Tersalah Lafaz Niat Ketika Solat



SOALAN:
Sahkah solat saya jika tersalah lafaz niat ketika solat? Contohnya saya memang yakin berniat dalam hati untuk solat Zohor, tapi tersalah melafazkan solat Asar. Atau saya berniat solat Maghrib di dalam hati, tapi tersilap melafazkan solat Isyak.

JAWAPAN:
Niat ialah mengingati tujuan sesuatu perbuatan ketika mula melakukannya. Niat merupakan syarat sahnya suatu amalan ibadah. Hal ini berdasarkan hadith, sabda Nabi SAW:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
“Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat.” [Sahih al-Bukhari (1) dan Sahih Muslim (1907)]

Untuk menjadikan solat sah, seseorang hendaklah menyertakan niat di dalam hati ketika bertakbiratul ihram dan sedar akan tujuannya untuk bersolat semasa melafazkan takbir tersebut serta mengingati jenis solat dan fardhunya. Sementara niat untuk bersolat pula tidak disyaratkan melafazkannya. (Rujuk: Al-Fiqh al-Manhaji 1/129)

Di sisi mazhab Syafie, disunatkan disunatkan untuk mengucapkan atau melafazkan niat solat sebelum mengangkat takbir, supaya lidah dapat menolong hati, untuk menjauhkan was-was dan tidak terlalu jauh dari ulama’ yang memfatwakan kewajibannya. (Rujuk: Nihayah al-Muhtaj, 1/340)

Pendapat muktamad dalam mazhab Syafie juga menetapkan bahawa sah solat seseorang itu jika dia berniat di dalam hati tanpa melafazkan niat dengan lisan, dan inilah pandangan jumhur ulama’. Maka dalam hal ini menurut Imam al-Nawawi, jika seseorang itu berniat dalam hatinya untuk solat Zohor sedangkan lidahnya tersalah melafazkan solat Asar, maka solat Zohornya itu tetap dikira sah. (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 3/277)

Imam Jalaluddin al-Suyuti ketika mensyarahkan kaedah fiqh al-Uumur bi Maqasidiha (الأمور بمقاصدها) yang bermaksud “setiap perkara dikira berdasarkan niat” menjelaskan bahawa tempat niat itu adalah di dalam hati. Maka terlahir daripada konsep ini dua kaedah, iaitu:

Tidak cukup sekadar melafazkan niat dengan lisan tanpa niat di hati.Tidak disyaratkan untuk melafazkan niat bersama-sama niat di dalam hati.
Berdasarkan kaedah yang pertama, maka lahir pula kaedah furu’ iaitu jika lafaz dengan lisan berbeza dengan niat di hati, maka yang diambil kira ialah niat di hati. Contohnya jika seseorang berniat di dalam hati untuk berwudhu', namun lisannya berkata untuk menyejukkan badan, maka wudhu' tetap sah namun tidak sebaliknya. Begitu juga sekiranya hatinya berniat solat Zohor, namun lisannya menyebut solat Asar, maka yang dikira ialah solat Zohor. (Rujuk: Al-Asybah wa al-Nazha’ir, hlm. 30)

Kesimpulan

Tuntasnya, kami nyatakan bahawa niat untuk ibadah itu dikira pada niat yang diqasadkan di dalam hati, bukannya niat yang dilafazkan melalui lisan. Maka jika niat di dalam hati berbeza dengan lafaz niat dengan lisan, maka yang di ambil kira ialah niat di dalam hati, dan ia tidak menjejaskan kesahihan ibadah.

Wallahua’lam.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/tersalah-lafaz-niat-ketika-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Menangis Imam Masjidil Nabawi Ketika Sedang Solat Jumaat

Covid 19 Menangis Imam Masjidil Nabawi Ketika Sedang Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 587 hits
20 Mac 2020 tercatat dalam sejarah Solat Jumaat yang sangat menghibakan hati kaum Muslimin pabila Masjidil Nabawi yang sentiasa meriah dengan kehadiran jemaah dari pelosok dunia menjadi sepi kerana ancaman virus Covid 19 ketika ini Solat Ju...
Boleh Ke Tangguh Solat Jumaat Ini Cara Buat Ibadat Ketika Wabak

Boleh Ke Tangguh Solat Jumaat Ini Cara Buat Ibadat Ketika Wabak

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 640 hits
Kenapa batal solat jumaat kerana Covid19 Adakah kita tidak tawakkal kepada Allah SWT 1 Pertama sekali mari kita lihat apa arahan Rasulullah SAW ketika sesuatu negeri itu ditimpa wabak Rasulullah SAW bersabda Apabila kamu mendengar bahawa ta...
Lafaz Azan Solatlah Kalian Di Rumah Ketika Zaman Rasulullah Saw

Lafaz Azan Solatlah Kalian Di Rumah Ketika Zaman Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 946 hits
Media antarabangsa Middle East Eye melaporkan laungan azan yang berkemundang di negara itu telah diubah kepada perkataan solatlah kalian di rumah berbanding seruan asal iaitu marilah kita solat selepas arahan menutup sementara masjid di neg...
Solat Jemaah Ketika Wabak

Solat Jemaah Ketika Wabak

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 394 hits
oleh Mohd Shahrizal Nasir MASYARAKAT perlu mengambil langkah menjaga kesihatan diri masing masing dan orang sekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa menyalurkan maklumat situasi terkini jangkitan penyakit Coronavirus 2019 di Malay...
Hadith Perubahan Lafaz Azan Agar Solat Di Rumah

Hadith Perubahan Lafaz Azan Agar Solat Di Rumah

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 429 hits
SOALAN Baru baru ini tersebar beberapa rakaman video berkaitan beberapa masjid di negara luar melaungkan ketika dan selepas azan dengan meminta para penduduk agar melakukan solat di kediaman masing masing Hal ini disebabkan kes penularan wa...
Patuhlah Fatwa Larangan Solat Jumaat Zulkifli

Patuhlah Fatwa Larangan Solat Jumaat Zulkifli

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR Umat Islam di negara ini perlu kekal patuh kepada arahan kerajaan dan fatwa pihak berkuasa agama mengenai larangan melaksanakan solat Jumaat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata har...
Solat Jumaat Umat Islam Dirayu Kekal Patuh Arahan Pkp Fatwa

Solat Jumaat Umat Islam Dirayu Kekal Patuh Arahan Pkp Fatwa

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 399 hits
KUALA LUMPUR 3 APRIL Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merayu seluruh umat Islam kekal patuh kepada arahan kerajaan dan fatwa pihak berkuasa agama mengenai larangan melaksanakan Solat Jumaat Beliau b...
Keluar Darah Perlu Solat

Keluar Darah Perlu Solat

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 245 hits
Dokter nak tanya Tiba tiba beliau bersuara ketika aku menulis dalam nota kes Ya kenapa
Pakistan Orang Ramai Bertempur Dengan Polis Di Luar Masjid Yang Bertugas Menguatkuasakan Pkp Semasa Solat Jumaat

Pakistan Orang Ramai Bertempur Dengan Polis Di Luar Masjid Yang Bertugas Menguatkuasakan Pkp Semasa Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 709 hits
Penduduk Muslim Pakistan bertempur du luar kawasan masjid dengan pihak polis yang cuba menguatkuasakan sekatan baru larangan perhimpunan untuk menghalang sembahyang Jumaat bagi mengawal jangkitan koronavirus Rakaman video menunjukkan beratu...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam