Tertib Pengurusan Harta Pusaka


 



Tertib Pengurusan Harta Pusaka


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Berdasarkan pertanyaan yang saya terima, ramai yang masih keliru atau tidak mempunyai pengetahuan mengenai kaedah menguruskan harta pusaka si mati.  Ramai yang beranggapan, terus kepada pembahagian faraid atau muafakat harta yang ditinggalkan oleh si mati.  Untuk makluman, pembahagian faraid adalah yang terakhir selepas semua urusan dunia si mati telah diselesaikan.  Di sini saya nyatakan tertib pengurusan harta pusaka bagi manfaat kepada kita semua.


Langkah 1: Pengumpulan harta simati.
Semua harta si mati wajib diistiharkan kepada semua waris kadim yang mempunyai hak ke atas harta yang ditinggalkan oleh si mati.


Langkah 2: Mengasingkan harta yang telah dihibahkan semasa hidup kepada penerima yang telah nyatakan dalam dokumen hibah atau wakaf.  Harta yang telah dihibahkan atau wakaf  tidak termasuk dalam proses pembahagian harta pusaka.


Langkah 3: Belanja Pengkebumian
Menyelesaikan belanja pengkebumian si mati dengan menggunakan harta si mati jika tiada khairat kematian.


Langkah 4: Hutang
Menyelesaikan hutang yang ditinggalkan oleh si mati.  Terdapat 2 ketegori hutang iaitu hutang dunia dan hutang kepada Allah swt.
Hutang dunia adalah pinjaman kereta, rumah, kpd organisasi spt cukai tanah, LHDN, PTPTN, Bank, PBT dan lain².
Hutang kpd Allah swt adalah badal haji (jika mampu dan belum tunai haji) zakat, fidyah, nazar dan seumpamanya.
Hutang hendaklah dibayar menggunakan harta yang dimiliki oleh si mati dengan segera selepas dikeluarkan wang tunai atau simpanan dari THaji / KWSP / Akaun Bank.
Jika hutang ini dibayar terlebih dahulu oleh waris si mati maka ianya hendaklah dibayar balik kepada waris tadi kecuali waris menghalalkan.


Langkah 5: Harta Sepencarian
Menyelesaikan harta sepencarian dari pasangan si mati jika ada tuntutan dibuat melalui mahkamah syariah dan keputusan telah dikeluarkan oleh mahkamah syariah.


Langkah 6:. Wasiat 1/3
Melaksanakan wasiat 1/3 pembahagian harta kepada bukan waris jika semasa hidup si mati ada hasrat tertentu seperti anak angkat, saudara bukan waris faraid, rumah kebajikan, masjid dan seumpamanya. Nilai harta yang boleh diwasiatkan terhad kepada 1/3 sahaja.  Jika lebih dari 1/3 memerlukan persetujuan waris faraid.


Langkah 7: Pembahagian Faraid atau Takhruj
Kita kena tahu rukun faraid ada 3 iaitu: 
1. Mati hakiki atau mati hukmi
2. Ada meninggalkan harta, dan
3. Ada waris.


Ini bermakna hukum faraid hanya wujud apabila pemilik harta meninggal dunia.  Sekiranya terdapat baki harta si mati selepas menyelesaikan langkah 3 hingga 6, harta tersebut wajib di kira pembahagian faraid kepada waris yang terlibat dan semua waris wajib mengetahui bahagian masing-masing mengikut kadar seperti yang ditetapkan dalam Al Quran Suruh An Nisa Ayat 11, 12 dan 176.
Selepas mengetahui nilai masing², waris boleh membuat keputusan mengekalkan bahagian masing² atau muafakat dari segi pembahagian dengan melepaskan bahagian faraid atau pembahagian samarata dikalangan mereka yang terlibat.
Jika arwah tidak meninggalkan baki harta selepas langkah 3-6, sebaliknya ada hutang yg belum selesai, maka tidak ada pembahagian faraid dalam keadaan ini.  Waris hendaklah berusaha membayar hutang setakat kemampuan tanpa menjejaskan kehidupan sendiri dan anak².  Jika tidak mampu juga bayar hutang, ianya terserah kpd Allah swt.  Oleh itu, kalau kita berhutang, sebaiknya kita juga wajib ada aset dan nilai lebih dari hutang.


Kesimpulan:
Adalah menjadi kewajipan waris untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka.  Waris wajib memudahkan pembahagian harta pusaka dan menyelesaikan semua urusan dunia si mati dengan segera bagi mengelakkan berlakunya kematian waris-waris faraid selepas itu di mana bahagian waris yang meninggal selepas si mati akan di warisi pula oleh waris² lain.  Ini akan menimbulkan kesukaran bagi menyelesaian pembahagian harta pusaka.
Di Semenanjung Malaysia, pembahagian harta pusaka hanya boleh diuruskan di 3 tempat berikut:


👉1️⃣. Amanah Raya Berhad (ARB) (Harta Ringkas) jika si mati meninggalkan harta alih sahaja tidak melebihi RM600K.  Sekiranya lebih dari RM600K perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil. ARB hanya diberi kuasa  mengeluarkan perintah pembahagian atau pentadbir harta pusaka sekiranya si mati mempunyai harta alih tidak melebihi RM600K shj ( Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995)


👉2️⃣. Unit Pembahagian Harta Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan) - Harta Pusaka Kecil - (Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
Nilai keseluruhan harta pusaka si mati kurang dari RM2 juta dan wajib mempunyai Harta Tak Alih iaitu tanah atau rumah.  Semua harta alih yang lain boleh dibuat bersama-sama harta tak alih.


👉3️⃣. Mahkamah Tinggi Sivil ( Harta Pusaka Besar) ( Akta Probate)
Si mati mempunyai harta pusaka yang bernilai lebih dari RM2 juta ke atas termasuk harta alih dan harta tak alih.


✅Semoga dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi manfaat kepada tuan/puan semua bagaimana membuat perancangan harta untuk diri sendiri dan menyelesaikan harta pusaka waris² yang telah meninggal dunia yang belum diselesaikan.


Kredit:
ALNUR WEALTH MANAGEMENT
LOT 2.08 ARAS 2, WISMA UNIKEB UKM
JALAN KAJANG BANGI
43600 BANDAR BARU BANGI
HJ ALZUHARI - 0193326747
HJH NORASIAH -. 0193346747






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulkbo.com/2022/10/tertib-pengurusan-harta-pusaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demokrasi Lagi Penting Dari Perut Dan Harta

Demokrasi Lagi Penting Dari Perut Dan Harta

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 120 hits
Demokrasi lagi penting dari perut dan harta Di negara lain mereka sanggup mati dan kehilangan harta untuk memperjuangkan demokrasi Orang Malaysia baru suruh berlapar sikit dan menghadapi banjir dah takut nak adakan PRU15
Penampakan Uang Suap Pengurusan Perkara Di Mahkamah Agung

Penampakan Uang Suap Pengurusan Perkara Di Mahkamah Agung

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 140 hits
Penampakan Uang Suap Pengurusan Perkara di Mahkamah Agung Ketua KPK Firli Bahuri menyebut Hakim Agung pada Mahkamah Agung Sudrajad Dimyati menerima Rp800 juta untuk mengurus perkara di MA Sudrajad menerima uang tersebut melalui Hakim Yustis...
Maksud Harta Luqatah

Maksud Harta Luqatah

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 184 hits
Original Content Maksud Harta Luqatah Harta Luqatah dari segi istilah syara bermaksud harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki tidak dijaga dan penemu tidak mengenali pemiliknya Dengan kata lain harta Luqatah ialah sesuatu ya...
Bicara Tuntutan Harta Sepencarian Rm1 Bilion Balu Allahyarham Jamaludin Jarjis 1 Nov

Bicara Tuntutan Harta Sepencarian Rm1 Bilion Balu Allahyarham Jamaludin Jarjis 1 Nov

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 168 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian berjumlah RM1 bilion yang difailkan Puan Sri Kalsom Ismail balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis terhadap empat anak dan ibu mentuanya akan bermula 1 Nov di Mahkamah Tinggi Syariah...
Mohon Mpkb Bri Sediakan Pengurusan Sisa Pepejal Kerusi Meja Hiasan Bunga Untuk Majlis Bekwoh Nik Abduh Dikritik Netizen

Mohon Mpkb Bri Sediakan Pengurusan Sisa Pepejal Kerusi Meja Hiasan Bunga Untuk Majlis Bekwoh Nik Abduh Dikritik Netizen

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 157 hits
Tular di media sosial 22 September lalu surat permohonan dari Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bachok yang memohon bantuan dari Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam mengundang banyak reaksi netizen nbsp Surat yang dikeluarkan
Notis Pengurusan Baru Kluangdiamond

Notis Pengurusan Baru Kluangdiamond

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 228 hits
Sejak kebelakangan ini Kluangdiamond dikendalikan pengurusan baru yang lebih menjurus kepada kegiatan ekonomi kurang berpolitik kurang tulisan politik sesekali tulisan politik dari pengurusan lama Harap maklum
Buku Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A S

Buku Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A S

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 221 hits
Assalamualaikum wbt Awak pernah baca tak buku nie Buku nie amat sesuai sangat untuk dibaca sebagai motivasi diri dan pada sesiapa yang mengalami konflik emosi Buku ini dikarang oleh penulis bersama iaitu Ahmad Najib Abdullah dan Lokman Ahma...
Kpk Tetapkan Tersangka Kasus Korupsi Pengurusan Hgu Kanwil Bpn Riau

Kpk Tetapkan Tersangka Kasus Korupsi Pengurusan Hgu Kanwil Bpn Riau

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 152 hits
Menurut Ali penyidikan baru tersebut terkait dugaan korupsi berupa suap dalam pengurusan perpanjangan Hak Guna Usaha oleh pejabat di Kanwil BPN Provinsi Riau Proses pengumpulan alat bukti dilakukan dengan memanggil pihak pihak terkait sebag...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat