambulans tiba, pihak hospital memberi arahan kepada mereka supaya mengerengkan Zulfarhan

"Anggota parademik yang tiba membuat pemeriksaan, tiada tindak balas daripada Zulfarhan dan selepas itu Zulfarhan dibawa ke Hospital Serdang

"Tiba di hospital saya dan Muhammad Akmal melakukan pendaftaran di wad kecemasan hospital itu. Kakitangan hospital memberitahu kami Zulfarhan masih ada nadi dan pada 9.30 malam seorang doktor bagi tahu Zulfarhan sudah meninggal dunia," katanya

Terdahulu, Muhammad Azamuddin membuat permohonan maaf itu selepas peguamnya, Amer Hamzah Arshad menyoalnya sama ada mahu bercakap sesuatu kepada keluarga Zulfarhan

"Saya mewakili sahabat-sahabat saya memohon maaf atas apa yang berlaku," katanya dalam keadaan sebak ketika pemeriksaan utama oleh Amer Hamzah semasa membela diri di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah

Dia berkata hubungannya dengan Zulfarhan diibaratkan seperti "seutas tasbih yang mana ada awalnya dan tiada berpenghujung"

"Walapun Zulfarhan sudah pergi bertemu pencipta, saya dan rakan-rakan sentiasa mendoakan kesejahteraannya

"Perkenalan kami (tertuduh dan Zulfarhan) bermula 2014, walaupun saya dan Zulfarhan berbeza dalam jurusan tetapi UPNM yang menanamkan erti persahabatan dan prinsip 'no man left behind' menyebabkan saya dan dia berkawan baik," katanya


Dalam keterangannya, Muhammad Azamuddin berkata pada 22 Jun 2017, dia hanya melalukan seterika wap itu di bahu dan paha Zulfarhan selama satu saat

"Saya guna seterika itu pada bahu dan paha Farhan tetapi masa buat seterika dan Farhan tidak bersentuhan

"Saya ambil seterika wap itu apabila Mubin (rakan tertuduh) cakap Zulfarhan kena ajar sikit, selepas itu saya gunakan," katanya apabila ditanya Amer Hamzah bila tertuduh mengambil seterika itu

Semasa ditanya mengapa menggunakan seterika wap itu, tertuduh menjawab: “Saya hanya menggertak atau menakutkan Zulfarhan”

Ditanya lagi mengapa melakukan perbuatan tersebut yang boleh menyebabkan kematian sedangkan dia dan Zulfarhan bersahabat baik, Muhammad Azamuddin menjawab: “Pada saya, tindakan saya hanya untuk menasihati Zulfarhan sebab saya tahu bagaimana perangai Zulfarhan

"Ketika saya melakukan perbuatan itu saya langsung tidak tahu ia mampu mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan kerana pada ketika itu jelas tiada kesan pada Zulfarhan dan saya tiada niat untuk mencederakan (Zulfarhan), jauh sekali untuk saya melakukan pembunuhan," katanya

Pada 31 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama  yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan

Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa

Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung hari ini

Sumber: Bernama
LAPORAN BERKAITAN'Selepas saya buat (tekap), saya keluar merokok' - Akmal mengaku tekap seterika di tapak kaki & lutut arwah Zulfarhan

from The Reporter https://ift.tt/2NDePY0
via IFTTT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2019/11/along-rindu-mak-ayah-nak-minta-maaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terdetik Rasa Nak Marah Anak Mak Ayah Amalkan 8 Tip Ini Cepatlah Hati Tenang

Terdetik Rasa Nak Marah Anak Mak Ayah Amalkan 8 Tip Ini Cepatlah Hati Tenang

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 481 hits
Bila rasa nak marah dengan anak memang tak boleh nak elak untuk naikkan suara atau pukul anak Tapi sebenarnya ada cara yang boleh tenangkan hati Sebagai ibu bapa kena ingat dalam rumahtangga kehadiran cahaya mata merupakan pelengkap kehidup...
Mahkamah Tertuduh Meminta Maaf Pada Keluarga Zulfarhan

Mahkamah Tertuduh Meminta Maaf Pada Keluarga Zulfarhan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi pilu selepas tertuduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa di Mahkamah Tinggi ha...
Farah Atas Bot Di Sungai Sentuh Air Tiba Tiba Isteri Arwah Pitt Hanif Kongsi Saat Cemas Pertemuan Terakhir

Farah Atas Bot Di Sungai Sentuh Air Tiba Tiba Isteri Arwah Pitt Hanif Kongsi Saat Cemas Pertemuan Terakhir

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 434 hits
Genap lima hari pemergian Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif isteri beliau Farah Ahmad menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang usaha pencarian suaminya itu Kenyataan...
Anak Terpaksa Bersaing Dengan Handphone Berharap Mak Ayah Pandang Muka Dia

Anak Terpaksa Bersaing Dengan Handphone Berharap Mak Ayah Pandang Muka Dia

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 469 hits
Telefon pintar merupakan satu keperluan buat semua orang bagi memudahkan urusan seharian Tetapi kini ia fenomena telefon pintar ini mendatangkan kesan yang kurang baik kerana anak anak terabai suami dan isteri pula makan hati Maklumlah seti...
Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 472 hits
Apa yang kita tanam itulah yang anak akan tuai Kelembutan kasih sayang tidak bermaksud tidak boleh memarahi Kita sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi mendisiplin dan menghukum anak anak dengan kelembutan kasih sayang Ini ad...
Jenazah Pitt Hanif Ditemui Dalam Keadaan Baik Mama Minta Maaf Tak Jaga Pitt Seperti Mana Janji Pada Arwah Abah

Jenazah Pitt Hanif Ditemui Dalam Keadaan Baik Mama Minta Maaf Tak Jaga Pitt Seperti Mana Janji Pada Arwah Abah

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 694 hits
SELEPAS dua hari dilaporkan hilang pengarah filem Coast Guard iaitu Pitt Hanif disahkan meninggal dunia selepas pasukan mencari dan menyelamat menemui jenazahnya di Sungai Mela Kuala Lipis pada petang Ahad Berita itu disahkan sendiri oleh i...
Bersendirian Di Sisi Keranda Gambar Pelukan Terakhir Anak Arwah Suami Isteri Kemalangan Buat Netizen Hiba

Bersendirian Di Sisi Keranda Gambar Pelukan Terakhir Anak Arwah Suami Isteri Kemalangan Buat Netizen Hiba

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 977 hits
Setiap anak dilahirkan kedunia mempunyai ibu dan ayah Hanya takdir yang membezakan berapa lama Allah pinjamkan kepada kita untuk bersama mereka Tiada siapa yang ingin kehilangan ibu bapa tercinta terutama diusia yang begitu muda Jauh dilubu...
Pelukan Terakhir Foto Anak Arwah Mangsa Kemalangan Di Sisi Keranda Cetus Hiba

Pelukan Terakhir Foto Anak Arwah Mangsa Kemalangan Di Sisi Keranda Cetus Hiba

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 443 hits
Menjadi yatim piatu dalam sekelip mata itulah yang berlaku kepada anak lelaki anggota polis Muhammad Syakiran Shamsuddin dan isterinya Nurul Ashikin Kamaruddin yang maut dalam kemalangan di Jalan Syed Putra Kuala Lumpur Baru berusia 2 tahun...
Budak Ditemui Dalam Stroller Minta Sedekah Mak Ayah Didakwa Cari Duit Mudah Untuk Bayar Hutang Ah Long

Budak Ditemui Dalam Stroller Minta Sedekah Mak Ayah Didakwa Cari Duit Mudah Untuk Bayar Hutang Ah Long

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 972 hits
Baru baru ini tular beberapa foto mengenai seorang bayi yang didakwa meminta sedekah di Uptown Perda Pulau Pinang Menerusi perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama ini bayi tersebut dipercayai telah ditinggalkan...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik