Selepas Saya Buat Saya Keluar Merokok Akmal Mengaku Tekap Seterika Di Tapak Kaki Lutut Arwah Zulfarhan



Tertuduh pertama dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia telah menekap bahagian tapak kaki dan lutut mangsa menggunakan seterika wap

Muhammad Akmal Zuhairi, 23, turut mengakui bahawa Zulfarhan menjerit kesakitan, setiap kali dia ditekap dengan seterika wap dan mangsa juga tidak melawan

Tertuduh berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim semasa prosiding membela diri di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah

Bagaimanapun dia tidak bersetuju dengan cadangan Julia, bahawa dia bukan hanya menekap seterika wap di dua bahagian itu, malah juga di bahagian lain

Kepada soalan Julia bahawa dia hanya menyapu losyen gamat pada luka yang dialami Zulfarhan sepanjang 23 hingga 26 Mei 2017, tertuduh berkata "Ya"

Katanya, dia telah membawa Zulfarhan ke Klinik As-Salam di Bandar Baru Bangi pada 27 Mei 2017, namun tidak membawanya ke Klinik UPNM, kerana ketika itu cuti semester

"Semasa di klinik itu, saya, Muhammad Afif dan Abdoul Hakeem Mohd Ali (dua tertuduh) masuk sekali ke dalam bilik rawatan. Tiada surat daripada doktor untuk rujuk Zulfarhan ke hospital," katanya

Kepada cadangan Julia bahawa terdapat 90 kesan Zulfarhan dicucuh seterika dan dikatakan dia telah mencucuh Zulfarhan dengan seterika wap sebanyak 18 kali, Muhammad Akmal berkata "Tidak setuju"

Muhammad Akmal turut tidak bersetuju dengan cadangan Julia bahawa selain dirinya, empat lagi tertuduh lain iaitu Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri juga menekap Zulfarhan, menggunakan seterika berkali-kali secara bergilir-gilir

Julia: Sepanjang Zulfarhan dicucuh dengan seterika, adakah kamu cuba untuk menghentikan perbuatan itu

Muhammad Akmal: Tidak hentikan

Tertuduh juga mengakui sebagai pegawai kadet dan pelajar universiti itu, tindakan yang dilakukannya itu salah dan tidak mengikut undang-undang

Muhammad Akmal berkata selepas Zulfarhan mengaku bahawa dia mengambil komputer riba dan memohon maaf serta meminta sedikit masa untuk mengganti semula barangan tersebut, dia tidak membuat laporan kepada pihak atasan

'Pukul tak ada apa, curi kena buang'
Julia: Saya katakan kamu tak buat laporan sebab kamu tahu perbuatan kamu memukul Zulfarhan adalah salah dan akan diambil tindakan

Muhammad Akmal: Saya tak setuju. Kebiasaannya, di UPNM tak ada apa yang berlaku

Julia: Jadi budaya di situ, pukul orang tak ada apa yang berlaku, curi komputer riba kena buang. Itu yang kamu maksudkan

Muhammad Akmal: Ya Yang Arif

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakilinya, Muhammad Akmal, menjelaskan dia membawa Zulfarhan keluar dari UPNM untuk mendapatkan rawatan di klinik tersebut kerana ingin tahu keadaan luka di tubuh badan mangsa, sama ada terdapat jangkitan atau tidak

Disoal Amer Hamzah adakah tertuduh ada memohon maaf kepada Zulfarhan dan bagaimana keadaan mangsa ketika itu, tertuduh menjawab dia ada meminta maaf kepada Zulfarhan kerana telah menggunakan seterika wap terhadap rakannya itu

"Keadaan Zulfarhan ketika itu baik dan lukanya ada yang beransur pulih serta ada yang berair," katanya

Amer Hamzah: Boleh jelaskan kenapa kamu tidak setuju dengan cadangan pendakwaan bahawa kamu dan rakan-rakan melakukan cucuhan menggunakan seterika berulang kali secara bergilir-gilir

Muhammad Akmal: Sebab saya tak nampak mereka buat guna seterika. Selepas saya buat (tekap) saya pergi tandas dan keluar merokok

Pada 31 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan

Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa

Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung esok

Sumber: Bernama

source https://www.thereporter.my/2019/11/selepas-saya-buat-tekap-saya-keluar.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2019/11/selepas-saya-buat-tekap-saya-keluar_4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tertuduh Pertama Mengaku Tekap Tapak Kaki Lutut Zulfarhan Dengan Seterika Wap

Tertuduh Pertama Mengaku Tekap Tapak Kaki Lutut Zulfarhan Dengan Seterika Wap

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR 4 Nov Tertuduh pertama dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah menekap bahagian tapak kaki dan lutut mangsa me...
Akhirnya Tertudvh Pertama Mengaku Tekap Tapak Kaki Zulf4rh4n Dengan Seter1ka Panas Ini Pengakuan Yang Telah Dibuat

Akhirnya Tertudvh Pertama Mengaku Tekap Tapak Kaki Zulf4rh4n Dengan Seter1ka Panas Ini Pengakuan Yang Telah Dibuat

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 290 hits
Tertudvh pertama dalam kes kem4tian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia ZuIfarhan Osman Zulkarnain hari ini mengaku di Mhkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia telah menekap bahagian tapak kaki dan lutut mngsa menggunakan seteri...
Tak Tahan Di Tekan Dap Akhirnya Menteri Besar Perak Mengaku Akan Bawa Ppbm Keluar Pakatan Harapan

Tak Tahan Di Tekan Dap Akhirnya Menteri Besar Perak Mengaku Akan Bawa Ppbm Keluar Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 1033 hits
Pening kepala Din Pagoh dengan kebodohan demi kebodohan yang calon dan pemimpin Pakatan Harapan terutamanya dari PPBM tunjukkan dalam kempen PRK Tg Piai kali nie Mula mula calon PH PPBM PRK Tg Piai sendiri Wak Karmaine dalam kempen PRK jela...
Peringatan Kepada Ibu Bapa Selepas Merokok Jangan Cium Dan Peluk Anak Ini Sebabnya

Peringatan Kepada Ibu Bapa Selepas Merokok Jangan Cium Dan Peluk Anak Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 593 hits
Anda bila lagi nak berhenti jangan sampai macam saya menyesal nanti pesan lelaki yang kini berusia 35 tahun kepada orang ramai setelah anaknya yang berusia 1 tahun 10 hari meninggal dunia akibat terlalu terdedah kepada asap rokok Katanya an...
Along Rindu Mak Ayah Nak Minta Maaf Tertuduh Kedua Dedah Kata Kata Terakhir Arwah Zulfarhan

Along Rindu Mak Ayah Nak Minta Maaf Tertuduh Kedua Dedah Kata Kata Terakhir Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 880 hits
https ift tt 34DPZhP Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi pilu selepas tertuduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa di Mahkamah T...
Lakukan Urutan Tapak Kaki Ini Sebelum Tidur Dan Rasakan Keajaibannya Esok Hari

Lakukan Urutan Tapak Kaki Ini Sebelum Tidur Dan Rasakan Keajaibannya Esok Hari

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 715 hits
Beberapa kajian dijalankan mengatakan bahawa urutan di tapak kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan lebih santai dan mengurangkan risiko kekejangan pada otot otot Terdapat banyak manfaat melakukan urutan pada tapak kaki setiap malam sebe...
Saat Bertemu Jokowi Zainudin Amali Mengaku Bahas Pengembangan Anak Muda Olahraga

Saat Bertemu Jokowi Zainudin Amali Mengaku Bahas Pengembangan Anak Muda Olahraga

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 203 hits
Juga bidang bidang olahraga yang harus juga kita dorong untuk kita bisa berprestasi baik di tingkat internasional regional kata Zainudin
Raffi Ahmad Mengaku Kalah Dari Keluarga Anang Hermansyah Kenapa Ya

Raffi Ahmad Mengaku Kalah Dari Keluarga Anang Hermansyah Kenapa Ya

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 269 hits
Raffi Ahmad menyatakan diri kalah dari keluarga Anang Hermansyah Wah kekalahan dalam hal apa ya
Pkl Dilarang Berjualan Di Cfd Petugas Kebersihan Mengaku Terbantu

Pkl Dilarang Berjualan Di Cfd Petugas Kebersihan Mengaku Terbantu

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 140 hits
PKL Dilarang Berjualan di CFD Petugas Kebersihan Mengaku Terbantu Kendati begitu Soleh mengungkapkan bahwa Gubernur Jakarta Anies Baswedan meminta ia dan kawan kawannya untuk tetap membersihkan area CFD baik itu ada sampah maupun tidak
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri